Buffet Selera Ramadhan Berkonsepkan Pasar Malam di Restoran Riverside PWTC

Assalamualaikum & Hello.
Hai korangg! Tik tok tik tok, tak lama dah kita nak berpuasa ni. Nani dah mula rasa tak sabar nak sambut Ramadhan sebab boleh pergi solat terawikh dan jugak bazar Ramadhan. Heheh. Tapi kalau hari hari membeli lauk dekat bazar Ramadhan boleh naik jemu jugak lah makan. Apa kata kalau bulan Ramadhan kali ni kita buat kelainan sikit dengan berbuka puasa di Restoran Riverside PWTC. Untuk tahun ni, Restoran Riverside di PWTC menyediakan Buffet Selera Ramadhan yang menggunakan konsep ala ala pasar malam. Kalau dah nama pun 'pasar malam' memang macam macam jenis makanan lah ada. Mana yang tinggal dekat area Kuala Lumpur tu memang rugi sangat sangat kalau tak berbuka dekat sini sebab nya terdapat 24 jenis buah gerai yang menyediakan lebih daripada 300 juadah makanan untuk berbuka puasa. Banyaaaak sangat kan menu yang ada? Tinggal pilih aje mana satu yang korang teringin nak makan. Heheh. Memang berbaloi harga buffet dekat sini dengan menu yang akan disediakan sepanjang bulan Ramadhan nanti. Jom lah cuci mata dulu tengok menu apa yang ada lepas tu korang terus pergi booking seat cecepat okay! 
Muka kekenyangan. Eh? 😆
Nani memang recommend untuk korang berbuka dekat sini sebab tempat dia sangat selesaa, luas dan korang jugak akan dihiburkan dengan alunan muzik & nyanyian daripada Kumpulan Picha Picha featuring Linda Eva sepanjang bulan Ramadhan nanti. Paling penting sekali tak payah pening pening fikir nak solat dekat mana nanti sebab nya kita boleh menunaikan solat maghrib, isyak dan jugak solat terawikh di Surau Ar-Rahman, level 3. Barang barang kelengkapan untuk solat pun ada disediakan jugak tau dekat sana. Jom tengok menu menu yang akan disajikan pulak.

Kambing Bakar 
Buffet Selera Ramadhan di Restoran Riverside PWTC
Kambing Bakar.
Antara menu yang paling jadi tumpuan orang termasuk lah Nani. Hahah! Sedap sangat kambing bakar dekat Riverside PWTC ni tau, daging lembut dan tak liat langsung. Belum lagi rasa sos lada hitam dia orang, memang padu dan ngam sangat. Kalau korang pun peminat kambing bakar macam Nani, memang wajib try yang dekat sini pulak.  

Lauk Pauk Masakan Melayu 
Buffet Selera Ramadhan di Restoran Riverside PWTC
Antara hidangan masakan melayu yang disajikan ialah sambal sotong petai, rendang tok, pucuk ubi masak lemak tempoyak, kari daging, gulai lemak udang, gulai ikan, ayam kampung goreng dan pelbagai lagi menu lain yang menambat cita rasa kita. Nani sukaa buffet macam ni sebab boleh rasa suasana berbuka dekat kampung sikit. Heheh. Terubat lah jugak kan rasa rindu nak makan masakan air tangan ibu. 
Buffet Selera Ramadhan di Restoran Riverside PWTC
 Selain daripada lauk pauk kampung, terdapat jugak nasi kandar, nasi kerabu, char kuey teow dan jugak sup untuk kita nikmati. Mana lah tahu kan dah jemu makan nasi putih dengan lauk pauk kampung boleh lah tukar pulak citarasa. 

Aneka Kerabu 
Buffet Selera Ramadhan di Restoran Riverside PWTC
 Tak lengkap lah hidangan buffet Ramadhan kalau tak ada kerabu semua ni kan. Fav Nani haruslah kerabu mangga. Sedap dan cukup rasa masam manis semua tu. 
Buffet Selera Ramadhan di Restoran Riverside PWTC
Ikan Masin Goreng 
Buffet Selera Ramadhan di Restoran Riverside PWTC
 Ikan masin goreng pun ada banyaak jenis. Antaranya ikan masin kurau, ikan masin gelama, ikan masin bulu ayam dan jugak ikan kembung masin. Selalunya ikan masin goreng ni lah yang akan jadi pembuka selera bila berbuka puasa. 
Buffet Selera Ramadhan di Restoran Riverside PWTC

Buffet Selera Ramadhan di Restoran Riverside PWTC

Buffet Selera Ramadhan di Restoran Riverside PWTC
Bubur Lambuk 
Buffet Selera Ramadhan di Restoran Riverside PWTC
Ini pun antara yang Nani selalu cari bila masuk bulan Ramadhan. Susah nak jumpa bubur lambuk yang kena dengan citarasa Nani tapi serius yang dekat Riverside PWTC ni sedap. Lebih kurang sama yang macam Nani selalu beli dekat bazar Ramadhan dulu dulu.

Jeruk Buah
Buffet Selera Ramadhan di Restoran Riverside PWTC
Jeruk buah pun ada dekat sini. Selain daripada jeruk buah terdapat jugak aneka buah buahan dan jugak rojak. Selalunya bila dah siap berbuka puasa, memang buah macam ni lah yang kita akan cari kan. Kalau tak buah, mesti kuih muih tradisional dekat bawah ni. 

Kuih Muih Tradisional 
Buffet Selera Ramadhan di Restoran Riverside PWTC
 Sebut aje nak makan kuih muih apa, semua ada dekat sini. Ada tak kuih muih yang korang minat dekat atas ni? Nani punya fav kuih keria tu. Makan hari hari pun boleh. Hahah!
Buffet Selera Ramadhan di Restoran Riverside PWTC
Dessert 
Buffet Selera Ramadhan di Restoran Riverside PWTC
 Dessert ni pun antara tempat tumpuan orang selain daripada kambing bakar kan. Ini antara dessert yang disajikan di Restoran Riverside PWTC. Selain daripada hidangan dekat atas ni, terdapat jugak gerai yang meneydiakan roti canai, murtabak, satay, goreng goreng seperti cucur udang, cucur pisang, cempedak goreng & jugak cakoi. Harga pulak macam mana Nani? Korang boleh check it out harga Buffet Selera Ramadhan dekat bawah ni okay. Nak jimat, boleh beli baucar 'early bird.'
Buffet Selera Ramadhan di Restoran Riverside PWTC
 Harga Buffet Selera Ramadhan di Restoran Riverside PWTC
Harga Biasa
Dewasa : RM 88.00
Warga Emas : RM 75.00
Kanak Kanak : RM 45
(berusia 7 sehinggan 12 tahun)
Early Bird
(boleh dapatkan sebelum 16 Mei 2018)
RM 75.00 seorang
Pakej Bankuasi/Korporat Berbuka Puasa
(termasuk dewan khas untuk berbuka & sistem audio)
Minima 50 orang : RM 115.00 seorang
100 orang & ke atas : RM 98.00 seorang
Buffet Selera Ramadhan di Restoran Riverside PWTC
Program Beramal Bulan Ramadhan 
Sepanjang bulan Ramadhan nanti, pihak PWTC akan menaja bungkusan makanan juadah berbuka puasa untuk disalurkan kepada keluarga fakir miskin di sekitar Kuala Lumpur & Selangor dengan kerjasama Yayasan Kasih Tauhid dalam program Sentuhan Kasih Ramadhan siri ke - 4. Bukan itu aje tau, pihak PWTC juga akan membuat lawatan serta menghulurkan sumbangan berupa bekalan makanan dan wang tunai ke beberapa rumah penjagaan orang tua dan rumah anak yatim terpilih di sekitar Kuala Lumpur & Selangor. Kiranya sebahagian daripada duit yang kita bayar untuk berbuka puasa di sini akan disalurkan jugak untuk mereka yang memerlukan. So untuk korang yang nak membuat tempahan atau pembelian baucer Buffet Selera Ramadhan di Riverside PWTC, korang boleh menggunakan salah satu cara dekat bawah ni.
+ Walk in ke kaunter tempahan di Aras 2, PWTC
(bermula jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang)
+ Boleh hubungi talian 03-26146707 atau 03-26146262

11 comments:

  1. p mana2 buffet pasti ada kambing bakar yummmyyy...buah jeruk salak tu lamanya xmkn yummm

    ReplyDelete
  2. Semua menu sedap sedap belaka.sekali sekala berbuka di hotel apa salahnya kan. Berbaloi dengan harga yang ditawarkan.

    ReplyDelete
  3. Kak ana hampir setiap tahun ifftar di sini Nani, sebab suami kerja area sini jer, memang sedap2 dan enak2 menu yang di sajikan..

    ReplyDelete
  4. sedap ni..pepagi buka blog Nani dh terliur teringat bubur lambuk dia..hehe

    ReplyDelete
  5. Menangislah tengok gambar-gambar makanan Malaysia ni T__T

    ReplyDelete
  6. harga berpatutan dan berbaloii.. makanan tu superb sedap betul.. adeyyy.. tergugat tngok. hehe

    ReplyDelete
  7. mak ai kambing bako dia..sexy nau nau tp sure sedap tu..dessert dia melecisssss uiiiii

    ReplyDelete
  8. Fuhhh puas hati berbuka mcm ni.. comfem kenyang :)

    ReplyDelete
  9. mek lalu aje pwtc tu. singgahnya tk pernah. kalau alang alang smpai kl, boleh ni pergi sane. hihi

    ReplyDelete
  10. fuhh...sedap-sedapnya menu kat sini.....kalau gi KL nanti boleh cubalah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page