Assalamualaikum & Hello.
Turun aje dari cable car terus melangkah ke Muzium 3D ni hah. Ini antara tarikan terbaru lah dekat Langkawi ni hah. Dulu dulu tak dek pun rasanya. Lagipun sekarang banyak je dah ada Muzium 3D ni kan, dekat Penang pun ada jugak kalau tak silap Nani. Ha apa yang menariknya dekat sini? Boleh lah nak bergambar dengan macam macam aksi. Bayaran untuk dewasa RM 30 dan kanak kanak (berusia 12 tahun dan ke bawah) RM22 kalau tak salah Nani. Boleh duduk dalam ni tak kisah berapa lama pun yang kau nak. Heheh. Bergambar lah sampai lebam kan. Tempat ni luas gila cuma penat sikit lah sebab banyak tangga. Hahah ! Masa Nani masuk sini tak ramai sangat orang, seronok lah nak bergambar macam macam gaya.
Nak masuk dalam ni kena tanggalkan kasut dan letak dekat kaunter masuk. So nanti nak balik baru lah ambik semula.
Muka dah tak berapa nak ada perasaan. Hahaha ! Masa ni macam dah penat sikit sebab dah tengah hari lepas tu tak makan apa apa lagi. Kalau ikutkan tiket Nani tu boleh masuk tengok dinausors sekali tapi sebab ramai gila orang beratur nak masuk Nani skip yang tu dan masuk Muzium 3D ni aje. Dinausors kan bukan jiwa I sangat. Hahah ! Kalau bebudak seronok lah.
Ha nak balik mana ni? Kuala Lumpur ke Seoul? Hahaha ! Yang ni dah dekat bahagian luar, tempat nak ambil kasut. Pun boleh lagi nak bergambar hah.
Kasi lah chance Nani nak fefeeling jadi burung yang terbang bebas. Hahah ! Best lah masuk sini sebab macam macam jenis art yang kita boleh tengok. Semuanya lawa lawa dan superb okeh.
Wuhuu dah sampai Venice ! Hahah ! Perasan sangaat kan. Nani paling suka dekat sini, tak tahu kenapa. Lol ! Banyak sangat yang boleh bergambar sampai kan rasa tak tahu dah nak bergambar dekat mana. Eheh. Boleh jugak join contest gambar yang paling menarik dan letak kat Instagram. Kalau terpilih sebagai top three nanti dapat lah hadiah daripada diorang. Gitu. Korang kalau berkesempatan ke Langkawi, jangan lupa singgah Interactive 3D Art Museum ni.
Sebenarnya Nani ada banyak lagi gambar dekat sini tapi sebab telefon rosak, gambar tak sempat transfer pun lagi. Sabtu malam hari tu telefon terjatuh lepas tu elok lagi. Nani sempat bukak email, Instagram apa semua tetiba dia terpadam sendiri. Bila bukak semula dia restart tapi tak keluar apa - apa. Haih dugaan betul, sebab nak habiskan entry Langkawi ni cecepat, kita tepek lah mana gambar yang dah ada.
Weeee..syoknyaaa! 3D museum ni memang best untuk amik gambar kan? Samapai tak larat dah nak amik gambar. Haha..lalu jer tengok2..
ReplyDeleteSinggah pagi isnin...:)
ReplyDeleteGambar 3D dia lebih kurang yg di Mount Austin JB sini Nani
ReplyDeleteKalau pandai posing memang menarik hasilnya.
salam singgah Nani
ReplyDeletelama akak tak kesini
wah Langkawi dh berapa tahun tak kesana
asal balik kmpong kat kedah mesti nak gi sana
tunggu lah ada rezeki balik kampong nak jugak pi tengok lang tu
cantik2... skrg banyak tempat dh ada 3d muzium nih kan...
ReplyDeletegambar mule2 tu nampak sgt muke penat nani...
Syoknya! Boleh sakan bergambar! :)
ReplyDeletesyok nye bergambar. ttak pernah smpai lg sini
ReplyDeleteBestnya.. dua2 tmpat sy tak pergi lagi... mmg kena singgah klu ke sana ni... menarik sgt2 :)
ReplyDeleteambik gambar ni kena buat gimik .. ai jenis tak reti bergambar mls nk masuk .... kih kih ...
ReplyDelete