Pengalaman ke Pulau Ketam

Assalamualaikum & Hello.
Hujung minggu lepas kosongkan jadual semata mata nak join program bersama adik adik di Akademi Tahfiz Mandarin, Pulau Ketam. Ikutkan ini dah kali kedua Nani jejakkan kaki ke sana tapi perasan teruja tu tetap jugak sama. Alhamdulillah setiap program yang dirancang berjalan dengan lancar sepanjang tiga hari berkampung dekat sana. Nani ke sana Sabtu pagi sebab Jumaat tu ada beberapa urusan yang nak kena settle kan dulu. Oh ya, Pulau Ketam ni terletak di Pelabuhan Klang aje, tak jauh mana pun. Dekat sini kebanyakkan penduduk nya Muallaf. Kalau nak cari kedai makan halal pun agak susah lah, kalau korang nak ke sini eloknya dah bawa siap siap stok makanan sendiri. Hehe. Ramai jugak Nani tengok orang datang ke Pulau Ketam ni nak jalan jalan. Mungkin sebab dekat kot.
Untuk ke Pulau Ketam ni, boleh menggunakan feri atau pun speed boat. Kita orang hari tu naik feri, RM 10 seorang untuk one way. Feri nak ke Pulau Ketam ni pun dah makin cantik dan selesa lah sekarang. Heheh. Dulu masa mula mula Nani pergi tak ada lagi feri yang ni. 
Hampir hampir tak jadi pergi sebab kekangan masa tapi memandangkan dah setuju untuk jadi sebahagian daripada komiti, cuba jugak untuk ke sana. Alhamdulillah dipermudahkan semua urusan. Sepanjang tiga hari dekat sana, kiterang menginap di Pulau Ketam Inn. Gambar bilik tak ada pulak nak tunjuk, Nani pun datang dah hari Sabtu, faham faham lah keadaan bilik dah macam mana. Hahah! Tapi selesa lah duduk hotel tu, bilik luas sampai boleh muat enam orang. 
 Memang syok lah kalau dapat tengok view macam ni hari hari. Rasa tenang sangat okay duduk dekat sana sebab tak ada pencemaran bunyi langsung. Dekat Pulau Ketam ni, dia orang cuma guna basikal aje nak ke mana - mana so tak ada lah bunyi bising - bising apa semua. Motor pun ada jugak tapi dia orang guna bateri bukan minyak macam kita. Heheh. 
Antara komiti yang terlibat untuk menjayakan program dengan adik adik di Maahad Tahfiz Mandarin baru ni. Seronok dapat bekerja dengan team ni, masing - masing perangai masuk air jugak πŸ˜†
 Pusat Tahfiz Mandarin ni baru aje dibuka, start bulan satu hari tu. Seronok lah tengok adik adik dekat sini, ada tu yang dah hafal sampai lapan juzuk ayat Al - Quran. Mula mula Nani ingat dia orang ni semua duduk sekitar Kuala Lumpur dengan Selangor aje, rupanya ada jugak dari Kelantan, Perak. Kecil kecil lagi dah pandai berdikari, kagumnya dengan dia orang. 
Nani pun hari tu sampai dah Sabtu tengah hari, banyak jugak lah slot yang dah terlepas. Dekat sini memang semua pelajar lelaki aje dan selain menghafal ayat Quran, dia orang belajar jugak bahasa Mandarin & mengaji kitab. 



Hari terakhir dekat sana, adik adik ni tak bagi kita orang balik. Hahah! Siap suruh sambung lagi buat program dengan dia orang lagi dua tiga hari. Alahai dik, kalau kami tak ada komitmen lain memang boleh sangat nak sambung. InshaAllah next time kami datang lagi buat program. Moga dengan setiap perkongsian hari tu memberi manfaat buat kalian dan menjadi saksi untuk kebaikan yang kita lakukan. Doakan adik adik ni dipermudahkan urusan mereka untuk menjadi huffaz 😊
 Bebel apa entah dekat depan tu. Hahah! Rasa kerdil sangat dikelilingi adik adik ni. Moga satu hari nanti dapat jugak merasa peluang untuk menghafal sekurang kurangnya satu juzuk Al Quran seperti adik adik di Akademi Tahfiz ini.  

Finally we did it guys! Moga dengan setiap perkongsian baru baru ni menjadi saksi di atas kebaikan yang kita lakukan. Jarang jarang join program yang komiti lelaki lagi ramai daripada perempuan. Hahah! Masing - masing berbeza kos tapi boleh bersatu dalam program ni. Jumpa lagi next time! Walaupun dalam satu universiti yang sama, kadang kadang berselisih pun tak pernah. 


15 comments:

  1. bgsnya program mcmni ye nanie...

    tahfiz tu mmg kt pulau ketam yek... dulu pulau ketam tu kn tak ramai penduduk islam, kebanyakkannya cina...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah kak, baru aje bukak Akademi Tahfiz ni. Tempat ni macam dah membangun sikit sekarang. Heheh. Memang mostly cina dekat sini, tak ramai sangat pun orang Islam.

      Delete
  2. Jernih tengok air muka adik-adik ni kan. Semoga diterangkan hati untuk menghafaz Al-Quran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sangat kak Su. Rasa kecil aje diri ni bila ada dengan dia orang. Nani pun tak mampu nak menghafal ayat Al Quran sampai berjuzuk juzuk T.T

      Delete
  3. bestnya dapat join aktiviti mcm ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali sekala memang seronok lagi lagi dengan budak budak macam ni :)

      Delete
  4. Perkongsian yg menarik sahabat..

    ReplyDelete
  5. bukan senang nak jadi tahfiz Al-Quran..

    semoga anak salah seorang dari anak saya dapat belajar tahfiz ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Untungnya siapa yang mampu menjadi Huffaz ni :) InshaAllah amin.

      Delete
  6. Sejuk mata melihat adik-adik Tahfiz :)

    Ohh Siqah ingatkan bila kata ramai Muallaf, means banyaklah kedai makan halal. Rupanya tak banyak eh? Jenuhlah pergi pulau nak bawa makanan lebih..

    Tak sangka pun Pulau Ketam dekat je. Hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann Siqah :)

      Tak ada sangat pun, ada sebuah restoran aje yang halal dekat sini. Heheh. Memang kena bawa makanan siap siap, kalau nak beli megi segera pun mahal okay dekat Pulau Ketam ni. Memang dekat, boleh lah kalau nak jalan jalan sana :)

      Delete
  7. seronok tengok muka adik-adik tu. banyak pahala buat anak-anak ni gembira.

    ReplyDelete
  8. best program macam ni. adik2 tu pun nampak gembira & bersemangat :D

    ReplyDelete
  9. Subhanallah walhamdulillah... pengalaman mcm ni bukan semua org boleh rasai.. menarik sgt :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page