Resepi Meatball Ala Ala Ikea

Assalamualaikum & Hello.
Sedar tak sedar hari ni dah satu November pun kan. Alahai kejap sangat masa berlalu, dah hujung tahun pun kita ni. Rasa macam baru je lagi buat wishlist tahun baru. Hahah ! Mood hari ni so - so je, dari tadi hadap blog tapi tak mula mula menulis. Yang sebenarnya hati tak berapa nak tenang sebab petang karang result final exam keluar. Ya Allah debar dia lain macam sebab result ini lah penutup perjalanan pelajaran seorang Nani selama setahun setengah ni. Doakan yang terbaik okeh untuk saya. Heheh. Letak tepi dulu cerita pasal result tu (inshaAllah baik baik belaka) Nani nak kongsikan resepi meatball ala ala dekat IKEA tu. Resepi yang sangat simple dan rasanya bahan bahan semua ada dekat dapur kalau nak buat ni. Let's check it out !
Resepi Meatball Ala Ala Ikea
Ok ini bahan - bahan yang diperlukan. Kalau dekat rumah Nani ni memang semua ni ada sepanjang masa dekat dapur. Heheh.

Bahan Bahan : 
+ Meatball daging
+ Kiub Ayam
+ Buttercup  
+ Bawang merah (dipotong dadu)
+ Serbuk blackpepper (empat sudu / ikut citarasa)
+ Tepung gandum (tiga sudu)
+ Kicap manis (dua sudu)
+ Sos tiram (dua sudu)
+ Sos black pepper (empat sudu)

Cara - Caranya : 
Untuk meatball tu kalau rajin boleh buat sendiri. Tapi sebab Nani ni pemalas sikit dan nak buat meatball ni pun macam leceh, Nani beli yang dah ready made dekat pasaraya tu hah. Lepas tu kau terus campak dalam kuali goreng sampai dia masak. Heheh.
Resepi Meatball Ala Ala Ikea
Untuk gravy ni pulak : 
1) Panaskan buttercup dalam beberapa sudu dan masukkan bawang merah tadi sehingga kekuning kuningan (boleh jugak guna bawang holland). 
2) Kemudian masukkan tepung gandum, kacau sehingga sebati masukkan air. Masa masukkan air tu kena kacau selalu dan api kecil aje supaya tak berketul ketul.
3) Last sekali masukkan lah sos tiram, kicap manis, serbuk lada hitam, kiub ayam dan jugak sedikit garam. Siappp !
Resepi Meatball Ala Ala Ikea
Ha boleh lah kan nak buat makan sendiri. Heheh. Goreng fries sikit buat penuh pinggan lepas tu dah boleh makan. Gitchew ! Memang senang aje nak buat ni, jimat pun jimat. Ehehe. Nani ni pun dah berkali kali try buat gravy, baru ni baru bebetul menjadi gravy nya. Kalau sebelum ni cair lah, tak cukup lada hitam lah. Hahah ! Selamat mencuba korang !

p/s : Doakan result final exam saya petang ni baik baik aje. I is debar sikit. Hahah ! 

10 comments:

  1. wah blh try ni...color pun dh sama cam ikea hihi

    ReplyDelete
  2. baru tengok gambau dah terasa kat tekak. perghhh

    macam senang. boleh dicuba.hehhe

    thanks share resepi

    ReplyDelete
  3. igtkan dik nani rajin nak wat meatball homemade hihi
    senang je kan beli dah siap..cepat di masak cepat dimakan lazat dimulut..kenyang diperut oohoiii haha

    ReplyDelete
  4. woww sdpnya.. inshaaALLAH moga result terbaik ya.

    ReplyDelete
  5. Lapor pulak petang hari tengok meatball Nani ni tau :)

    ReplyDelete
  6. Dah senang tak payah susah-susah nak pergi Ikea utkmakan ini kan Nani:)

    ReplyDelete
  7. ingatkan meatball tu pun nani bt sndiri hehehe...

    ReplyDelete
  8. sedapnyaaa. teringin nak makan meatball pulak XD

    ReplyDelete
  9. wah !! memang kena buat la gini.. resepi pun senang jek.. hee~ rajin ngan malas jek pokok pangkal..

    ReplyDelete
  10. Eh senang nyer lahai! main campak2 jer kan? Terliur la pulak ..haha...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page