Sarapan Mudah

Assalamualaikum & Hello.
Hari ni terlebih rajin pulak nak buat sarapan sendiri, biasanya beli aje setiap hari. Cuti cuti ni rajin sikitlah nak cuba memasak macam macam. Tiga minggu cuti rugi kalau tak belajar memasak. Hahaha. Ilmu untuk survive diri dekat tempat orang nanti. Sebenarnya dari semalam lagi dah nak buat tapi sebab bahan tak berapa nak ada so kita tangguhkan dulu. Tapi yang kali ni, Nani tak berhajat pun nak kongsi resepi sebab terlampau senang sangat nak buat. Hahaha. Budak budak sekolah pun pandai buat ni, gitu. 
Sarapan
Tengok gambar pun dah tahu senang sangat nak buat kan. Hahaha. Baked beans tu memang sentiasa ada dalam peti ais sebab orang dalam rumah ni semua suka makan. Nani cuma buat telur hancur, goreng fries sikit + tabur garam, roti bakar dan yang paling istimewa sos lada hitam. Nani lagi suka kalau fries makan dengan sos lada hitam daripada sos cili tu. Sos lada hitam ni Nani beli yang dalam paket so bila nak makan bancuh dengan air, masak atas dapur tambah dengan tepung jagung sikit bagi pekat. Pehh, memang sedap. Ini lah jadinya bila dekat Pahang teringin nak makan makanan western macam ni. Dari pergi beli dekat kedai tak tahu sedap ke tidak, baik buat sendiri. Hikhik.

p/s : Siapa tahu kalau dari KTM Serdang nak pergi MAEPS kena ambil Rapid yang mana? 

36 comments:

  1. Simple..tapi sedap..wah ada kacang panggang tu ye...ermmm..nyummy..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pagi pagi memang makan simple2 aje asalkan kenyang. Heheh :)

      Delete
  2. mudah...cepat...sedap...yang penting kenyang..

    ReplyDelete
  3. Nani kejam...akak tengok entry ni terus lapar....

    ReplyDelete
  4. ringkas dan sedap nampaknya tu

    ReplyDelete
  5. perghhhhhhhhhhhh english breakfast ni...sedap2.... peberet nie...tapi kat umah ni kalo bekpes...nasi lemak, roti canai gak di carinyer huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali sekala berubah selera makan macam ni. Nani pun sokmo jugak makan nasi lemak , roti canai :p

      Delete
  6. perghh..ala2 western food dah tu, maaf x dpt nak tolong sbb x pernah naik rapid area tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe, sekali sekala makan western. Hihi, takpe kak sue :)

      Delete
  7. Cuma perlu ada kerajinan sikit aje kan Nani..

    ReplyDelete
  8. sedap nani, kak ana selalu gak sarapan camni, tapi telur tu kak ana rebus separuh masak sahaja makan dengan bean tu.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann kak ana, tapi Nani kurang sikit telur rebus. Hehehe

      Delete
  9. Nampak sedap tuhh.. Sesekali masak sendiri western memang puas hati!;)

    ReplyDelete
  10. selalu juga buat cam tp uninya sos lada hitam tu ..menarik je ....

    kami ni kena nasi juga dr makanan ringan ni ..perut org melayu ...hehehhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe, Nani pun biasa nak nasi jugak. Semalam je teringin makan macam ni :)

      Delete
  11. Mewahnya sarapan. Kita kat sini makan donut je. haha

    ReplyDelete
  12. Tudiaaaaaaaaa kalah lah hotel shangrila serve cm ni dik...mmg buat sendiri lagi 10 kali sedap makan kt hotel tu dik...roti bakar tu potong kecik nampak manis sgt...untunglah siapa kahwin dgn adik nanie hehhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahhaha, rajin pulak nak buat macam ni semalam :p

      Delete
  13. english breakfast gitu..... terbaeklah Nani

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page