pisang goreng femes?ada jual dekat mana kakak? sabor ye nak bagi tahu lah ni. hihihi. pisang goreng femes tu sama je dengan pisang goreng cheese tu. aku je yang gatal gatal nak bagi nama dia femes bagai sebab aku tengok merata rata orang jual. semalam mak cik aku buat pisang goreng ni pastu hantar ke aku sikit. pehhh memang sedap makan panas panas. ni kali kedua aku makan. hari tu aku dah pernah beli tapi serbuk coklat yang dia tabur tu sikit aje. dia buat syarat je tabur. erghhh. nyesal mak beli nakkk. bhahahah :P lepas tu aku black list siap siap kedai tu sebab mahal lepas tu sikit. kedai mana? rahsiaaaaaa :P
dulu kan aku sokmo tengok orang post dekat fb dengan insta gambar goreng pisang ni dan aku ingat yang atas tu dia curah sambal kicap. pfttttttt. memang sengal betul masa tu. bhahahahah :P memang ada kan orang makan pisang goreng cicah sambal kicap so aku ingat yang tu lahh. ghopenyaa hambek kau serbuk coklat. haiyakkk. teruk betul sampai boleh tertukar sambal kicap dengan serbuk coklat. mohon lah jangan jadi biul sangat macam aku hokayyy. sekarang ni belambak orang jual pisang goreng cheese ni. biasalahhh dia tengah femes kannn. macam masa strawberi cokelat tu dulu. lepas je dato ct buat strawberi coklat masa dia nikah bersepah sepah orang jual yedakkk. ok dah melalut sampai ke stoberi bagai. bhahahah :P ngkorang pernah makan pisang goreng femes ni???
hari tu ada beli pisang ni, sambil tu layanlah pakcik owner kedai tu borak. tibe dia bagi tarok cheese lebih, coklat lebih, oreo lebih, pisang lebih. perghhhh. sedapppppp! tak rugi layan dia cakap biar time tu malas gile nak borak. hahahaha.
ReplyDeletewoihhhh. untung betul macam tu. hahahah :P lepas ni nak singgah mana mana gerai nak ajak lahh dia berborak. ewahhhh. untung untung dapat rezeki macam awak. hahahah :D
Deletehahaha. yeee sila beramah mesra dengan semua pakcik makcik yg juai makanan sedap-sedap. untong-untong dia angkot buat menantu teruih. :p hahaha
Deletehahahahah. tak mauu lahh sampai buat menantu. menangis tak berlagu nanti secret admire kita nanto. hahahah :P
DeleteWah, best nya cik lollipop! Semua dapat lebih! Akak memang suka kalau yang tabur oreo lebih..... :)
DeleteUntung betul jadi dia..hehehe
Deletewow untungnya dia...
DeleteKannn.untung sangat
Deletekehkeh.. ade plak kicap disangkanya..
ReplyDeletebestnye kalo dpt mkn pisang goreng cheese skrg ni..
nyummy!
Hahahaha. tu lah pasal tak pasal pasal kicap jadi mangsa :P
Deletememang best. hihihi. pi cari cepat :D
Azwar tak sempat merasa lagi. Sedap tak? Mintalah makciknya resepi, huhuh :)
ReplyDeleteNanti boleh lah pergi cari azwar. heeeee. sedap sedap .
Deletenanti dah dapat resipi kita share hokayy :D
Ini sememangnya menggiurkan... huwaaa, petang ni nak pergi belilah...
ReplyDeletememang menggiurkan sangat. hahahah :P cari jangan tak cari kak farah :D
DeleteStandard la orang johor makan pisang goreng dengan sambal kicap..
ReplyDeletepisang goreng cheese memang sedap,say pon suka tapi takleh telan banyak
memang pun kalau makan banyak banyak nanti muakk :D
Deletehana pnah beli..dekat tmpt hana study pown ada jual,,,bnyk n puas mkn harga pown berbaloi...
ReplyDeletesedap kann hana kalau makan panas panas :D
DeleteApa beza pisang goreng dengan goreng pisang?
ReplyDelete* abislah soklan cari pasal... He He He...
hahahah pisang goreng pisnag yang dah siap untuk dimakan. goreng pisang maksud dia pisang tu tengah digoreng. betul tak cikgu ss. hehehhe :D
Deletedayah tak pernah makan lagi .. sadissssss .. =.=' huuuuuuu
ReplyDeletejangan nages pulakk. heheheh. nanti ada rezeki boleh laa rasa :D
Deletepernah..tapi xbrapa nk layan...mcm muak skit coz manis n ada cheese...
ReplyDeletememang muak sikit. kalau sokmo makan lagi muak :D
Deletedr kecik mmg mkn pisang goreng cecah sambal kicap . tu gaya org johor . cheese ni blm pernah cuba ...
ReplyDeletesedap kann makan pisang goreng cicah sambal kicap. yang cheese ni pun sedap. nanti cuba tauu :D
DeleteSedap.. :)
ReplyDeletefollow sini.. :)
Jemput singgah "Trip ke Sabah naik My"
"Giveaway Preloved Books"tQ
Like page "Ejulz Blogshop" jika sudi.. Terima kasih
memang sedap :) terima kasih sudi follow sini :D
Deletewahh terbaiklah.. hihi penggemar cheese memang akan suka.. dah pernah rasa ulu, tapi cepat muak bagi tekak Ros..
ReplyDeletehihihi. memang akan muak sikit sebba cheese kan. sekali sekala boleh la layann :D
DeleteAduhhh. Lapar la pulak. Hulur la sini skit ^Δ^ *nganga mulut wkwk
ReplyDeletealololo nak sweet sweet pulak. hahahah. jauh sangat nak suapkan :P meh dekat sikit meh :D
DeleteHahahaha. Takpa takpa dah tak lapar wkwkwk lain kali la suap kek ccokelat,cookies ka hmm caramel ka (*´∇`*)
Deletehahahahha. boleh bolehh :D
Deletetak pernah lagi rasa pisang goreng cheese & coklat ni, terliur tengok sana sini orang dok bercerita...
ReplyDeletenani pun sebab terliur tengok orang makan hari tu paksa jugak beli sebab nak rasa. hahaha :P
Deleteyang nani beli tu serbuk coklat kak. ada jugak eh coklat rice. nani tak jumpa lagi yang tu. macam macam style dah pisang ni. hahahah :p
ReplyDeleteKat taman perumahan Papaglamz ni tiap petang sokmo ade ni. Tapi ad 2 pilihan la. Cheese or Chocolate.. BTW, Papaglamz x minat. huhuhu. Lidah jawa ni suke pedas2 jer. Suke yg letak sambal kicap..
ReplyDeletememang ada sesetengah orang tak minat goreng pisang cheese ni. hahaha. kalau tekak jawa memang tak boleh terima lah jawabnyaa.
DeleteThanks selalu singgah blog saya.
ReplyDeleteNanti saya BW tau.
Sorry kalau lambat.
Blog ada dalam senarai Dynamic Bloglist.
~ drshikinzainal.blogspot.com
terima kasih sis :D
Deletexpernah cuba lagi.. ape la rasenye ye..huhu
ReplyDeletesedap lahh jugak. rasa cheese + coklat gituuu :D
Deleteinshaa Allah petang ni nak buat pisang goreng cheese ni. hehe. hope menjadi lah kan
ReplyDeletefuhh fuhh mesti jadi. kirim untuk nani sikit tauu. hahaha :D
DeleteMemang femes! Memang femes! Hantar kat akak sepinggan dik :)
ReplyDeletesemua dah selamat masuk perut lahh kak farrah :D
DeleteTak pernah try lg.. xde jumpa lg warung yg jual cengini kat sg.blh.. tp tgk mcm manis bebeno..
ReplyDeletetak lah manis sangat pada kitaaa. biasa biasa je. hari tu beli dekat bangi :D
Deleteuishhhh dah macam mee sedap pon ada
ReplyDeletehahahah. jauh betul tuu :D
Deletepisang gorenag cheese ni memang femes, tapi makan pun tak pernah. haha.
ReplyDeleteHahah.lepas ni mesti cuba tauu
Deletecik fafa kt kedah byk jual ni
DeleteJangan lupa beli pulak
DeleteHmm macam Nad sorang je yang tak pernah makan lagi. Sodih! Hahaha
ReplyDeletealolololo. jangan sedih sedih ye Nad. nanti suruh hafiz belanja goreng pisang cheese ni. ehhhhh. hahaha :P
DeleteGoreng pisang cheese pernah makan tapi kalau yg coklat tu belum pernah lagi... sedap juga ye. Nak try jugalah nanti.. :)
ReplyDeletesedap sedap. wajib try kk. heheh :D
Deletemingu lepas baru makan..nnt nk try kt straberi ngan coklat lak..
ReplyDeletemakan makan kasi tambah sikit berat badan. ehhh. hahah :P
Deletehehehe mmg adelah orang makan pisang goreng dengan sambal kicap. tapi tak adalah pi siram atas pisang. kat parit buntar ni ade makcik jual then dia kasi sambal kicap. famous area melaka / johor kalo tak silap..
ReplyDeletehahahahah. tu lahh pasal. teruk betul sampai ingat sambal kicap siram atas goreng pisang. bhahahah :P
Deletefirst time rasa haritu masa dekat KL. pffft, x sedap. harga je mahal. rasa hampeh.. baik buat sendiri. boleh letak banyak2 cheese n coklat ^^
ReplyDeletememang punn. kita dah terkena sekali. terus nyesal beli. hahaha. rejected yang beli.
Deletekita selalu tgk tapi tak pernah makan lagi pisang goreng cheese ni.. dan kita memang tak dapat bayangkan rasa beliau yg dicampur dengan keju dan cekelet, adakah sedap? haa skema beno soalan xD
ReplyDeletehahahah. sedap lag jugak bagi kita. tapi tekak lain lain kann. tak tahu lahh kalau awak tak minat :D
Deletesampai skrg still xpernah rasa lagi pisang goreng cheese ni. selalu lalu ja tgk org dok juaii ^_^
ReplyDeletenanti rasa tauu. memang sedaaaaap :D
Deletegi blog sesape mesti update cite pisang goreng cheese.. tpi takpe, akak tak ngidam pun, heeee~
ReplyDeletehahahah. akak ngidam nak makan dominos. ehhh :P
DeleteTak pernah lagi cuba.
ReplyDeletemake sure sebelum balik canada rasa dulu tauu. nanti ngidam pulakkk. hahah :P
DeletePerrgghhhh...sedapnya. Kecur ailio ☺
ReplyDeletekeronik dah akak ni. hehehe. jangan lupa cari tau nanti :D
Deleteuithhh inani.. kat umah una pun besepah2 org jual.. tp mcm tak teringin plk nak try lagi heheheheheh
ReplyDeletehahahah. kita excited nak try benda benda baru ni. pantang nampak gatal je tangan nak beli. :P
DeletePernah makan yang cheese aje. yg bercokelat ni blom makan. macam sedappppp jeee!
ReplyDeletememang sedaaaaaap sangat :D
Deleteknapa ramai share benda alah ni.. nk kena rasa jugak ni T-T
ReplyDeletehahahah. rasa rasa. sedaaaaap :D
Deletebaru mkn pisang goreng cheese meleleh tadi. rawrrrr! heehe
ReplyDeletememang sedapkannn. rasa nak makan lagi. hahaha :P
Delete