Lepak di NU Sentral

Assalamualaikum & Hello.
Baru ni habis aje program dekat Pulau Ketam, masing - masing ajak lepak dulu dekat NU Sentral. Nani sebenarnya dah lama tak jalan jalan sana, tiba tiba masuk rasa macam banyak pulak tempat makan baru dan best untuk dicuba. Hahah! Lepas ni boleh lah ke NU Sentral lagi buat edisi jalan jalan cari makan pulak. Eh? Memang selalu nya datang sini pergi makan aje tak pun cari buku dekat MPH. Hari tu Nani lepak dekat Kenny Rogers Roasters dengan dia orang ni, walaupun sebenarnya mula mula tu nak makan dekat Chicken Rice Shop 😏 Memang kalau keluar ramai ramai macam ni, tempat makan lah yang paling susah sekali nak decide. Hahaha! Dah faham sangat dah perangai semua orang macam mana. Nani selalunya lepak Kenny Rogers ni bila ada buy 1 free 1 tu je sebab jimat dan berbaloi. 😆
Kalau yang selalu singgah sini, mesti dah selalu nampak muka muka dia orang ni dalam entry sebelum ni. Antara yang paling dekat dengan hati, kenal pun dari zaman asasi lagi, memang bond tu kuat macam dah satu family walaupun tak ada pertalian darah. Heheh. Thank you belanja makan dekat Kenny Rogers, terharu betul sesekali ada orang nak belanja ni. 
Tu eyebag berkilo kilo nak bawak pergi mana entah. Hahah! Sejujurnya minggu lepas Nani rasa paling hectic sampai kan tiap malam berjaga. Ini pun ada lagi enam assignment nak kena siapkan. Nasib baik due date lambat lagi, boleh lah weekend baru ni letak tepi dulu semua tu dan fokuskan dekat program dengan adik adik tahfiz di Pulau Ketam. 
Hari tu macam tak tahu sangat nak makan apa, sudah nya Rollie's Bowl ni jadi pilihan. Portion yang ni memang kecil, so kalau masa tu tengah lapar sangat not recommend untuk order yang ni. Heheh. First time makan mac & cheese dekat Kenny Rogers dan rasa dia pada Nani sedap lah jugak. Nani teringin nak buat mac & cheese macam ni dekat rumah tapi selalu tak menjadi. I don't know why, semua resepi mac & cheese yang Nani try satu pun tak menjadi. Hahah! Sis dah pasrah tak pandai buat mac & cheese sendiri. 
Konon hari tu nak tengok aje cerita apa yang tayang dekat wayang sekarang ni, sekali masuk jugak tengok movie Life. Sebenarnya nak tengok Baby Boss tapi tiket sold out semua. Biasalah kan weekend tambah pulak kalau beli 10 minit sebelum movie start, jangan mimpi lah ada tiket available lagi. Tapi Life ni pun not bad jugak story dia, pasal angkasa apa semua cuma ending dia tergantung. Nani rasa nanti ada yang kedua pulak. Korang kalau suka movie yang thriller sikit boleh lah tengok movie ni. Oh ya, dekat GSC ni ada surau rupanya. Nani pun baru tahu. Hehe. Hari tu movie start 6.30 petang, kalau nak tunggu habis movie baru nak solat memang dah terlepas waktu lah cerita dia. 
Memang kalau lepak dengan team ni, tak pernah sekejap. Plan asal nak pergi makan aje tiba tiba bukan setakat makan, siap tengok wayang + shopping dekat Brand Outlets lagi. Dari kononnya nak balik sebelum maghrib, pukul 10 jugak baru sampai bilik. Hahah! Korang pulak ke mana weekend baru ni? 😊

30 comments:

  1. Replies
    1. Nani pun sama kak. Jarang jarang makan dekat sini :)

      Delete
  2. Replies
    1. Sekali sekala memang best. Ehehe. Nak makan sini selalu memang tak mampu lah.

      Delete
  3. x pernah lagi lah rasanya tgk wayang kat NU SENTRAL tu haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah! Lepas ni boleh lah pergi tengok dekat sana pulak. Nani pun baru ni first time tengok wayang dekat NU Sentral. Lol :D

      Delete
  4. Seumur hidup syed pernah sekali je makan dekat kenny wojes ni ha. Itu pun sebab ada yang belanja kalau tidak harapanlah nak makan sini. mahaiii haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Kannn, memang mahal sikit lah makan dekat sini Syed. Selalu Nani pergi time ada buy 1 free 1 tu.

      Delete
  5. best ke cite baby boss tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari tu tiket sold out kak El, tak dapat tengok baby boss. Heheh. Kawan Nani cakap best jugak cerita dia & dalam cinema penuh budak budak kecik. Hahah!

      Delete
  6. Sekali sekala lepak dengan kengkawan memang gitu lah. Lari terus dari plan asal. Apa2 pun memang enjoy la masak zaman 'U'.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kak Su. Kalau dia orang ni selalunya mesti lari dari plan asal. Hahah!

      Delete
  7. Best juga lepak dengan kengkawan hujung minggu kan? Hilangkan stress katanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah, minggu lepas Nani macam dha ting tong tiap malam tidur lambat sebab hadap assignment. Heheh. Bila weekend boleh lah release stress sikit kan :)

      Delete
  8. Akak yang berempat beranak ni pun kalau keluar nak makan, memang susah nak buat decision tau. Kejap nak ke sini, kejap nak ke sana. Akhirnya ke situ... ^_^

    Akak suka mac and cheese kat KRR ni sebab bagi akaklah memang sedap. Ada hati juga nak buat tapi ada hati aje, buatnya tak pernah juga! Hahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh akak! Yeayyy dah muncul balik setelah sekian lama menyepikan diri. Hahaha! Kannnn, selalunya bab makan yang paaaaling susah sekali nak decide. Nani pun rasa macam dah suka pulak dengan mac & cheese Kenny Rogers. Lepas ni boleh lah repeat lagi dekat sana :)

      Delete
  9. akak tak pernah explore nu sentral lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eheheh. Lepas ni boleh lah jalan jalan sana pulak kak Izwa :)

      Delete
  10. mac cheese kenny rogers paling saya suka, sedap!
    haritu kitorang 1 family nak makan kenny rogers kat ioi city mall sebab ada promo, penuh gila sampai ayam dia dah habis. sedih sangattt

    time promom mmng laju aje orang menapak kat kenny rogers ni huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepp sikit Mazni. Memang sedap kan mac & cheese dia cuma harga aje lah mahal sikit. Memang, KR ni time dia buat promo penuh gila orang. Lambat sikit je, memang bye bye lah. Hahah! Melainkan kalau gigih nak beratur & bersesak dengan orang.

      Delete
  11. Akak belum lagi melepak di NU Sentral. Haritu smpi KL Sentral ajer..nak masuk dalam tuh dengan budak2 macam dah lambat sangat. Huhuhu..maybe next time la kan. Anyway, mac and cheese tuh nampak menyelerakan sungguh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Situ selalu sesak kak Nany. Nani pun dah jarang pergi sebab jauh satu hal lepas tu ramai orang. Rimas pulak rasa. Heheh. Try lah kak makan dekat KR lepas ni, sedaaap!

      Delete
  12. Rollie's Bowl tu macam sedap je.. Tergantung ke cerita Life ni? taknak tengok la.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Pergi lah tengok dulu Farid, seriously movie ni really worth it to watch! Recommended okay!

      Delete
  13. nani bila nak lepak ngan iteww pulak? hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom jom nanti. Ajak geng AFB bujang sekali. Hehehe 😝

      Delete
  14. bila dh kumpul2 ngn geng... mana blh kejap je....
    lama btl tk layan wayang ni nani... kadang tingin jgk nengok wayang kn
    dpt lyn skrin beso ngn bunyi yg dum dam dum dam gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn kak Dana. Hehe. Ajaklah Aiyan tengok wayang pulak kak, banyak cerita kartun sekarang 😄

      Delete
  15. Kalau Kenny Rogers, siqah suka muffin je. Hihi.

    Siqah nak tengok filem Life tapi tak sempat. Tengok kat Astro Best jela nanti. Minat cerita pasal angkasalepas. Hii.

    Bila orang belanja makan, rasa terlebih sedap lak makanan tu kan? :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sumpah best sangat movie Life tu, ending tu pun plot twist sikit tak macam yang kita jangka. Reccommended sangat untuk tengok. Heheh :) Betul sangat tu, perut kenyang, hati pun senang bila orang belaja ni. Eh :P

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page