Artico Ice Cream di SS15 Courtyard

Assalamualaikum & Hello.
Sabtu baru ni Nani dengan beberapa orang lagi blogger lain berpeluang ke SS15 Courtyard untuk menikmati kesedapan ice cream di Artico It's Nitro-Cool. Kalau korang nak tahu Artico ice cream ni baru aje memasuki pasaran Malaysia dan cawangan yang ada setakat ni di Subang Jaya aje. Soon akan ada cawangan lain dan masih lagi dalam perancangan. Tapi kalau korang nak pergi SS15 Courtyard ni tak ada lah susah mana pun. Ambil aje LRT ke SS15, lepas tu turun dari stesen LRT tu terus jumpa. Nani kalau bab bab makan ice cream ni memang laju. Hei, who can say no to ice cream? Favourite semua orang tak kira usia. Heheh. Nak tahu apa kelainan ice cream dekat Artico ni, jom baca dekat bawah 😉 
Artico Ice Cream
Cawangan Artico ice cream dekat SS15 Courtyard ni dekat ground floor aje, memang senang sangat nak cari. Kalau tak tahu nak lepak dekat mana time hujung minggu, boleh lah ke sini makan ice cream. Memang confirm korang akan suka dengan ice cream dekat Artico ni. Sedap sangat dan tempat ni pun sangatlah selesa 😊
Artico Ice Cream
Dekat Artico, konsep dia tiap kali customer oder baru lah dia orang akan buat aiskrim tu. Kira ice cream tu memang freshly handmade lah. Memang lain dari yang lain sangat ice cream dekat Artico ni. Eh, tapi sempat ke ice cream tu nak sejuk? Ha, dekat sini dia orang gunakan kaedah nitrogen untuk sejukkan ice cream tu sebab tu korang boleh nampak kepulan asap. 
Artico Ice Cream
Ini antara jenis ice cream yang ada dekat Artico. Macam macam jenis ice cream ada, pilih aje yang mana satu favourite korang. 
Artico Ice Cream
Ini antara ice cream yang paling Nani suka dekat Artico hari tu, mango yogurt dengan granola parfait. Ice cream tu memang dah fresh dan ada pulak topping cornflakes, granola nuts dengan coklat cair, memang layan lah. Sedap sangat lagi lagi yang mango yogurt tu. Nani minat sangat dengan semua yang berkaitan mango. Bila ada ice cream macam ni, memang tu yang Nani aim dulu. Hahah!
Artico Ice Cream
Ini pulak ice cream chocolate, memang semua orang suka lah kan. Tambah pulak ice cream dekat Artico ni soft sangat. Tak macam ice cream dekat tempat lain. Untuk topping tu boleh pilih yang mana korang nak, ada macam macam pilihan topping. 
Artico Ice Cream
Ice Cream Sandwich, ini memang first time Nani dapat rasa. Sebelum ni penah tengok aje orang share pasal ice cream sandwich ni. Kombinasi cookies dengan ice cream tu memang sedap. 
Artico Ice Cream
Ice cream dalam cone pun ada dekat sini. Apa yang menariknya, dia orang ada pelbagai jenis cone. Macam dalam gambar ni, cone jenis sprinkle rainbow. Ice cream tu boleh pilih nak yang chocolate ke, vanilla ke dan macam macam lagi lah. Nani macam biasa, chocolate jugak jadi pilihan. Heheh. 
Artico Ice Cream
Granola Parfait
Ini antara yang wajib cuba jugak bila korang berkunjung ke Artico ni. Tengok gambar pun boleh terliur, kalau dah makan memang akan menikmati setiap suapan. Hahaha! 
Artico Ice Cream
Mango Yogurt Ice Cream
Nani suka sangat dengan rasa granola nuts tu, sedap! Tak macam kekacang yang lain. Heheh. Memang recommend korang untuk ambil topping granola nuts tu. Serious, korang akan puas hati. 
Artico Ice Cream
Zoom sikit ice cream chocolate yang jadi kegemaran ramai ni. Heheh. Ice cream chocolate ni kira hot flavour jugak lah dekat Artico. Siapa tak suka kan dengan semua yang berkait rapat dengan coklat 😆
Artico Ice Cream
Ini pulak ice cream strawberry. Ice cream strawberry ni antara non dairy punya flavour. Memang rasa pure lah strawberry. Mana yang tak suka sangat ice cream yang manis manis, boleh try strawberry flavour. Masam masam manis gitu. Selain daripada strawberry, ada jugak flavour black current. 
Artico Ice Cream
Terliur tak tengok macam macam jenis ice cream yang ada ni? Ha peminat peminat ice cream lepas ni boleh lah berkunjung ke SS15 Courtyard untuk menikmati kesedapan ice cream di Artico. Seriously sedap sangat, Nani ingat nanti nak ke sana lagi. Heheh. Memang puas hati sangat dengan ice cream dekat Artico ni. Lepas ni boleh lah ajak family, kawan kawan korang semua ke Artico di SS15. Nak rasa ice cream yang sedap memang Artico lah tempatnya. Gitu. Jangan lupa untuk follow Facebook dan Instagram Artico okay. Jom ke Artico! 😊

28 comments:

  1. Ya Allah sedapnya! Nad first time dengar ni. Asyik makan sedap je kak Nani ni jealous ahh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru lagi Artico ni buka cawangan dekat Malaysia. Nanti cari tau Nad. Sedaaap gilaaa! Hahahahah! Oi mana adaa.

      Delete
  2. Ya Allah terilurnya tengok! terutama yang granola parfait tu. mana nak cari ni kat pahang huaaaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia punya terliur tu sampai typo. Hahaha! Nampak gaya nya kena jalan jalan sini dulu lah baru boleh makan ice cream dekat Artico ni. Heheh :)

      Delete
  3. telan air liur tengok gambar ice cream, sedapnye.
    Harus pergi cuba rasa nanti.

    ReplyDelete
  4. Fuhhh... sah terliur tengok air krim ni...

    ReplyDelete
  5. aduh... nsb la tgk sambil lunch
    tp kalau dpt mkn lps lunch sedapnya... buat2 lupa tgh batuk heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah! Nanti dah baik dari batuk, boleh lah pergi kak Dana :)

      Delete
  6. Amboi sedanya tengok. dah kecur-kecur liur ni dibuatnya. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah! Apa lagi, jom lah ke Artico. Heheh.

      Delete
  7. Samaaaa! Nani pun peminat tegar ice cream. Tak boleh katakan tidak kepada ice cream. Hahahaha! Nak pergi nanti bagitau Nani tau, mana tahu kak Ain nak belanja. EH?

    ReplyDelete
  8. menyesal lak datang sini waktu malam..kan dah terliur..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehee. Nanti bebila free boleh lah lepak dekat Artico 😘

      Delete
  9. Harus msuk list sbb mek suka aiskrim :) Nanti klau pegi sane nk try jugak :)

    ReplyDelete
  10. Meleleh-leleh air liur tengok gambo. Banyaknya pilihan! Sedap2 pulak tuh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak sangat pilihan sampai tak tahu nak yang mana satu. Hahah!

      Delete
  11. Menusuk air mata tgk entry nani mkn...artico berkacang tu sedapnya....aduyaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe. Nanti ajak abang Qi makan aiskrim kak Juju. Sedaap!

      Delete
  12. Nani pergi sana makan semua perasa ni ke? Macam banyak sangat je.
    .
    hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah Mazni. Boleh lah rasa sikit sikit semua yang ada ni :)

      Delete
  13. bestnya dpt mkn eskrim mcm ni
    sllu asik mkn eskrim mekdi ha haha

    ReplyDelete
  14. Aiskrim dalam cone tu nampak menarik!! :D SS15 dekat juga kalau nak pergi. Hiks

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page