Jammed & Jerebu

Assalamualaikum & Hello.
Hari ni satu entri combined dua cerita terus, hahaha. Bukan apa banyak sangat entri yang tengah beratur nak ditaip. Ewah ! Semalam masa balik dari Pahang ke KL, jalan memang jammed gila. Ada yang geng dengan aku tak, sama sama stuck dalam jammed semalam? Hahaha! Seronok kan makan roti cicah "jammed." Aku gerak dari Pahang dalam pukul 12 sampai KL pukul lima petang. Kau ghase? Perjalanan yang patutnya tiga jam, terus jadi lima jam. Bangun tidur, bangun tidur pun tak sampai lagi. Sobs. Masa dah dekat Gombak, hujan selebat lebatnya turun tambah pulak lagi dengan jerebu, memang kabur betul lah jalan. Kereta pulak banyak lagi lah perjalanan nya makin perlahan. Huhu. Menyesal pulak tak gerak pagi tu tak pun hari Sabtu. 
Sebelum balik tu, ibu pesan dekat aku bawa lah bekal roti ke kacang ke takut jalan jammed nanti lapar pulak. Aku beria tak nak beli, sekali bila dah sangkut dalam jammed, hari pulak hujan, memang lapar sungguh. Dekat RNR pulak memang terus tak dek parking lah, so tak payah berangan nak berhenti ke apa. Terus terngiang ngiang balik apa yang ibu cakap. Hahaha. Lain kali dengar nasihat orang tua Nani, jangan nak ikut kepala sendiri je. Eheh :p
Jerebu
Gambar ni yang semalam punya aku screen short. Pukul sembilan pagi 210, aku tengok balik pukul sebelas lebih macam tu, dah naik ke 230. Dekat Pahang pun boleh tahan kuat jerebunya, hari ni ibu cakap semua sekolah dah tutup dekat daerah aku. Nasihat aku, musim musim jerebu ni banyakkan minum air masak & kurangkan aktiviti dekat luar rumah atau bangunan. Bahaya sangat jerebu ni, jangan nak pandang remeh sangat. Huhu. Aku pun hari ni patutnya ada final exam untuk sem ni tapi sebab jerebu teruk terpaksa ditangguhkan. Jerebu dekat tempat korang macam mana?

18 comments:

  1. Abang Cikna gerak hri sabtu pun jam gak nani... Nak tnye la sklh tutup cikgu2 pun dpt cuti x....

    ReplyDelete
  2. tak boleh nak kurangkan aktiviti sebab bekerja kan...so orang bekerja risiko kesihatan terganggu adalah sangat tinggi....

    ReplyDelete
  3. Ampang macam biasa laa...jerebu memanjang./..tapi sebab everyday hujan, jadi alhamdulillah sikit :)

    ReplyDelete
  4. tular naper x ikut ckp emak., emak mana tak sayang anak, tapi ada kann., kannns ;p

    ReplyDelete
  5. tinggi kan bacaan semalam. nak keluar pun rasa tak best. gatal tekak dibuatnya

    ReplyDelete
  6. dengarnya macam da sdikit reda saja jerebu..
    harap cepat la selesai kes ni..

    ReplyDelete
  7. Belum reda lagi ke jerebu dekat Malaysia ni? :(

    ReplyDelete
  8. sakit tekak batuk2 dah..huhu sedihh

    ReplyDelete
  9. tu pa kann hri tu mcm dh mkin kurang tetiba balik kl kelabu asap balik

    ReplyDelete
  10. Semoga jerebu ni cepatlah reda.. bila jem dan berjerebu jadi bertambah rimas rasanya... stress kan...

    ReplyDelete
  11. raya haji ritu tu stay kat KL
    KL mmg teruks jerebu
    smpai x npk jalan huhu

    ReplyDelete
  12. IPU kat sini takdelah teruk macam tu.

    ReplyDelete
  13. Tingginya IPU. Take care all. Sekarang jerebu naik balik.

    Kami mencari agen dropship seperti pelajar universiti dan suri rumah yang ingin menjana pendapatan dengan WERDA. Boleh lihat di sini: KOLEKSI WERDA SOFIA

    ReplyDelete
  14. skang da mcm ok kan?
    moga terus ok and free from jerebu la.

    ReplyDelete
  15. Memang teruk betul jerebu haritu. Skang ni macam dah reda sket.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page