Air Tangan Ibu

Assalamualaikum & Hello.
Minggu lepas Nani balik Pahang sekejap sebab dah lama sangat tak balik sana. Bila balik rumah ni, sah sah lah macam macam benda nak masak, nak makan. Jemu weh hari hari beli makanan dekat cafe. Hari tu konon nak beli periuk multi cooker dekat Lazada tapi sampai ke sudah tak beli beli lagi. Hahah! Masa balik tu abah cakap ada daging kambing dalam peti ais. Nani pun apa lagi, buat kari lah kan. Sebenarnya tak pernah pun masak kari sebelum sebelum ni. Heheh. So, baru ni dapatlah belajar dengan ibu masak kari kambing. Tak ada lah susah mana pun rupanya. Lepas ni boleh lah masak kari selalu. Sekarang minat sikit nak masak menu bergulai macam ni, dulu dulu yang goreng goreng aje suka. Hahah! Nani kalau kari ni suka yang pekat pekat kuahnya lepas tu kalau tak habis kuah tu simpan. Esok esok panaskan lagi makan dengan roti canai segera tak pun dengan lempeng. Peh nikmat! 
Kari Kambing
Kari kambing.
Taraa, kari kambing hasil 50 peratus air tangan aku. Hahah! Iya lah sangat kan, padahal tolong kacau kacau sikit. Masukkan bahan bahan, tu aje. Nani kalau masak suka tengok step by step. Kalau tak nanti, mesti tak berapa nak jadi sangat masakan tu.

Sambal Kentang
Sambal kentang + kacang.
Satu lagi bila ada lauk kari, suka betul makan dengan sambal kentang campur kacang ni. Kadang kadang Nani buat saja untuk ratah 😆Nani tak suka campur dengan ikan bilis sebab nanti ikan bilis tu tak berapa rangup. Banyak songeh betul kan dia ni. Haha! Sebab tu Nani suka masak sendiri sebab senang dan ikut suka hati sendiri nak letak apa dalam tu. 
Siakap Tiga Rasa
 Siakap tiga rasa. Selalu kalau buat siakap tiga rasa ni sedap makan time panas panas, kalau sejuk nanti ikan tu dah tak rangup. Heheh. Nani selalunya kalau tak masak tiga rasa ni, Nani buat stim lepas tu letak hirisan serai dengan halia banyak banyak. Sedapnya!

Nasi Lemak
Paling wajib bila balik Pahang, mesti suruh ibu masak nasi lemak. Heheh. Sekali sekala balik kan, mesti ibu tanya nak makan apa. Nani kalau makan nasi lemak metsi sambal dengan kacamg lebih. Nikmat! Dekat sini, jarang betul nak jumpa yang betul betul sedap. Pernah sekali tu Nani beli lepas tu, sambal dia macam tak masak sangat. Spoil tau mood nak makan. Apa apa pun, air tangan ibu kita tak pernah tak sedap kan. Ingat dulu masa kecik kecik, kalau dengan kawan kawan mesti semua nak promote masakan mak masing masing. Hahah! 

11 comments:

  1. Bagus nani belajar masak kari kambing dengan mak...nasi lemak mak masak ye nani sedapnya tgkkk...nanti dtg umah akak...leh akak jamu makan nasi lemak versi kak juju...kalau tak sedap ajar akak tau sampai sedap hahaha

    ReplyDelete
  2. sedap nampak kari kambin tu

    ReplyDelete
  3. sedapnya kari tu..pekat likat fuh makan dengan nasi panas2 mau bertambah bepinggan2..

    ReplyDelete
  4. Kari ni memang favourite akak dan suami. Habis semua pun kita karikan. Tapi itulah akak tak makan kambing jadinya memang tak pernah buatlah kat rumah kari kambing.

    ReplyDelete
  5. semua mmg sedap n menyelerakan nani... air tgn mak kite... msk apa pun sedap

    ReplyDelete
  6. sedapnye...

    haihh, bila bW blog kawan2 sume tunjuk menu sedap2....xley jadi ni..hihi

    ReplyDelete
  7. air tangan ibu paling sdap. dah teringin nak mkn nasi lemak pulak. huhu

    ReplyDelete
  8. menu2 ni boleh lah wat menu berbuka nti hihi

    ReplyDelete
  9. Mmg sedap2 semuanya tu.. sgt2 menyelerakan... alhamdulillah :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page