Berkongsi Melalui Penulisan di Blog

Assalamualaikum & Hello.
Setiap orang mesti ada kisah dan cerita tersendiri dalam berblogging ni kan. Macam Nani dulu tak pernah terfikir pun nak ada blog sendiri. Mula mula tengok kawan ada blog, lepas tu terus minta dia yang buatkan blog sebab masa tu macam noob sangat. Mana lah pandai nak buat blog lepas tu nak kena edit coding sana sini. Tak macam sekarang, dah ada banyak sangat tutorial untuk yang baru nak buat blog. Mudah sangat dah, ikut aje step yang diajar tu kan. Lagi pun, niat tu suka suka aje nak ada blog. Nani mula start blogging ni penghujung tahun 2013 cuma baru start aktif tahun 2015. Baru sangat lagi berblog ni, banyak lagi benda yang nak kena belajar. Dulu dulu menulis memang main ikut suka aja. Walaupun tak ada orang komen, tulis jugak entry. Hahah! Entry dulu dulu pun dah banyak Nani buang sebab rasa macam mengarut sangat penulisan tu. Bila dah lama, baru lah terfikir yang sebenarnya melalui blog ni lah boleh berkongsi ilmu dan pendapat yang tak seberapa ni. Dari niat suka suka nak ada blog terus jadi minat.

Masa mula berblogging ni memang zero langsung bab blog. Nak cakap dekat orang ada blog pun malu. Hahaha! Tapi belajar lah dari hari ke hari. Belajar dengan orang dan baca entry etrry blogger lain jugak. Masa tu lah baru tahu yang selain dari blog ni ada jugak wordpress. Selama ni ingat blog, wordpress semua tu sama aje. Nani tengok ramai jugak yang guna wordpress ni kan. Pernah jugak terbaca entry macam mana nak buka akaun wordpress. Saja baca untuk tambah pengetahuan sendiri, setakat ni tak terfikir lagi nak bertukar ke wordpress. Heheh. 
Bermula dengan cikmanissweet.blogspot masa tahun 2013 tu dan baru dua tahun lepas beli domain dan hosting dengan nama sendiri. Ingat lagi masa mula mula ada blog tu, macam macam benda nak letak. Seiously korang, dulu aku siap letak lagu lah, cctv lah, lepas tu siap dengan kelopak kelopak bunga gugur lagi. Itu belum lagi baca entry yang entah apa apa. Memang banyak mengarutlah sebab suka suka kan. Apa benda entah dulu. Bila ingat balik memang rasa macam kelakar sangat okay. Sebenarnya melalui blog ni banyak sangat manfaat yang boleh kita dapat melalui blogger lain. Antaranya, boleh dapatkan resepi baru, boleh tahu tempat makan mana yang best dan yang paling penting sekali, boleh kenal dengan ramai orang. Walaupun tak pernah berjumpa tapi bila dah selalu berbalas komen tu, memang akan rasa macam dah lama kenal antara satu sama lain. 
Best ke tidak menulis blog ni? Pendapat Nani sendiri, menulis dan berkongsi melalui blog ni memang satu benda yang menyeronokkan. Lagi best bila ada yang baca dan tinggalkan komen dekat entry tu. Cumanya satu aje kelemahan Nani, susah untuk update blog secara berterusan atau bahasa mudahnya susah nak konsisten untuk menulis blog setiap hari. Sekarang ni pun rasanya setiap bulan dalam berbelas aje entry yang sempat Nani buat. Macam Nani sendiri, kalau dua tiga hari tak update blog, memang akan rasa malas sangat nak update lepas tu. Itu yang blog selalu terbiar. Mungkin kena cari balik semangat nak menulis macam macam mula mula dulu. Heheh. Dulu, sehari siap boleh buat dua atau pun tiga entry lagi sekarang jangan cakap lah macam mana. 
Memang tak dinafikan melaui blog ni jugak boleh menjana pendapatan sampingan. Dulu Nani tak tahu pun pasal ni, sampai lah ada yang hantar email nak beriklan dekat blog tak pun nak suruh buat review. Review pertama yang pernah Nani buat dekat blog ni, review pasal koleksi pakaian dekat Zalora. Teruja habis sebab first time kan dapat macam tu. Hahah! Memang seronok lah bila boleh jana income ni kan lagi lagi bila student macam Nani ni. Sekurang kurangnya bila ada 'duit tepi' boleh lah nak buat simpanan atau pun makan sedap sedap sikit sekali sekala. Heheh. Tapi Nani tak lah terlalu fokuskan untuk dapatkan income tu sebab iya lah tujuan utama menulis ni nak berkongsi dengan orang lain apa yang kita tak tahu. 
Apa apa pun, menulis blog ni memang kena ada minat. Bila ada minat, baru lah seronok aje kan nak buat entry apa semua. Sepanjang menulis blog ni, memang ada banyak sangatlah kenangan manis. Antaranya bila dapat jumpa kenalan blogger dekat luar, dapat undangan food review dan juga dapat jana income dari blog. Kadang kadang benda benda yang macam ni lah yang akan jadi penguat semangat nak terus menulis blog setiap hari. Cuma sekarang ni selalu kekangan masa sebab terikat dengan komitmen sebagai pelajar. Tapi bila ada masa tu, memang akan hadap blog ni lah. Heheh. Korang pulak sebab apa nak menulis blog dulu dulu? Jom lah kongsikan sikit! 


16 comments:

  1. IQ mula blog dari tahun 2009. Terikutkan kawan jugak tapi yang pentingnya kena rajin. IQ dari dulu suka menulis diary. So, Blog ni boleh dikatakan macam diary hidup IQ jugak la..heeee

    ReplyDelete
  2. sambil nyelam minum air sekali yek nani...
    dpt duit dpt cari kwn... mcm2 boleh dpt

    ReplyDelete
  3. Akak pun mula tulis blog sejak Julai, 2013. Asalnya memang nak mengabadikan kenangan dengan anak-anak. Sebab itulah asyik aje bercerita dengan anak-anak. Awal-awal tulis blog dulu memanglah syok sendiri. Sendiri tulis, sendiri baca. Seronok ^_^

    Bila dah ada readers dan dapat komen, lagilah bersemangat waja nak menulis hari-hari. Tapi dari dulu pun biasanya akak menulis sekali sehari. Tengok ajelah panjang entri akak macamana. Kalau nak tulis 2,3 entri sehari, memang masaklah!

    Seronok berblogging ni sebab boleh kenal ramai orang dan terasa mesra macam dah kenal lama. Macam kitalahkan, macam kenal lama padahal jumpa sekali pun tak pernah.

    ReplyDelete
  4. seronok dpt jana income dr blog nie.. tq for sharing tips n idea..

    ReplyDelete
  5. dapat jana income dari blog, sharing info2 kesihatan pada masyarakat secara tak langsung kumpul saham akhirat juga selagi info yang ditulis itu ke arah kebaikan dan manfaat pada orang ramai.

    dapat juga tambah kawan2 maya, seronok.

    ReplyDelete
  6. Akak dlu xminat gk tulis blog sbb xreti nk bercerita apa sbb dlu aktif fotopages.. Update gmbr je pastu bila dh ada anak, husband akak la yg bg galakan soh buat blog.. Mula2 kekok juga tp lama2 sronok sbb kita bole bc blk apa kita cite.. Nk2 plak akak suka mkn2 so bole share tmpt2 mkn and holiday.. Start blogging 2009 and skarang blogger pn byk dpt jemputan event.. Ada kesempatan bole join sambil kenal kwn br kn

    ReplyDelete
  7. kann! lawak sgt masa baru memula buat blog dulu, kalau boleh semua widget merapu nk letak xD
    Alhamdulillah blog kak nani dah maju, buat review, pegi event, viewers ramai :D

    ReplyDelete
  8. HAHAH! Pengalaman kita sama lah. Dulu2 masa memula blog main tulis ajer ikut suka. Bila baca balik like...Whatt?? apobondo la aku merepek ni. Ada beberapa entries yang akak masuk balik dalam folder draft sebab sendrik baca rasa macam maluuuuuuuuuuuuu. Gedebush! ( tumbuk muka sendrik )

    ReplyDelete
  9. Blog ni best kan nani..
    Boleh dpt ilmu..
    Dpt kwn
    Dpt resepi
    Dpt tazkirah
    Dapt mcm2 lah yg bermanfaat..

    ReplyDelete
  10. Hehehe dlu pon kekya punya blog siap ada cctv kelopak bunga salji bagai.. siap.pakej ngan lagu sekali nani hahaba..nak gelak pon ada..

    ReplyDelete
  11. I started blogging a few years back. Started with Blogger and then I had my own domain (Pupuchik.com) then I stopped. Earned a few hundreds bucks from both blogs. Tapi busy dengan study and kerja, only now I have the time to write again sebab tengah berpantang. I write because... I just love writing. Mostly, random things that have happened in my life. It's like a diary, but everyone can read it.

    I wish I can earn more money from blogging... thinking about doing review/advertising, etc but tiada rezqi lagi.

    ReplyDelete
  12. Salam berblogging, semoga ukhwah berkekalan dan semoga terus sukses maju dan berjaya... aamiin :)

    ReplyDelete
  13. Akak start 2008 tp active 2011..hahaha..akak pulak boleh konsisten nak taip entry, boleh baca blog blogger lain (akak baca tau blog nani..hehe), tp nak drop comment tuh yg mcm payah sebab akak baca kat henfon sambil buat keje..

    Aah kan nani..walaupun xpenah jumpa tp rase mcm mesra kan..hehe

    ReplyDelete
  14. Serius Nani, bila memikirkan zaman mula2 buat blog dulu, rasa malu sendiri sekarang. Haha. Childish sungguh rasa blog dulu. Dengan lagu, pastu marah ke jeles ke apa2 ke semua letak kat blog. Hahaha. Luahan perasaan sangat πŸ™ˆπŸ™ˆ

    Siqah suka blogging. Bagi Siqah medium blogging adalah laman sosial yang paling best sebab kita share everything yang kita buat in details. Bila rindu, boleh baca balik blog. U know what? Siqah suka juga baca apa yang Siqah tulis tahun2 lepas lepas lepas. Haha. Kadang2 terfikir "eh aku ada eh buat benda ni?". Haha serius lupa πŸ˜‚πŸ˜…

    So bagi Siqah, blog adalah kenangan. Kenangan abadi untuk kita simpan semuanya. Mungkin tak semua tapi sebahagian daripada hidup kita ada di sini :)

    Paling best bila dapat ramai kawan blogger yang mesra je semuanya. Suka nak bagi tunjuk ajar, tak kedekut ilmu dan sebagainya.

    Semoga perkenalan dan persahabatan kita sesama rakan blogger berkekalan ke akhirnya ye. Keep blogging 😍

    P/s: macammmm terpanjang pulak komen ni. Maybe this topic deserve one entry on my blog. Hehe 🀣

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page