Strawberry Coklat

Assalamualaikum & Hello.
Baru ni ibu ke Cameron Highland sebab ada khursus dan sambutan Hari Guru dekat sana. Aku pulak jenis yang pantang dengar ada pergi sana, mesti nak kirim strawberry dengan coklat. Hahah! Bukan apa, kalau strawberry dekat sana semua besar dan gemuk, memang puas hati kalau beli. Ibu beli yang tiga bekas sepuluh ringgit tu kalau tak silap, memang puas hati lah dapat makan. Itu pun tak cukup lagi okay tiga bekas tu! Rasa macam nak buat family trip pulak jalan jalan Cameron Highland sebab dah lama sangat tak pergi bercuti tempat sejuk ni. Hahah! Sekarang pun Cameron dah ada taman lavander kan, teringinnya nak pergi 😍 Banyak betul tempat nak pergi bercuti, macam lah duit tu tengah berkepok kepok sangat. Hahah! Plan dulu, jadi tak jadi cerita lain. Tak gitu? 
Strawberry Coklat
Kan dah cakap strawberry dekat sana gemuk dan besar. Puas hati kalau beli. Hari tu Nani beli dekat pasaraya sini, dah lah buah kecil lepas tu mahal. Nangis dalam hati. Hahah! Tak sama betul bila beli yang dekat sana dengan yang beli dekat pasaraya. Hatta coklat tu pun sedap sungguh rasa bila beli dekat Cameron Highland. Kalau buat sendiri, punya lah lama nak habis coklat cair tu. Gitu lah kan, yang orang buat jugak yang dia suka. 
Strawberry Coklat
Coklat tu dah tinggal separuh sebab masing masing makan kemain lagi banyak ambil coklat. Punya lah lama dah tak makan straberry coklat ni, sekali dapat makan tak cukup hah. Memang wajib ni buat trip jalan jalan Cameron Highland pulak. Hahah! Cuma satu aje yang aku tak berapa suka pergi sana sebab parking susah. Huhu. Lagi lagi time cuti peh pusing banyak kali pun belum tentu jumpa parking kosong. Ok lah korang, have a nice day! Esok dah Sabtu, apa plan untuk weekend ni? 

17 comments:

  1. nani kan kg kt raub, dekat rupanya ye dr raub nk ke CH tuh...

    aritu lah adik akak kan kawin org raub, dia kata dkt je nk pg CH, bestnya... cmpom blh beli stoberi hari2 kn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah kak Dana, memang dekat sangat dah. Dalam 45 minit ke sejam boleh sampai dah sana. Dulu dulu masa jalan tu mula mula siap selalu jugak ke sana. Hahah! Makcik Nani duduk area situ kadang saja je naik beli sayur lah apa lah. Gigih πŸ˜‚

      Delete
  2. strawberry cameron ada yang masam juga. itu yang x berapa best. tapi kalau cicah coklat memang sedap jadinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah kak Su. Ada yang jenis masam tu memang semua tak pandang. Haha. tapi kalau makan dengan coklat macam ni memang ngam πŸ˜„

      Delete
  3. Sedapnya... Lama tak makan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheh. Ni pun kebetulan kak, ibu Nani ke sana dapatlah makan :)

      Delete
  4. yg mak kak nani beli strawberry 3 rm10 ni dia dh sekali dgn coklat tu ke?
    haritu pegi cameron tk dpt pulak yg coklat ni, dpt gula je. huhu mungkin kitorg yg taktau mintak kot coklat tu ><

    tetiba rasa nk repeat pegi cameron, boleh bedal strawberry banyak2!

    ReplyDelete
    Replies
    1. 3 rm10 tu buah tu aje. Coklat kalau tak silap lima ringgit jugak sebekas. Oh yeke, selalu kalau akak pergi sana jarang jumpa yang gula. Selalu coklat lah. Repeat lah lagi Mazni! Heheh :) Cuti lama tu kan :p

      Delete
  5. dulu mama duk hotel area strawberry farm so senang la sikit. jln kaki aje xyah susah2 cari parking. tapi strawberry choc mmg sedappp

    ReplyDelete
  6. Mahalnya.. mungkin tempat tumpuan orang kan.. pasal tu la mahal.. huhu

    ReplyDelete
  7. lamanya tak ke cameron! rindu pulak nak makan strawberi cicah coklat.

    ReplyDelete
  8. sebab yang orang buat sedap, kita buat ada je tak kenanya..ntah ler nape..

    ReplyDelete
  9. salam dear. ika singgah n follow sini. menarik betul strawberi tu. tergoda sungguh!

    ReplyDelete
  10. Favourite! Siqah suka kalau strawberi cicah dengan coklat. Kalau strawberi je, tak suka. Hehe. Bestnya Cameron! Siqah last pergi tahun lepas. Suka pergi Cameron nanye. Tempat cuti paling senang dan first terlintas di fikiran. Hehe.

    ReplyDelete
  11. Akak baru aje pergi CH ni tapi balik bawa dua kotak strawberi aje. Itu pun dalam perjalanan dah habis. Terlupa betul tentang coklat nak diregunya ngan strawberi ~_^ Ingat nak juga ke CH ni lagi tapi itulah, perjalanannya tu agak bosan juga... bagi akaklah!

    ReplyDelete
  12. wah. sdapnyaaaa strawberyy ngn coklat. dah terbayang ni xD

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page