Penjimatan Berganda Ganda Melalui Pembelian Secara Atas Talian di ezbuy Malaysia

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Siapa dekat sini yang suka shopping online memang boleh geng lah dengan Nani. Eh? Hahah! Tapi siapa aje kan yang tak suka shopping online ni, nak nak kalau baru aje dapat gaji masa tu. Whoops! Memang tak lama lah duit tu duduk dalam akaun bank, lepas tu mesti disalurkan ke website tertentu. Heheh. Salah satu website online shopping yang Nani suka terjah ialah ezbuy Malaysia. Korang pernah dengar tak tentang ezbuy ni? Actually ezbuy ni sama aje macam online shopping yang lain tapi ezbuy ni ada lah kelebihan tersendiri. Paling menarik sekali, dekat ezbuy ni kita boleh dapat macam macam benefit bila selalu shopping melalui website dia orang. Pada Nani, kos shipping untuk ezbuy ni pun agak murah berbanding dekat website untuk shopping online yang lain. Bila dah murah ni, memang kita boleh jimat banyak lah kan. Heheh. Servis penghantaran pun memang tip top lah, tak pernah lagi lah ada 'bad service' dengan ezbuy ni.
Macam yang Nani cakap tadi, bila kita selalu beli barang melalui ezbuy ni, memang banyaaak sangat kelebihan yang kita boleh dapat. Salah satunya ialah ezbuy Prime Membership. Ezbuy Prime Membership ni untuk kiranya untuk regular customer yang dah suscribed lah. Untuk membership ni ada dua jenis tau, Prime Lime (RM 99 - untuk enam bulan) dan jugak Prime Anual (RM 188 - untuk setahun). Menarik sangat kan ezbuy Prime Membership ni? So, macam mana nak daftar jadi Prime Membership? Mudah aje caranya, apa yang korang perlu buat cuma klik aje link yang Nani letak dekat sebelah ni okay! (Registration Link: https://goo.gl/7B3rBD). Nak lagi mudah, boleh refer dekat gambar bawah ni cara untuk regsiter sebagai PRIME Membership.
Bila korang dah berjaya sign up, automatic korang akan dapat secara eksklusif cash voucher sebanyak RM 15 dan juga 15% diskaun untuk shipping. Menarik ke tidaak ni? Hiks. So apa bezanya jadi ezbuy Prime Membership dengan customer biasa? Haaa untuk pengetahuan korang, bila jadi ezbuy Prime Membership ni, tak kira lah beli barang banyak mana dan saiz besar mana sekali pun shipping dia RM 8.80 aje wakk! Murah sangaat okay?! Kalau korang tak percaya, boleh tengok gambar dekat bawah ni.
Selain daripada kos shipping yang murah sangat sangat tu, untuk yang ada ezbuy Prime Membership ni jugak akan dapat free insurans sehingga RM 2000. Fuhh, untung betul kalau suscribed Prime Membership ni nampaknya. Iye lah, mana lah kita tahu kan kot kot barang kita hilang ke tak pun barang yang sampai tu rosak ke, at least bila ada insurans yang cover macam ni, lega lah sikit kalau jadi apa apa kan. Heheh. Plus, untuk yang ada Prime Membership ni jugak, tak ada caj daripada agen yang dikenakan dan paling penting ada lebih empat juta barangan dari USA dan China yang korang boleh beli dengan kos shipping sebanyak RM 8.80 aje. Selain daripada itu, untuk yang subscribed Prime Annual Members, korang boleh dapatkan secara eksklusif voucher dan promotions tau. Bukan setakat itu aje, korang jugak boleh dapatkan sebanyak 42 produk yang bukan daripada Prime products dan masukkan dalam Prime Wishlist. Untuk Prime Wishlist ni, korang boleh beli sebanyak enam kali lepas dah sign up, dan tiga sekali sebulan selama setahun. Hah, boleh lah shopping puas puas okay! 
Paling penting dengan ezbuy Prime Membership ni, barang korang akan sampai depan rumah kurang daripada seminggu aje. Haaa tak ada lah nanti asyik tertunggu tunggu aje kan courrier servive hantar rumah. Itu lah benefit dia bila kita ada Prime Membership berbanding dengan customer biasa. Plus, kalau customer biasa dekat berminggu minggu jugak lah baru barang tu sampai. Fuhh! Korang boleh tengok sendiri lah dekat bawah ni berapa banyak yang korang boleh jimat bila ada Prime Membership. Jimaaat banyaak!
Selain daripada servis penghantaran yang laju, dengan mendaftar sebagai Prime Membership jugak, korang akan dapat Exclusive Livechat Support. Kiranya kalau korang ada apa apa complain ke nak buat atau pun ada sebarang pertanyaan ke, memang senang sangat lah sebab akan diberi keutamaan terlebih dahulu. Heheh. Plus, Exclusive Livechat Support ni memang terhad untuk Prime Members aje tau & korang boleh contact ezbuy melalui Exclusive Livechat Support ni sepanjang office hour. Memang segala galanya mudah lah dengan Prime Membership ni.
Ini lah antara pakej untuk subscribed jadi Prime Membership. Pada Nani paling untung sekali bila kita subscribed yang Prime Annual tu lah. Tapi kalau korang rasa macam ragu ragu lagi nak pilih, hah boleh lah try yang Prime Trial tu okay. Jimat jugak lah sebab boleh dapatkan kos shipping serendah RM 8.80 tapi untuk lima hari aje tau. So kalau nak tahu Prime Membership ni berbaloi ke tidak, boleh lah subscribed yang trial tu dulu okay! Tapi serious, memang jimat habis lah dengan adanya Prime Membership ni. Tak rugi pun. 
Ini yang paling korang kena alert sekali terutama untung geng kaki shopping macam Nani. Hahah! Jangan lupa tau bermula 3.12 sehingga lah 12.12 ni eezbuy mengadakan promosi kaw kaw yang memang kita boleh jimat berganda ganda. Nani memang pantang nampak ada sales, gatal aje tangan ni nak klik sana sini. Hahah!  Nani ada lah dah dua tiga benda wishlist nak beli ni, takut chart tu makin bertambah aje nanti. Hahahah! Iye lah, seminggu okay ezbuy buat promosi ni, rugi lah kalau tak shopping kan sebab semua barang murah murah. Bila beli time sales memang kita boleh jimat sangat sangat lah cerita dia. Korang pun jangan lupa terjah website ezbuy lepas ni tau! Serious harga barangan sangat berbaloi baloi. Jom lah kita shopping sama sama! 

4 comments:

  1. Memang penjimatan berganda dengan ezbuy Prime ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang jimat sangat sangat, lagi lagi kos shipping tu.

      Delete
  2. Replies
    1. Kann, beli lah barang banyak mana pun still boleh jimat lagi dengan PRIME Membership ni.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page