Pengalaman ke Sekolah Anak Orang Asli

Assalamualaikum & Hello.
Sabtu minggu lepas berpeluang ke Sekolah Kebangsaan Bukit Kemandol di Jenjarom untuk satu program dengan anak anak orang asli dekat sana. Sekolah ni memang semua nya daripada kalangan anak anak orang asli, pelajar pun tak sampai seratus orang kalau tak silap Nani. Mula mula nya Nani ingat ni sekolah agama sebab (A) tu selalu nya untuk agama, rupa rupanya untuk asli. Heheh. Ampunkan saya! Nervous jugak lah Nani sebab tak pernah lagi join program dengan anak anak orang asli ni kan. Nani dah lah sejujurnya tak berapa nak ngam dengan budak budak. Cuma dua tiga tahun ke belakang ni, Nani baru belajar nak interact & handle budak budak. Mungkin dah ada sikit perasaan mak mak tu. Hahahahahha! Serius tau, dulu dulu Nani tak boleh langsung masuk dengan budak budak kecik ni, lagi lagi kalau dia orang tantrum lepas tu menangis. Fuhhhh! 
 Kakak kakak mentor yang baik hati lagi penyayang. Ehem. Nani ajak dia orang ni join sekali, since weekend lepas macam tak ada apa sangat nak buat.  Assignment tu memang lah ada tapi tinggal lah sekejap kan. Bila lagi nak timba pengalaman macam ni 😉

Masa awal awal sampai tu krik krik jugak lah dengan dia orang. Adik adik ni pun malu malu lagi, bila tanya soalan, sepatah aje yang dia jawab. Alahai dik. Tapi bila dah lama hah keluar semua perangai dia orang. Hahah! Adik adik dekat sini bukan lah yang macam selalu kita tengok dekat luar sana okay. Kadang kadang datang dia punya perangai hyper tu, mashaAllah. Tapi tu lah degil macam mana pun dia orang kena sabar sikit, tak boleh marah marah sebab dia orang sangat sensitif. 
Start daripada game yang first ni, baru lah nampak dia orang dah mula suka. Susah jugak rupanya nak handle adik adik ni. Hahah! Kena cakap berulang kali baru dia orang dengar kata. Memang senang cerita kalau buat program dengan dia orang, sabar tu kena up sikit lah dari biasa sebab tak boleh nak marah marah kan. Kalau nanti dia orang terasa ke apa, dia dah tak nak layan kita. Ada masa nya jugak, dia orang akan cakap direct terus apa yang dia tak suka. Haaa gitu. 
Adik adik dekat sekolah ni mungkin lambat sikit dari segi pembelajaran akademik tapi antara dia orang ni ada yang berbakat dan aktif bersukan. Hari tu ada cikgu dekat sini cerita dah dua tahun ada pelajar sekolah ni yang mewakili daerah untuk sukan bola baling. Kagum! 

Apa apa pun, terima kasih kepada pihak sekolah yang sudi menerima baik kehadiran kami. Adik adik yang sporting sangat, cikgu cikgu pun baik aje melayan. Dekat sekolah ni, tak ada pun yang darjah satu, mostly darjah lima dengan enam. Bila pergi sekolah anak anak orang asli ni, seboleh mungkin janganlah tanya soalan pasal agama. Sebab dia orang ni, ada yang beragama Islam, ada jugak yang tak ada agama. Kalau boleh, soalan soalan sensitif ni kena elakkan. 
Terlalu banyak benda baru yang Nani belajar lagi lagi bahasa dia orang. Ada lah sikit sikit adik adik ni ajar. Hahah! Seronok jugak sekali sekala kita cabar diri untuk buat sesuatu yang kita tak pernah buat walaupun penat sikit lepas tu. Nani salute sangat dengan cikgu cikgu yang berkhidmat dekat sekolah sekolah macam ni. Nani yang bersama dengan dia orang tak sampai separuh hari pun, balik tu terus pengsan. Hahahah! Patutlah tak terpilih masuk IPG kan 😆Sejujurnya, ini lah antara pengalaman yang paling manis dan berharga untuk dikenang di sepanjang perjalanan kehidupan. 

14 comments:

  1. seronok tgk nani n kwn2 bt aktiviti gini, boleh menambah ilmu pengetahuan yg tak semua org dpt... yelah bdk2 org asli ni lain skit kan, mungkin sbb persekitarannya...

    tp apa pun kalu nk bt aktiviti gini mmg sabar kne pd tahap tertinggi n kite pun kene pandai bt sesuatu yg depa suke kan...

    ReplyDelete
  2. wahh pengalaman yg bermakna. tengok pun dah rasa seronok :)

    ReplyDelete
  3. pengalaman baru dan mesti tak dapat dilupakan oleh nani kan :)

    ReplyDelete
  4. prnah gak ke perkampungan diorg. tapi tahun 90an dulu la

    ReplyDelete
  5. Hahaha bestnyaaa! Nad tak pernah lagi jadi fasi or anything yang lebih kurang camni hehe.

    ReplyDelete
  6. Pengalaman join program macam ni memang sangat best nani!
    Tiba-tiba rindu pula nak berprogram macam ni.

    ReplyDelete
  7. cantik jugak sekolah utk anak2 orang asli ni :D

    ReplyDelete
  8. pengalaman dengan budak-budak yang berlainan bangsa memang best juga...

    cabarannya pasti ada..

    ReplyDelete
  9. Tahniah Nani! At least awak berani mencuba. Pada akak, memula ajer rasa krik..krikk ( bukan kroh..kroh..yer..Itu tido namanya ) HAHAH! Tapi lama2 InshaALLAH..mesra alam nanti. Yang pasti, kena jadi extra peramah ngan derang.

    ReplyDelete
  10. Wow...seronoknya teringat akak zaman belajar dulu..ada gak pi penempatan kaum asli..bermesra ngan anak2 orang asli...kalau diberi peluang untuk pergi lg sekali..akak nak pergi..

    ReplyDelete
  11. pengalaman yang berharga gitu

    ReplyDelete
  12. Pengalaman baru yang menarik ni...

    ReplyDelete
  13. Bkn smua dpt peluang camni.. Nani paham la ye bahasa org asli skit2

    ReplyDelete
  14. Bukan senang nak melayan budak-budak ni, Nani. Kalau tak sabar, memang susah sikitlah. Tapi kalau anak sendiri, throw tantrum macamana pun InsyaAllah, kita boleh aje bersabar ^_^

    Masa macam nilah patut cuba apa kita nak buat. Libatkan diri dengan lebih banyak program. Bila dah berkeluarga nanti, lain pulak jalan ceritanya, Nani. 'Me time' pun semput nak cari!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page