Biskut Gery Salut Malkist

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang 😍Akhirnya dapat jugak menaip entry malam ni. Minggu yang paling busy dengan macam macam kerja sampaikan tak ada masa langsung nak buat entry apatah lagi blogwalking. Biasalah bila dah nak dekat cuti, memang kerja bertimbun lain macam. Time tu lah lecturer nak buat quiz, kena submit assignment dan banyak lagi lah. Petang tadi settle semua benda, rasa legaaaa betul. Sorry sangat tau yang selalu singgah sini tinggalkan komen tapi Nani tak balas balik. Malam ni Nani slow slow singgah blog korang okay, jangan risau. Ehehe. Oh ya, sebenarnya nak kongsikan dengan korang pasal biskut Gery Salut Markist ni hah. Baru baru ni lah biskut ni jadi viral, sana sini cakap pasal biskut gery. Nani pun dah lama mencari, baru petang tadi dapat rasa sebab ada kawan jual. Hari tu gigih cari dekat Aeon Big tapi tak ada. Kemain susah nak cari eh biskut ni. Hahaha! 
Biskut Gery Salut Malkist
Ini lah rupa packaging biskut gery tu. Ada dua jenis, satu cheese dan satu lagi coklat. Nani haruslah pilih cheese sebab orang cakap sedap sangat. Dalam satu paket ni ada lah dalam 10 keping kalau tak silap Nani. Tadi tak sempat nak kira plus biskut tu pun dah patah patah sebab dari pagi sampai lah ke petang duduk dalam beg. Lupa betul nak keluarkan masa lunch tadi. Tak kisah lah patah ke tidak biskut nya, asalkan dapat rasa. Ehehe. 
Biskut Gery Salut Malkist
 Sedap lah jugak rupanya biskut Gery ni, patutlah ramai sangat yang cakap cakap pasal biskut ni. Terus rasa menyesal sebab beli satu paket aje. Hahah! Kawan Nani jual satu paket ni dalam RM6. Ada yang jual lagi mahal dari ni tau, korang kena lah pandai cari yang mana satu jual murah. Dekat mana nak cari? Ha cuba lah tengok tengok dekat Instagram tu, selalunya ada aje jual. 
Biskut Gery Salut Malkist
Kalau makan sorang ni memang sekejap aje habis. Biskut ni satu lapisan cheese dan satu lagi ditabur gula. Ala macam biskut bergula yang biasa tu cuma yang ni ada tambahan cheese. Gitu. Peminat cheese tu boleh lah try rasa biskut ni pulak. Pada Nani yang memang peminat cheese ni memang sedaap lah tapi tak tahu lah pada orang lain kan. Tekak masing - masing. Heheh. Korang ada tak yang pernah makan biskut Gery ni? Ejaan dia Gery okay bukan Gary dalam Running Man tu. Lol 😆 Sekarang misi nak cari milo cube tu pulak. Tak boleh lah tengok benda benda yang viral ni, mesti nak beli. Haih lah Nani. 

22 comments:

  1. Biskut Gary yang tengah viral ..macam susah ja nak jumpa biskut ni .CCL tak dapat merasa lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila viral ni memang wajib cuba. Hahah! Nanti try lah tengok dekat Instagram tau, selalu ada aje orang jual 😊

      Delete
  2. Tak tahu kenapa ramai sangat duk suka biskut ni.
    Padahal salut cheese je pun haha memang sedap eh nani?
    nanti nak try lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha! Sebab tengah viral Syed memang lah sana sini orang try. Nanti lama lama jadi biasa je. Hehe. Try lah nanti mana tahu kena dengan selera 😋

      Delete
    2. Dekat kedai2 biasa ada ke jual? ke dekat mall sahaja ada? haha.

      Delete
  3. sama ye entry psl biskut gery...akak baru dpt yg perisa kelapa..tp blum rasa lagi..nanti akak update kt blog hehe...cheese mmg sedap..yg coklat biasa2 je..ada juga yg jual smp rm 9 gile mahal..agak2 la kot nk main harga kn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasin baik tak beli haritu yang coklat. Hahaha! Baca feedback pun ramai yang cakap cheese punya lagi sedap. Nanti Nani nak try yang kelapa lah pulak ;)

      Kannn. Memang ada yang jual mahal gila padahal biskutnya berapa keping aje. Huhu. Kena pandai cari yang murah :)

      Delete
  4. mule2 akak teruja jgk mkn gery nih tp lama2 muak lak.... mungkin akak lbh pilih cheese dlm savouri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Sebab cheese kot tu yanh macam muak sikit. Tapi Nani suka lah (peminat cheese gituu) 😂

      Delete
  5. Nak tryyyyyy!!!!!! sebab tengok ramai makan. Sekarang ni cepat ajer viral kan bab makanan2 ni. Bagus gak boleh la tau apa yg nak ditry.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wajib try kakk! Sedaaap? Tu laj sekarang banyak pulak makanan yang viral viral ni. Hahahaha. Nani nak cari milo cube tu pulak lepas ni

      Delete
  6. Memang sedappp biskut ni. favourite saya masa pegi indonesia dulu. Hampir tiap2 hari beli. Hehe

    ReplyDelete
  7. pernah makan tapi tak berapa gemar pulak

    ReplyDelete
  8. Blom pernah rasa lagi.
    Tapi tahu biskut ni benda viral. Sama juga mcm milo cube tu.

    ReplyDelete
  9. dah rasa dah..not bad lah..tapi saya prefer lagi cheesekut..hehe

    ReplyDelete
  10. Mek dh try both flavor. Yg choc memang trasa choc manis 😍 Sape minat choc memang tkkan kciwa. Yg cheese pun sedap sebab tk mnis sgt la. Trasa cheese tu ❤️ Dan both tkkn mngecewakan.

    ReplyDelete
  11. aha memang tgh femes tapi xrasa lagi

    ReplyDelete
  12. Penah try sekali yg cheese tu. Sedap tp takleh diamalkan sungguh. Hahah

    ReplyDelete
  13. Akak dah rasa choc dan cheese. Prefer cheese. Tapi orang kata yang coconut pun best. Tak jumpa lagi,..

    ReplyDelete
  14. Mmg sedap biskut ni.. klu makan susah nak berhenti.. mengunyah je hehee :)

    ReplyDelete
  15. Biskut Gery Saluut Malkist
    Cheese/Chocolate/Coconut
    100%® made Indonesia

    •~Cheese & Chocolate - 1 paket Rm2.50
    •~Coconut - 1 paket Rm3.00

    Cheese/Chocolate/Coconut
    1 kotak - Rm (Murah)
    Borong - Rm (Lagi Murah)
    Stok di Kuching

    Pemborong dialukan,
    Cepat-cepat
    Call atau Whatsapp ⤵⤵⤵
    http://www.wasap.my/+60194539895

    #biskutgery

    ReplyDelete
  16. Akak baru try last week. Sedap rupanya sekut gery nih.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page