Assalamualaikum & Hello.
Minggu lepas Nani ada lah buat makan makan sikit sambil nak sambut birthday kawan kawan rapat. Bila duduk jauh dengan family ni, memang kawan lah antara yang paling rapat. Dengan dia orang lah tempat nak mengadu, nak menangis, nak minta tolong apa semua. Heheh. Alhamdulillah setakat hari ni Nani sentiasa dikelilingi kawan kawan yang selalu sokong satu sama lain. Kenal pun dah lama sangat, dari zaman asasi dulu lagi. Masing - masing memang dah faham perangai satu sama lain. Hari tu plan pun last minute nak suprise kan kawan Nani ni. Biasalah kalau dah nama pun bujang, memang tak ada nya nak proper sangat bila nak buat benda macam ni. Semua main ikut suka aje. Tapi dalam plan last minute pun, still menjadi jugak suprise tu. Selalunya kalau rancang last minute, jarang jarang sangat tak menjadi. Eheh. Malam tu merasa lah celebrate birthday sambil berpotluck.
Menu utama malam tu ayam panggang dengan nasi putih. Nikmat sangat okay lagi lagi makan dengan kawan kawan yang memang rapat ni. Mula mula tu ingat tak cukup seekor ayam ni untuk makan lapan orang, sekali tak habis pun (lagi lagi yang bahagian isi tu). Hahah! Biasalah, kalau ayam ni, memang ramai sangat yang suka bahagian tulang berbanding isi.
Because celebrating birthday with cake is too mainstream! Ehehe 😆 Hakikatnya sambut birthday dengan Domino's pun dah biasa sangat jugak. Masa ni Nani guna kupon beli satu large piza harga RM34++ dan piza kedua dengan harga 30 sen. Iye wak, 30 sen aje bukan 30 ringgit. Domino's ni selalu aje buat promosi, cuma kena selalu lah tengok website dia orang.
Gambar tak berapa nak lawa sangat sebab buat dekat pondok, lighting tak berapa nak ada. Fuh memang tersandar kekenyangan lepas tu bila dah makan semua ni. Ada jugak lagi brownies dengan kek coklat tapi tak sempat nak ambil gambar sebab dia orang dah selamat makan dulu. Ikutkan nak order Domino's aje sekali banyak pulak menu malam tu. Sekali sekala buat potluck macam ni memang syok, lupakan sekejap semua komitmen yang ada 😊
Best potluck.. Amboi Ayam tu sexy
ReplyDeleteayam panggang tu menggoda sgt lah nani
ReplyDeletewow.. besarnya pizza..
ReplyDeleteuii syoknya buat potluck. tengok ayam tu, teringat ayam golek bulan puasa -__- lapauuu
ReplyDeleteBestnya sambut birthday kawan sambil buat potluck. memang kalau dah berjauhan dengan family, kawanlah insan paling rapat kan Nani. Bertuah rasa dapat kawan yang satu kepala :)
ReplyDeleteSiqah pun suka bahagian ayam tulang jugak! Yang isi biasanya biarkan je. Muahahaha.
Setuju cakap Nani. Buat potluck bersuka ria untuk lupakan sebentar komitmen yang ada :)
seronoknya ada kwn best mcm ni. skrg dh hbs study kwn semua jauh2
ReplyDeletememang best kan nani potluck ni, dah lama kak ana tak berpot luck :)
ReplyDeletesedapnye Dominos pizza, lagi-lagi makan beramai-ramai.
ReplyDeletesedap2 semua la
ReplyDeleteMurahnya!!! 30 sen je ke? Saya memang suka Domino's dari pizza hut hehe.
ReplyDeleteWahh best2.. saya suka potluck.. lama pulak tak buat mcm2 ni.. seronoknya.. :) :)
ReplyDeletedah lama tak hadiri potluck
ReplyDeleteNikmatnya potluck makan beramai-ramai...berebut nak part tulang ye hahaha mmg fav semua orang gitu kan...abam Qi isi pun tak layan adehhhh mak jugak kena ngappp bertambah isi badan gebus mak ehhhh hahaha
ReplyDeletedah lama x buat potluck...biasa kalau buat potluck..makanan mmg meriah
ReplyDeleteAyam tu sedappp laaa 😠Terliuurrr.. Tapi memang betul, mek biasa buat dengan ofismate. Sronokkan, sorg bwk ni sorg bawk bnda lain. Gabung jd bnyk. Mkn smpai kenyang 😂
ReplyDeleteYummeh! Perkataan potluck tu sendiri dah buat akak gemnbira hehehe
ReplyDelete