Sambal Kentang Simple

Assalamualaikum & Hello.
Bangun pagi ni cuaca mendung sangat, nak sidai kain dekat luar pun tak jadi. Nanti kang tak pasal pasal tengok kain dah basah kan. Sejak dah masuk musim musim tengkujuh ni, jarang sangat lah sidai kain dekat luar. Heheh. Sebab cuaca mendung mendung, otak pun jadi tepu tak tahu nak taip apa. Eh :p Ok lah, kisahnya semalam beli gulai daging kerutuk lepas tu rasa macam tak kena pulak ada satu lauk aje. Hehe. Bukak peti ais tengok ada ubi kentang, cili kering pun dah siap kisar, apa lagi terus datang idea nak buat sambal kentang yang simple tu kan. Nak bagi sedap sikit lagi Nani campurkan sekali kacang tanah dengan ikan bilis. Buat pedas pedas sikit pehh nikmat sangat okeh. Saja buat lebih sebab sambal ni makan macam tu pun sedap. Masak masak macam ni power lah sebab simple je kan, campak campak je semua sekali dalam kuali lepas tu siap! 
Sambal Kentang Simple
Sangatlah tak proper kannn, gambar dalam kuali yang dia letak :p 
Nak resepi ke? Ehehe. Ini cara Nani buatlah, biasa biasa je, lepas lah untuk tekak bujang ni nak makan. Hahah! Mula mula goreng sampai garing ikan bilis, kacang tanah dengan ubi kentang (potong nipis nipis. Kalau nak mudah guna penyagat) Dah siap goreng ketepikan, tumis bawang merah dengan bawang putih sampai kekuning kuningan, masukkan cili kering. Tumis sampai cili garing, masukkan gula sikit untuk bagi sambal tu warna dia cantik. Ini yang ibu Nani ajar. Hehe. Last sekali, haruslah garam secukup rasa lepas tu masukkan sekali bahan bahan yang kita dah goreng tadi. Ratakan semua sekali, dapatlah maca, gambar dekat atas tu. Gitu. 
Ha yang ni jangan nak tanya resepi lah sebab bukan Nani yang buat. Hahah! Cream puff ni I is masih lagi failed nak buat. Ini makcik Nani yang buat, Nani makan je tahu. Lepas ni kena belajar lagi kot dengan makcik macam mana mana nak buat cream puff yang gebus gebas macam ni hah. Sekarang ni misi nak buat kek coklat larva sebab dah terjumpa resepi mudah ya amat dekat facebook. Yeehaa!






15 comments:

  1. terliur pulak dengan sambal kentang tu

    ReplyDelete
  2. Pernah sekali je try buat cream puff tu..x jadi...hihi..terkeras pulak..

    ReplyDelete
  3. Sedapnya. Kalau gorsng nipis nipis dan makan masa baru masak. Rangup. Sedap sangat. Rasa lemak kentang dan pedas sambal tu sebati

    ReplyDelete
  4. Sambal kentang..
    Wlpn simple tapi boleh bertambah nasi tu nani..😊☺

    ReplyDelete
  5. sambal kentang tu kak sue beli je, malas nak buat, sedap jadi kudapan.

    ReplyDelete
  6. yeay ! sedap pulak nengoknya. tapiiii nak buat tu malaihh --'

    ReplyDelete
  7. sdp ni nani.... mkn gitu je pun sdp

    ReplyDelete
  8. serius dua dua favourite...terliur pulak tgk...dulu time belajar masak pandai buat cream puff tu..tapi rasanya kalau suruh buat sekarang dah x ingat..hahaha..

    http://fiesahana.blogspot.my/

    ReplyDelete
  9. Janganlah sebut-sebut kentang ni. 'Makanan' akak sangat. Akak lagi suka kentang+ikanbilis bercili aje. Kacang tak berapa nak suka pulak. Bab cream puff tu Nani, watpalah letak gambar kat sini. Sedapnya! Akak mampu membayangkan aje saat ini!

    ReplyDelete
  10. Ni pun favourite akak. Lama dah tak buat. Nanti cuti sekolah ni balik kampung, berkumpul ramai-ramai boleh la nak buat. Makan berebut rebut tuh seronok. Semua pun rasa sedap.

    ReplyDelete
  11. fevret k.el ni sambal kentang ikan bilis ngan kacang tu
    buat pedas2 manis2 skit pergh makan ngan nasi panas sajo pun dah cukup :)

    ReplyDelete
  12. Nampak sedap & macam senang je nak buat. Bolehla buat ikut resepi ni! :D

    ReplyDelete
  13. Oooo masukkan gula untuk nampakkan sambal cantik ek. Tq for sharing inani :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page