Assalamualaikum & Hello.
Minggu lepas Nani ada beli buku secara online di Bukuboy. Memang dah selalu sangat beli dekat Bukuboy ni sebab semua buku dekat sini sentiasa ada diskaun dalam 20 ke 25 peratus. Murah lah dari harga dekat tempat lain. Korang pun kalau nak cari buku motivasi, novel, buku belajar, boleh lah beli melalui Bukuboy. Memang terbaik dan laju servis dia orang. Nani sejak tahu pasal Bukuboy ni memang sentiasa beli dekat situ. Selalunya bila beli buku secara online, Nani akan direct pos ke rumah dekat Pahang tapi sebab baru ni nak guna urgent so nya pos terus ke universiti. Bila pos ke universiti, memang automatik lah akan hantar dekat pejabat kan. Tapi yang Nani peliknya dari tiga hari bulan hari tu parcel Nani tak dikeluarkan untuk penghantaran. Bila check dalam sistem, dia cuma nyatakan yang barang Nani dekat Pejabat Pos Batu Caves (macam dekat bawah ni). Hari hari check tapi still sama jugak.
Nani pun rileks rileks je lah, tunggu lagi dua tiga hari mungkin parcel Nani tu akan dikeluarkan. Isnin check, Selasa pun check, tapi still sama tak ada proses penghantaran. Dah memang tak boleh sabar lagi dah, Nani pun tanya lah orang dan dia orang cadangkan pergi check terus dekat pejabat. Semalam baru sempat nak pergi pejabat dan barang Nani tu dah sampai sejak Jumaat lepas lagi tapi dalam sistem tak update. Alahai, kenapa lah buat orang macam ni. Nani bukannya ada banyak masa hari hari nak pergi office nak check sama ada barang dah sampai ke belum. Harap lepas ni dia orang akan sentiasa lah update dalam sistem.
Ini pun lepas Nani dah settle ambil parcel, still lagi tak update apa apa. Mungkin sistem down kot (I'm trying to be postive) tapi kawan Nani hari tu pun terjadi masalah yang sama. Dia lagi lah sampai dua minggu tunggu parcel sebab sistem tak update pun barang dah dikeluarkan untuk penghataran. Ye lah nanti hari hari menapak pergi office nak check semata mata parcel dah sampai ke belum, apa pulak cakap mak cik tu dekat situ kan. Huhu.
Finally I got my parcel yesterday walaupun hakikatnya Jumaat lepas lagi parcel ni dah sampai. So korang kalau ada beli barang online, letak pulak alamat kolej/univesiti dan barang still lagi tak sampai, sistem pulak tak update macam ni, boleh terus pergi check dekat office. Jangan jadi macam Nani, dah dekat seminggu baru nak pergi tengok. Hahah! Sebab sebelum ni tak pernah ada apa apa pun masalah macam ni dengan Pos Laju tu yang macam blur sikit. Huhu. It's ok lah, lesson learned. Gitu 😊
setakat ni akak xde masalah mcm ni..harap takde lah terus..hehee..
ReplyDeleteAkak antara orang orang beruntung ni. Heheh :)
Deletetula geram jugak sistem pos laju ni. Bila customer mellya tanya kenapa tak boleh check mellya la panic nak jawab apa tak tau
ReplyDeleteKalau yang melibatkan customer lagi lah susah kan takut nanti dia orang ingat kita nak menipu pulak.
DeleteCourier pos laju jarang buat hal, tapi satu courier ini memang suka buat hal Skyyy..
ReplyDeleteOh yeke? Nani tak pernah guna Sky Net, selalu guna poslaju takpun gdex
DeleteKadang2 tak tahu courier service mana yang okay. setiap satu tu ada ja kelemahan dia sendiri. tapi kadang2 okay pulak.
ReplyDeleteSetujuu! Tapi yang sistem tak update ni memang tak boleh nak terima betul kali ni.
DeleteCCL BARU FOLLOW BLOG NI .. URM TAK PERNAH LAGI BELI BUKU KAT BUKUBOY.LEPAS NI NAK GODEK2 BUKUBOY MANA TAHU ADA BUKU YANG MENARIK .BOLEH SHOPPING ..
ReplyDeletePOSLAJU BAGI CCL URMM SETAKAT CCL DOK BELI BARANG ONLINE NI TAKDE MASALAH LAMBAT LEBIH 4 5 HARI ..KADANG MASALAH SISTEM DIORANG UPDATE TUE PUN KADANG MENGELIRUKAN..MAYBE DIORANG TAK SEMPAT NK UPDATE LOKASI KURIER ..APA PUN STAY POSITIF
Memang reccomend beli dengan Bukuboy, murah lah dari tempat lain. Heheh :) Nani pun sebelum ni okay aje, baru baru ni yang bermasalah sikit.
Deleteakak biasa jgk kene gitu nanie, kadang bila alamat tu kita tak biasa guna or hantar mmg jd gitu
ReplyDeletetp org kt opis tak panggil lak bgtau ada barang nanie ke apa
Nani first time kena macam ni kak Dana, tu yang macam pelik jugaklah. Heheh. Parcel banyak sangat kak, tu yang dia orang tak call memang totally depends dekat tracking number tu.
Deletekalau mcm uni saya , stiap kali barang sampai . dia org akn msej utk ambil brg kat tempat hntar tu . so , tak check tracking no pun tak apa :)
ReplyDeleteOhh ok lah kalau macam tu, senang kerja :)
Deleteposlaju punya website update tracking ni kadang2 tak boleh percaya sebab depa update lambat status parcel kita, tu yang penting ada tracking no dari seller kita boleh agak2 parcel akan sampai bila ke tangan kita.
ReplyDeleteSelalu ok aje kak Su, baru ni yang lambat sangat update dekat dalam sistem.
Deletesetakat ni tak pernah jadi lagi.harap xada la.penat tau kalau jadi kan
ReplyDeleteoo maksudnya parcel Nani dah sampai tapi kat ofis lah eh? Hihi. Siqah pernah masalah camni bila pak guard depan ofis tak nak terima parcel. Dahlah phone tak boleh tengok masa kerja, jadi siqah kena pergi ambil sendiri parcel kat pejabat pos laju. Rasa geram je baik tak payah pos laju kalau kena ambik sendiri kan.
ReplyDeleteDua kali jugak jadi camtu, Sekarang kalau ada parcel, cakap siap2 kat guard depan suruh panggil. Kerjasama itu penting kan. Hihi.
First time siqah dengar laman web buku ni. nak terjah lah ni. Hii Tq rekomen :)
Syukurlah dapat kan.. bagus juga sistem office dia tu.. :)
ReplyDeleteMek tk pernah kena lg stakat ni dengan pos laju tp yg jual online (kwn kwn mek) memang slalu jugak la kne 😞
ReplyDelete