Assalamualaikum & Hello.
Baru ni lepas aje habis buat aktiviti dekat Taman Tasik Titiwangsa, kiterang terus aje ke Sany Char Koay Teow. Dah petang baru masing - masing ingat nak makan, kemain lagi seronok main sampai tolak tepi dulu bab makan apa semua. Kalau dari Taman Tasik Titiwangsa tu, memang dekat sangat dengan Sany Char Koay Teow ni hah. Jalan kaki aje dalam lima minit dah pun sampai. Masa Nani sampai tu memang macam biasa lah full house kedai ni tapi jangan risau, servis diorang pantas dan laju. Dah sampai sini haruslah order char koay teow diorang yang terkenal tu kan. Heheh. Tambah pulak memang dah lama sangat teringin nak char koay teow. Kalau tak nak makan char koay teow, boleh jugak order masakan panas yang lain.
Kali ni Nani order yang special punya. Memang dalam sepinggan tu, penuh lah dengan kerang dan udang nya. Puas hati sangat dapat makan char koay teow yang macam ni. Apeni Nani yang tengah menaip ni pun kecur air liur bila teringat kesedapan Sany Char Koay Teow ni hah.
Zoom sikit lagi gambar char koay teow ni. Heheh. Harga char koay teow dekat sini tak mahal mana pun dan berbaloi lah untuk makan. Harga sepinggan char koay teow :
BIASA : RM 5.00
BESAR : RM 6.00
SPECIAL : RM 7.00
Tempat pun luas so kalau nak bawak datang ramai ramai makan dekat sini pun takdek hal lah. Korang kalau yang nak makan char koay teow sedap, dekat sini salah satu nya. Banyak dah cawangan Sany Char Koay Teow ni sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Nani pergi ni yang cawangan di Titiwangsa, kalau korang nak ke sana boleh Waze aje alamat dekat bawah ni ok.
64, Jalan Kuantan, Titiwangsa,
53200 Kuala Lumpur.
No telefon : 010 - 272 1164
Ya Allahhhhhhhhhh....meremang baca entry nani ni...apaaaaaa char kuew tiaw...sany? hari hari dok lalu pun x penah makan sini dik sian kan akak...adehhh sedap ye speacial tu...erkkkkkkkk nak!
ReplyDeleteakak penah jgk mkn kt sini, masa tu bwk mil sekali...
ReplyDeletesuke dia n sedap katanya...
mmg puas hati makan... sedap di tekak akak kire ckp segala rasa...
menyelerakan tgok char kuey teow..
ReplyDeletedh lame xmkn..
kat putrajaya dah bungkus dah sany ni ... tp pernah la mkn ..sedap jugak ... sos dia pun kita pernah beli ok la ...
ReplyDeletewahhh nampak sedap sangat char koey teow tu. teringin nak cuba :D
ReplyDeleterindu tpt ni..asben pernah bawakan sekali ke sini
ReplyDeleteHuwaaa..feveret kite ni..sedapnyeee..telur tu lagi buat kite terliur..hihi
ReplyDeletedh lama x singgah mkn sani. last mkn masa rania still dok dlam stroller..
ReplyDeletejauhnya sany char koay teow ni buka cawangan. Asal dari penang ni.
ReplyDeletejauh sany char koey teow berkembang...penang pun ada sany char koey teow dah lama
ReplyDeleteakak dah lepak kat sini banyak kali...sebab dekat ngan IJN kan...
ReplyDeletefav akka ni nani hehehe. kalau teman hubby g klas kat ukm tu misti ajak singgah sini
ReplyDeletePehhh berbaloi harga dgn rupanya tu... berselera tengok!! :)
ReplyDeletenmpak sedap.. tapi tu la, char koay teow ni kadang2 ada kedai yg sedap, ada yg hampeh je rasa..
ReplyDeleteKecur ailio nengok tau.
ReplyDeleteIni bukan dekat dengan Istana Budaya tu ke, Nani?
ReplyDeleteAkak tahulah ada cawangan Sany Char Kuey Teow kat KL ni tapi perginya belum pernah sekali. Bila Nani mention kat sini, tetiba teringin pulak nak makan char kuey teow yang penuh dengan udang dan kerang. Aduhai, terliurlah Nani!
Laaaa. ingatkan resipi. huuuu #siskuciwa #bawakdiri
ReplyDelete