Lepak di Wendy's Chicken

Assalamualaikum & Hello.
Nani ni jarang jarang makan dekat Wendy's (baru sekali je pergi) hari tu ajaklah kawan pergi makan dekat sana. Iya lah dah diorang asyik cakap makanan dekat sana murah, I is pun nak lah jugak cuba. Pernah tengok outlet Wendy's Chicken ni dekat KLCC kalau tak silap, tapi masa tu tak teringin pun nak makan. Hari tu ajak kawan makan dekat sini sebab Nani macam dah jemu gila tengok nasi campur. Serius tak tahan kalau hari - hari hadap lauk yang sama, sampai dah tak lalu nk makan. Itu yang kadang kadang muncul nya cekodok, nasi goreng, bubur nasi yang dimasak guna rice cooker. Eheh. Nani tak sure sangat banyak ke tidak outlet Wendy's Chicken ni, yang Nani tahu ada dekat KLCC, Sunway Pyramid, lain lain tak tahu sangat. Hehee.
Apa yang bestnya dekat Wendy's ni? Kawan Nani haritu ajak makan bubur sebab bubur dekat sini sedap katanya. Masa Nani pergi tak ramai sangat orang so servis dia laju lah. Murah pun ye jugak makanan dekat sini, cuma air dia je yang Nani rasa macam sikit dari fast food yang lain. Hehee. Tapi kalau macam order bubur ke memang banyak lah. Nani baru sekali makan dekat sini so tak pasti sangat apa lagi yang best. Jom lah tengok apa yang Nani makan hari tu, mana lah tahu kot kot engkorang ada nak pergi lepak dekat Wendy's lepas ni. Gituu :)
Wendy's Chicken
Chicken Porridge
Sebab diorang cakap bubur ni sedap, Nani pun order lah semangkut. Harga RM5.90 kalau tak salah Nani untuk bubur sekali dengan air. Murah kann? So kalau tengah tengah berjimat tak tahu nak makan apa, boleh lah datang sini. Tempat pun selesa, siap ada wifi lagi.
Wendy's Chicken
Cheese Nachos
Teringin nak makan nachos yang dekat Chili's, Nani ni pun order lah cheese nachos ni hah. Tak ingat berapa harga ntuk cheese nachos ni. Maklumlah dah lama sangat pergi, baru harini nak masuk dalam blog. Eheheh. Pada Nani cheese nachos dia biasa biasa aje sebab nachos tu tak crunchy. Cheese dengan mayonis dah sedap dah, kalau nachos tu rangup memang ngam! Nani pernah makan dekat satu food court dalam KLCC, memang sedap sangat nachos dekat situ. Kalau pergi sana, memang singgah beli nachos. Hehee. Feveret ok cheese nachos ni. Eh dah menyimpang ke lain pulak kan. 
Korang kalau tak tahu nak makan mana, boleh lah pergi Wendy's ni hah. Murah dan jugak berbaloi sebab portion besar. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang outlet dan menu diorang boleh tengok website Wendy's Chicken okeh. 

19 comments:

  1. Maznee & family pun baru makan minggu lepas kat wendy klcc.
    .
    Sedap juga. Tapi portion agak sikit. Kami makan hari jumaat. Jadi ade promosi aiskrim rm1. Aiskrim die sedap

    ReplyDelete
  2. bubur tu nampak sedap sbb kite penggemar bubur .. ape jenis bubur nasi kita suka

    ReplyDelete
  3. Teringin pulak nak makan cheese nachos hari ni... best tu :) :)

    ReplyDelete
  4. pernah makan kat wendys sekali je dulu, susah juga cari outlet dia. kat gombak rasa takde

    ReplyDelete
  5. dulu biasa lah jgk mkn kt wendys tp skrg dh banyak yg ttp, tak penah jumpa yg dkt2 area akak... dulu akak suke mkn buger prawn dia, mmg sedap prawn pun besar2... fries dia pn sedap lain sgt dr kfc or mcd

    ReplyDelete
  6. Singgah pagi...
    sedap nampak bubur tuh...

    ReplyDelete
  7. wow sedap nampak bubur tu.. tapi mummy kalau teringin nak makan bubur suka pi kat Marrybrown, seafood porridge dia memang terbaek..heehe

    ReplyDelete
  8. Alaa sedapnya bubur. Siqah tak pernah makan di sini lagi. Bolehlah cuba tapi kedainya di mall yang ramai orang. Susah nak bodek hubs teman. Hii

    ReplyDelete
  9. Akak dah makan kat Wendy's ni tapi tak berapa berkenanlah. Bab bubur tu tak pernah pulak mencubanya. Selalu kalau ke KLCC bila teringin nak makan KFC tapi penuh, memang tapau kat Wendy'slah.

    ReplyDelete
  10. chicken porridge tu nampak sedap, harga murah tu kalo dah sekali dgn air baru rm5.90

    ReplyDelete
  11. Klcc n sunway piramid? Jauhnya nk pergi 😬

    ReplyDelete
  12. Manalah kakak boleh sesaja ke sana utk mkn ni Nani. Jauh benar dar JB semata-mata nak mkn bubur dia
    Nampak memang sedap tu.

    ReplyDelete
  13. Nanie ingat balik tak nachos dlm klcc tu area mana..hehhe sbb sis suka lepak klcc mkn2 situ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaamaak tak ingat apa nama dia. Hahaha. Yang pasti bukan dekat foodcourt yang level empat tu, ni yang foodcourt satu lagi. Hehe :)

      Delete
  14. tk pernah msuk wendy. blhla pasni msuk wendy. hahahah

    ReplyDelete
  15. Dulu masa keja kat KLCC rasa pernah kot makan kat Wendy tuh. Tapi tak order ulak porridge tuh sebab takut tak sedap. Hehehe..last2 order ayam goreng. Sedap lagi kot KFC. Apa2 pun...sedap itu sangat subjektif kan? lain org lain taste dia. Syukur lah ada makanan. Kesian saudara-saudara kita yang susah sangat nak cari makanan. ( haaa...ter tazkirah pulak dah ) haha..jangan marah adik manissss...

    ReplyDelete
  16. Not bad jugak wendy ni eh. X pernah lagi makan kat wendy sebab x tau ape yg special. Good idea!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page