Boat Noodle M3 Mall

Assalamualaikum & Hello.
Weekend baru ni dengan gigihnya ajak kawan kawan pergi makan Boat Noodle dekat M3 Mall. Sebab teringin sangat nak makan, sanggup masing masing pergi walaupun badan penat sebab baru habis program. Hahah! Bab makan memang laju, tak ada siapa pun yang nak tolak 😆 Nani baru first time masuk M3 Mall ni, tak sangka ada The Sore, MPH apa semua. Ingatkan mall biasa biasa aje. Heheh. Cumanya dekat sini macam tak ramai orang sangat (tak tahu lah kot waktu Nani pergi tu tak ramai kan). Kita orang siap makan dalam pukul 9.30 malam macam tu, ingat nak jalan jalan sekejap sekali banyak kedai dah tutup. Sebab kedai banyak tutup, siap makan terus balik. Hahah! Bagus lah, kalau tidak kang banyak pulak duit yang keluar. Dari niat nak makan makan je jadi lain pulak! Biasa lah perempuan. Ehem 😉
Boat Noodle
Punya lah lama dah simpan niat nak lepak dekat Boat Noodle ni, Sabtu lepas baru dapat. Cuma Nani rasa sekarang, harga makanan dekat Boat Noodle ni macam dah naik sikit. Nasib baik makanan still sedap. Hahaha! Sekali sekala lepak dekat tempat macam ni, ok lah. Sebenarnya nak reward diri sendiri sebab dah berjaya siapkan dua assignment dalam seminggu. Fuhh!

Boat Noodle
Kali ni tak makan bermangkuk mangkuk pun mee sebab dalam kepala dah set siap siap nak makan Yum Mama (kerabu maggi). Sebab nya hari tu ada makan kerabu maggi orang jual dekat sini lepas tu tak cukup pulak. Hahah! Itu yang gigih kemain nak makan yang dekat Boat Noodle pulak.

Boat Noodle
Mula mula makan sesuap rasa tak pedas, lepas tu pergi tambah dua sudu cili flakes. Haaa terus rasa asap keluar dekat telinga. Hahah! Pedas weh, cili flakes dekat sini bukan macam dekat Domino's yang tak ada rasa pedas tu. Menyesal letak banyak banyak.

Boat Noodle
Side dish yang wajib order. Cuma baru ni makan macam tak sedap sangat, dah sejuk lepas tu tak crunchy. Huhu. Portion dia pun tak banyak sangat macam dulu.

Boat Noodle
Ini pun wajib jugak order sebab suka roti dia yang lembut tu (padahal boleh aje kalau nak buat sendiri dekat rumah). Hahah! Tak sama tu lah masalahnya. Nak jugaaak makan yang Boat Noodle punya. Akhirnya, tertunai jugak hasrat hati nak makan Boat Noodle sebab dah lama tak melepak dekat sini. Next time nak try menu baru dia orang yang Kraken Kari tu pulak. Bulan depan lah pulak kot. Tiap tiap minggu pergi Boat Noodle tak boleh jugak. Hahah! Apa menu feveret korang kalau makan dekat sini? 

23 comments:

  1. setakat ni Rose tak pernah cuba lagi boat noodle. macam menarik je..

    ReplyDelete
  2. ramai dok update pasal boat noddles ni..alah..ni yang nak pegi jugak ni
    ~ Kisahsidairy~

    ReplyDelete
  3. akak lg tak penah sampai nani oi...

    kalau akak sefamily agaknya berapa mangkuk la ngn mee yg ciput tu....

    itu yg goreng2 tu apa nani? tak kenal nengoknya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheh. Boleh lah lepas ni ajak Aiyan makan Boat Noodle pulak kak Dana. Goreng goreng tu sayur apa entah. Hahaha! Nani pun tak tahu, tahu makan je.

      Delete
  4. Tgok gmbr pun dah lapar ni 😂

    ReplyDelete
  5. Kerabu maggi tu nampak sedap.. nyum3. Kat tempat saya kerabu maggi tak ada lagi >.<

    ReplyDelete
  6. sedapnyaaa pernah makan 3 kali je boat noodle ni ajk husband mkn dia xsuka sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nani suka pergi sini sebab banyak pilihan makanan. Heheh :)

      Delete
  7. huih sedapnye, blom pernah makan lagi di boat noodle. Nampak sedap la roti tuh. nyum..nyum..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedaap kak su sebab oti tu dia steam. Lembut aje. Heheh :)

      Delete
  8. Belum pernah lagi Nani akak pergi Boat Noodle tu. Tapi pernah terbaca yang versi ala Malay-sia sikit kat Shah Alam tu. Apa namanya yerk - Eat & Repeat! Macam tulah lebih kurang.

    Nak juga try tapi kalau takda menu ayam, susahlah nak bawa anak-anak ni makan sama!

    Btw, M3 Mall ni kat celah mana? Kenapa akak tak tahu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nani ada jugak baca yang tu tapi tak pernah try lagi. Heheh. Ada jugak menu ayam dekat sini tapi mahal sikit leps tu ayam nya kecik. Hahaha! Nani tak suka sangat.

      M3 Mall ni dekat Taman Melati. Baru lagi rasanya mall ni, dekat dengan kawasan rumah rumah orang. Ok jugak lah kalau nak datang makan makan, banyak jugak pilihan :)

      Delete
  9. Kerabu maggi tu macam drooling sangat! huwaaaa sedapnya dah lama tak makan boat noodle.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah! Sorry Syed. Kena jalan jalan sini lah kalau nak makan Boat Noodle. Heheh :)

      Delete
  10. ya Allah sedapppnyaaaa nani. harituu ada makan gak. kite makan 6 mangkuk. gilaaa kan? bhahaha.. kerabu megi tak terorder sbb nak makan noodle bla,bla,bla je. hahahahah #rasa macam nak pi makan sini lg je lpas tgok gamba ni. hukhuk

    ReplyDelete
  11. fav kt sini nasi krawpo , sangkaya, teh ais cha yen...kerabu maggi pernh mkn bole tahan pedas..ayam legend pn sedap..pernh smp gk M3 mall ni mmg tk rmi pn mayb sbb rmi xtau kot..org2 area situ je la kot yg slalu pegi hehe

    ReplyDelete
  12. tak pernah try lagi wpun kata orang sedap2

    ReplyDelete
  13. yg ke4 jgn lupa ajak k.el tau hihi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page