Si Kembar Sayang

semalam sempat aku ke hospital tengok si kembar yang tak sihat lagi tu. yang abang alhamdulillah dah sihat sepenuhnya tapi si adik kena guna bantuan pernafasan lagi. rasanya dah tiga bulan si kembar tu berkampung dekat wad. doktor cakap kena tunggu alat bantuan pernafasan yang hospital bagi dulu baru boleh balik. paling awal pun dapat dalam sebulan dua. pehh. sebulan dua tu bukan sekejap okayy. hari tu doktor pernah cuba dia tak pakai oksigen tu tapi cuma bertahan tiga jam je :(


nazmi dan naufal :) even si naufal tu dah sihat tapi tetap kena duduk hospital teman adiknya nazmi. kalau bawak balik kang asyik menangis je bila ibu dia tak dek. budak kecik lagi kan. elehh kau dulu pun macam tu jugak Nani oii. hahahhaha :P


tu diaaaa. ala ala mama mithali gituuu. Hahahhaha :P
kekok oiii pegang baby. dah lama tak pegang gamaknya. ni dah besor sikit berani lah aku pegang kalau kecik kemetot baru lahir tu memang tak lah aku nak pegang. takut oihhh.

nazmi je yang nak dengan aku. baik je dengan aunt Haz dia. aiwahhhh. bila aku pegang abang dia pehhhh melalak habes. Hahahaha. apesal lah awak nangis sayang? sentap tau aunt dengar. ecececeh :P semoga cepat sembuh ye sayang. dah lama awak dekat hospital tu. nanti dah besar jadi anak yang soleh ye sayang :) ada masa lapang nanti bakal uncle dengan aunt Haz datang lagi ye lawat awak berdua.ewahhhh :P

lepas balik dari hospital semalam aku singgah makan KFC. hahaha. akhirnya tertunai hasrat di hati. alhamdulillah. tapinyaaa lepas tu bibir aku ada ulser.dah dua tiga hari aku rasa sakit tapi semalam baru nak tengok. erghh =,= aku tengok google ramai cakap letak garam. aku pun try lah letak semalam. sakit + ngilu sangat. nak nanges ghase. hahahha. ada petua lain tak selain letak garam untuk hilangkan ulser ni? tolong saya pleaseee T.T











Jalan Jalan Malam Bola

malam tadi lepas solat maghrib terus aku keluar. memang awal awal dah surrender tak nak tengok bola #HarimauMalaya.. nak cari pencuci muka + jalan jalan cari makan kekononnya. lenggang je aku jalan jalan.. ni mesti kes ramai yang serang stadium tengok bola. bertabahlah awak semua sebab kita tak menang. 


beli dua benda ni hah je. Hahahaha :P habis jugak lah dekat dua puloh hengget. sobsssss :(
lepas aku nak siap bayar tu tetiba aku nampak ada orang dok senyum senyum dekat aku dari jauh.aku ni dah lah rabun spek mata pulak tak bawak. jauh sekali nak pakai contact lens.erghhh =,= rupanyaa kawan sekolah dulu. Hahahaha.


sempat lagi selpie selpot dekat tengah tengah orang ramai tu.ada auntie pandang kitorang semacam. Hahahah. kenapa auntie???? lepas ni nak jadi orang Perak dah dia ikut abang. wehuuu. semoga berbahagia lah kamu Sarah (kanan) menjadi warga Perak :D

lepas tuu aku ingat nak pergi serbu KFC sebab tekak aku ni dah banyak hari gedik gedik nak makan KFC macam yang aku cerita dekat SINI. . fuhhhhhh. panjang pulak beraturnya. dah kenapa KFC ramai orang ni?? hehh. saje tau tak nak kasi aku pergi makan dekat situ. aku tak kesah sangat ak beratur tapi aku tengok ada orang buat event dalam tu. sah sah lah bisingkan. so tak dak privacy. malas masuk. wehuuu :P


so inilah makan malan kitaaa semalam. Hahahahah :P eskrem magnum pun bolehhh ^__^



sekarang magnum yang atas ni tengah femes tapiii aku nan hado duit nak makan yang macam atas ni hah. Hahahah :P takpee lain kali baru boleh makan yang macam ni. KFC tak dapat makan lagi jangan nak tambah list baru pulak Nani oiiii :P


selamat berhujung minggu. ^___^







Alahaii Cek Mek Molek

baru ni aku aku try buat kuih cek mek molek. Hahahaha. rasa macam mimpi pulak buat kuih tu. selama ni tahu makan je. sebenarnya perut lapar masa tu. musim hujan ni kan, aku dan dapur tak dapat dipisahkan. memang lapar aje kerjanya. buat kerja sikit makan. erghhhhh. Hahahaha :p mohon JANGAN gelakkan cek mek molek aku ni. Hahahahah :P


ampunkannlah kuih cek mek molek aku yang tak berapa nak molek bentuknya ni. aku ni bukan nya berseni sangat. bhahahahah :P

memula aku buat yang bentuk bujur tu. lepas tu aku rasa macam leceh dan lambat so aku buat bentuk bulat bulat. ambik kau dah rupa cekodok pisang aku tengok. Hahahah. mahu kena gelak kalau nenek aku tengok ni. tujuh hari tujuh malam nanti dia bercerita pasal aku buat cek mek molek macam cekodok..

biasa orang buat pakai ubi kayu  keledek kann? tapi versi aku ni guna ubi kentang. wohaaaaa. hujan hujan ni perasaan malas aku memang berganda. tak kuasa aku nak keluar semata mata nak cari ubi kayu. udah ler hujan pastu karang nak cari parking macam hape. heh. buang masa dalam kereta aje nanti. jadi guna lah ubi kentang. sedap jugak rasanyaa oi. *puji kuih sendiri. Hahahahha :P








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page