Tersalah Naik Tren!

Assalamualaikum & Hello.
Kisahnya hari tu nak ke Pulau Ketam, Nani dengan dua orang lagi kawan gerak ke sana pagi Sabtu lepas habis program universiti. Konon nya kali ni tak nak naik KTM dekat KL Sentral untuk ke Pelabuhan Klang, nak naik dekat Subang Jaya terus. Kita orang bertiga pun direct lah naik LRT dari Gombak terus ke Subang Jaya dan dekat sana tukar naik KTM. Naik LRT terus ke Subang Jaya sebab masing - masing cakap LRT laju sikit, kalau KTM nanti lambat. Sampai dekat Subang Jaya, tengok platform tu macam dah betul so turun lah dengan rileks rileks aje, sebab masa tu tak sedar lagi yang KTM dah ada. Bila dah separuh anak tangga, baru nampak ada ramai orang keluar dari KTM. Kita orang pun apa lagi, berlari lari lah nak kejar KTM tu. Faham aje lah kan, kalau dah terlepas satu train, next train tu nak kena tunggu lagi 45 minit. Fuh, lama kot kalau nak kena tunggu. 
Sumpah masa tu malu gila sebab ramai orang tengok kita orang berlari lari semata mata nak kejar train. Gigih gila kan sebab nak kejar train. Lepas tu elok aje kawan Nani dua orang tu dah masuk dalam KTM, terus pintu train tu tertutup. Nani pulak tak sempat nak masuk lagi weh time tu. Dalam kepala satu aje "aku nak kena tunggu train lain." Sekali ada makcik tu dia jerit "dik, cepat tekan butang tu!" Hahahah! Kalau ingat balik benda ni memang gelak sakan. Memang buat drama betul lah 😆 Dan mujurlah pintu tu terbuka, terus laju laju masuk lepas tu guess what?! Ramai gila orang pandang. Pffft! Elok train dah gerak, terus jalan cari coach wanita. Tak sanggup nak jadi perhatian orang. Kah!
Lepas tu dah masuk coach wanita still lagi gelak gelak sebab teringat drama sebabak yang kita orang bertiga buat. Dengan dia orang berdua masa tu gigih nak halang pintu train tu tertutup. Lol 😆 Pintu tu automatik memang tak lah nak halang pulak kan. Hahahhaha! Adoi. Dah lama train bergerak, tiba tiba kawan Nani cakap "apesal train ni ke belakang balik?" Masa tu dah lepas dua stesen baru sedar yang kita orang tersalah platform. Bayangkan, dah lah buat drama sebabak sebelum tu tiba tiba tersalah naik train pulak. Kita orang pun tukar lah platform dekat mana entah masa tu. Dah turun, sekali lagi berlari lari nak kejar train yang dah sampai dekat platform sebelah sana. Kali ni tak ada lah dah buat drama sebabak sebab masing - masing sempat masuk dalam train. Hahah! 
Rasa macam 'mencabar' betul naik KTM kali ni. Hahah! Dengan berlari lari lagi dekat Stesen KTM, memang dah macam pergi merentas desa pulak 😆 Tak pernah pernah buat kerja macam ni hah, tapi gara gara tersilap platform terus jadi entah apa - apa. Nasib baik tak drag banyak sangat masa sebab tiap kali sampai Stesen KTM tu, terus ada train (cumanya tersilap naik aje. Lol). Tak tahu lah apa masalah hari tu, tak nampak platform ke apa entah tiba tiba aje pergi salah naik. Nasib baik sedar awal tersalah naik KTM, kalau tak sia - sia oi patah balik ke belakang. Hahah! Alhamdulillah selamat jugak sampai ke Pulau Ketam tengah hari tu walaupun macam macam hal jadi. Korang pernah ke tersilap naik KTM atau LRT? 😀




25 comments:

  1. Replies
    1. Hahahaha! Manis sangat ni kak Izwa sampai jadi tontonan orang dekat KTM tu. Tebal muka rasaaa 😝

      Delete
  2. KTM kalo terlps jenuh la tunggu lama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang pun, lagi 45 minit nak kena tunggu. Jenuh 😂

      Delete
  3. kalau tengah mood ok, salah naik tren ok je. sambil jalan2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn! Tapi hari tu sebab terkejar kejar tu yang siap berlari lari lagi 😂

      Delete
  4. pernah je. selalu jadi time nak pegi class zaman study dulu and nak blame management lah. hahah selalu turun escalator, pusing kanan (kot) tapi that day escalator tutup so turun tangga then pusing the other side

    lepas satu station, ohh damn apesal nama station lain. hahaha

    kena la keluar balik, que balik.

    btw apa best kat pulau ketam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Seksa jiwa raga bila tersalah naik train ni kan. Nak kena tunggu balik train tu lama gila. Takpe lah next time dah tak tersalah lagi kot. Ehehe.

      Haha. Tak tahu lah nak cakap apa yang best sangat sebab Nani selalu pergi sana bila ada program. Biasa tengok orang datang jalan jalan sambil beli bahan basah dekat sana 😊

      Delete
  5. tersalah naik train x pernah. tapi kalau kejar train tu pernah XD kejar train untuk kawan semata2 supaya dorang sempat naik. nasib baik train tu baru nak gerak, sempat juga nak stop :'p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Weh semput okay main kekar kejar train ni. Hopefully ni first & last 😂

      Delete
  6. hahahhaha dik akak baca kenapa rasa cuakkk ni ahahaha sambil baca cuak sekali gelak adoiii mmg kalau akak kt tempat nani mau tak panik...katalah husband dgn anak dlm train dah akak kt luar x sempat masuk...mau merauuunggg...oh ada butang leh tekan ye...mujur akak baca leh jadikan pengajaran juga ni best ye pulau ketam!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Kann kak, memang gelabah nasib baik ada makcik tu jerit suruh tekan button 😂

      Delete
  7. saya pernah terlajak sampai ke stesyen akhir sebab tertido...huk huk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pehhh ni lagi lah. Nani kalau naik lrt atau ktm mengantuk macam mana pun mesti tahan mata. Risau kalau terlajak macam Linda ni lah. Ehehee 😝

      Delete
  8. akak baca pun jadi semput. terbayang situasi lari laju-laju nak masuk tren. dulu masa zaman U selalu lari-lari kejar tren sebelum tren tutup pintu. tersilap naik tren pun pernah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah! Memang semput kak Su, pengalaman 'manis' betul naik KTM kali ni 😂

      Delete
  9. hahaha mesti kelam kabut kan. airah prnah naik sekali je sbb nak merasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kelam kabut gila sebab kalau terlepas train yang tu nak kena tunggu lagi 45 minit. Lama tu 😅

      Delete
  10. Kesian Nani and the gang. Itu akak rasa sebab teruja sangat nak pergi Pulau Ketam. Janji nampak je train teruslah berkejar nak naik, sampai silap train.

    Akak tak pernah lagilah silap naik train. Tapi kalau silap pun, akak buat-buat bodoh aje jangan sampai ada yang perasan. Hahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Memang kak, masa tu yakin betul naik train yang betul padahalnya salah. Susah jugak naik dekat stesen yang tak biasa ni. Menyesal tak sudah rasa. Hahaha!

      Delete
  11. Pernah jugak tersalah naik ktm. Masa tu nk cepat la, tren da bersedia nk gerak, pintu da tutup pun, mungkin sbb driver tren tu nmpk akak bergegas mcm nk naik tren tu, dia buka balik pintu. Akak pun dgn confidentnya naik la.. Dlm hati syukur sgt sempat naik tren, tak terfikir langsung yg nak ke KL kene ke platform satu lg.. Bila da nak sampai 1 stesen baru perasan, salah naik tren. Benda ni jadi bila kita naik tren dkt tmpt yg tak biasa kita naik. Kalau da biasa, inshaaAllah tak salah.. 😁😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha! Ya Allah kak memang sama sangat dengan kes Nani ni hah. Kita orang hari tu tak perasan langsung salah platform. Dah dua stesen baru sedar yang train tu salah.

      Lepas ni tak nak dah naik dekat stesen yang tak biasa. Hahah! Memang kebarangkalian salah platform tu tinggi 😂

      Delete
  12. Pengalaman mencabar yg manis tu hehee :) :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Memang akan ingat sampai bila bila lah nampaknya 😂

      Delete
  13. Alhamdulillah setakat yang mek naik ni tk prnah lg jadi cm tu :)

    Pulau Ketam ade ape nani??

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page