Jom ke Karnival Year End Zakat 2018

Assalamualaikum & Hello. 
Hai korang! Selamat berhujung minggu. Apa plan nak buat weekend ni? Kalau korang tak ada plan apa apa lagi, boleh lah ajak family & kawan kawan semua ke Karnival Year End Zakat anjuran Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ - MAIWP). Hari ni hampir separuh hari jugaklah Nani berada dia Karnival YEZ ni, macam macam aktiviti ada okay! Oh ye, Karnival Year End Zakat ni diadakan di perkarangan Masjid Usamah bin Zaid, Wangsa Maju bermula jam 9 pagi sehingga 9 malam. Bukan hari ni aje tau Karnival YEZ ni, esok pun ada lagi so masih sempat lah untuk korang ke sana. Tujuan karnival ini diadakan adalah untuk memberi pendekatan umum tentang kewajipan berzakat terutamanya zakat harta. Macam yang Nani dengar tadi, tak kira lah kecil ke besar ke gaji kita tetap jugak ada potongan untuk zakat. Ha korang dah check ke belum berapa potongan zakat daripada gaji setiap bulan tu? Heheh. Kalau belum, esok boleh lah singgah ke Karnival YEZ ni okaay! 
Dah lah masuk pun percuma, siap berpeluang untuk menang macam macam cabutan bertuah lagi. Memang untung sangat lah siapa yang pergi ke Karnival YEZ ni tau! Paling best sekali sebab karnival ni bukan sahaja untuk orang dewasa tetapi untuk seisi keluarga. Mana yang ada anak anak tu, hah boleh lah bawa sekali ke sana sebab ada pertandingan mewarna dan juga sesi bersama Mascot Didi & Friends. Itu untuk hari ni lah, kalau esok pulak anak anak boleh lah jumpa dengan Mascot Omar & Hana. Memang menarik sangat program program yang dianjurkan di Karnival YEZ ni. 
Muka tengah tahan panas. Hahah! Walaupun cuaca agak panas tapi korang jangan risau sebab ada banyaaak sangat gerai yang menjual pelbagai jenis minuman dan juga makanan. Harga pun berbaloi sangat. Khemah jugak ada disediakan di pentas utama. Agak agak dah penat berjalan nanti boleh lah berehat sekejap dekat bawah khemah tu. Heheh. 
Sekitar Majlis Pelancaran Bulan Year End Zakat di Masjis Usamah bin Zaid siang tadi. Majlis ini telah dirasmikan oleh Pengerusi PPZ - MAIWP, Datuk Che Mat Che Ali. Selain daripada pelbagai pertandingan dan aktiviti dijalankan, terdapat juga booth untuk dikunjungi. Kalau korang ada apa apa kekeliruan tentang zakat, boleh lah singgah di booth yang ada di sekitar perkarangan Masjid Usamah ni. Nak mohon kerja pun boleh, bawa resume siap siap okay! 
Photo booth pun ada, free aje ni hah. Eh banyak lah hadiah, barangan free yang korang boleh dapat dekat Karnival Year End Zakat ni, memang rugi siapa yang terlepas peluang ke sana. Nani tadi pergi dengan tangan kosong tiba tiba balik macam macam dapat. 
Kaunter Zakat Bergerak, ini antara yang paling ramai orang kunjungi tadi. Nak tahu lebih banyak tentang zakat, korang kena lah datang esok okay! Boleh tengok dekat bawah ni antara aktiviti aktiviti yang akan dijalankan pada esok hari. Ramai juga selebriti selebriti jemputan yang akan menyerikan Karival YEZ ni tau, antaranya Hijjaz, Raihan, Ustaz Wan Akasyah, Ustazah Dato' Siti Nor Bahyah, PU Rahmat, Hafiz Hamidun dan ramai lagi lah. 
Jom ke Karnival Year End Zakat 2018
Jangan lupa okay ajak family dan kawan kawan semua ke Masjid Usamah bin Zaid di Wangsa Maju hari esok! Ada banyak lagi aktiviti yang akan dijalankan dan paling penting semuanya aktiviti yang menyeronokkan. Kalau tengok dalam list aktiviti tu, ramai selebriti yang akan berada di sana, so jangan lepaskan peluang ni okay! Masjid ni pun tersangat lah senang untuk korang pergi. Turun aje dekat Stesen LRT Wangsa Maju tu, korang boleh ambil grab car dalam lima minit macam tu dah sampai lah masjid ni. Memang dekat sangat. Jangan lupa ke Karnival Year End Zakat ni esok! 


10 comments:

  1. Meriah nmpknya kanival year end zakat..mcm2 aktiviti disediakan...pttnya pi juga smlm tp tk sihat..tgk kwn2 blogger update je la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang banyak sangat aktiviti yang ada, meriah. Lah yeke kak Amy. Get well soon!

      Delete
  2. Replies
    1. Banyak sangat, semuanya best best pulak tu. Siap ada lucky draw lagi. Heheh :)

      Delete
  3. bestnya banyak sangat aktiviti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best dan meriah sangat! Next time boleh lah pergi lagi. Heheh :)

      Delete
  4. Bagus ada karnival mcm ni. Macam2 aktiviti boleh buat. Nak byr zakat pun boleh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yass! Senang sangat sebab ada banyak booth dan kaunter untuk bayar zakat, minta kerja apa semua. Harap harap next year dia orang buat lagi lah.

      Delete
  5. Replies
    1. Kann, harap harap next year dia orang buat lagi.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page