Assalamualaikum & Hello.
Sekarang banyak pulak movie best best yang tengah tayang. Ini pun tak sabar nak tengok Bisik Pada Langit pulak. Banyak betul duit habis sebab tengok wayang je ni. Sekarang free boleh lah layan mana movie yang best best sikit. Kalau dah start busy nanti, memang tak terlayan movie semua ni hah. Hari tu masa tengok Bad Genius dekat KLCC, ternampak poster movie By My Side ni hah. Tengok poster nampak menarik, balik tu gigih cari sinopsis movie ni. Hahah! Elok dua tiga hari lepas dah ditayangkan, Nani ajak kawan terjah TGV Wangsa Walk 😆 Nani selalunya kalau tengok wayang memang dekat situ lah. Plus, filem By My Side ni memang ditayangkan dekat TGV sahaja okay. Dekat MBO, GSC semua tu memang tak ada. Hari tu pergi time weekdays, ada tiket RM 8 dengan RM 14 yang available. Nani memang suka tengok time weekdays sebab murah dan tak ramai orang sangat. Heheh. Bukan tak suka kalau ramai, cuma entah. Hahah!
SINOPSIS
By My Side mengisahkan tentang Faye dan Ben yang berkawan sejak dari kecil dan membesar di Subang Jaya. Mereka sering bergaul dengan jiran dan rakan sekolah mereka. Dari masa ke masa, cinta di antara mereka mula berputik dan mereka mula bercinta. Bagaimanapun, apabila Faye mendapat tahu Ben merancang untuk pergi ke Australia bagi melanjutkan pengajian, dia perlu berdepan dengan hubungan jarak jauh dan membiasakan diri hidup bersendirian di Malaysia.
REVIEW
Actually this movie dalam English tau, cuma ada lah sikit jugak Bahasa Melayu. Nani suka cerita ni sebab bukan macam typical kisah cinta lain. Err. Basically, it's about long distance relationship (Australia - Malaysia). Faye dengan Ben ni memang dah berkawan sejak dari kecil lagi lepas tu mula bercinta sejak dari zaman sekolah menengah sampai lah masing - masing dapat sambung belajar dekat universiti. Yang paling menghidupkan movie ni, tentang persahabtan dia orang dengan kawan kawan yang lain. Memang nampak close sangat and selalu support each other, pergi travel sama sama. Rasanya semua orang impian nak travel sama sama dengan bestfriend kan, cuma jadi dengan tak je. Hahah!
Okay back to Faye dengan Ben, dia orang memang rapat sangat sangat, lagi pulak dah kenal since sekolah rendah. Lama kot! Tapi bila dah start masuk uni, dia orang dah start jadi renggang sebab Ben selalu sibuk dengan macam macam aktiviti dia dekat sana. Tambah pulak, sorang dekat Malaysia, sorang dekat Australia and of course bukan satu benda yang mudah bila bercinta jarak jauh ni. Sedangkan yang dekat pun boleh goyah apatah lagi terpisah beratus ratus kilometer. Kaaan? Hahah! Kalau typical malay movie, mesti ending dia orang akan tetap bersama kan. Tapi dalam By My Side ni dia orang tak bersama pun akhirnya! Sorry kalau jadi spoiler. Hahah! At the end, Faye dengan Daniel. Nani pun macam kecewa jugak lah sikit (kah!) tapi sekali sekala plot twist macam ni best jugak. Kenapa tak bersama? Sebab Faye tak boleh nak biasakan diri dengan long distance relationship. Mula mula tu susah jugak dia nak terima yang dia dah tak ada apa apa hubungan dengan Ben. Tapi lama kelamaan, dia move on lah jugak. Hahah!
rajin betul nani layan movie yek, yelah tgh free2 gini lah boleh layan kan... dh bizi nk exam nnti... tgk revies movie pun tak sempat kan...
ReplyDeleteakak klu cite sedih2 nih, ssh skit nk layan... tkt nngis
Br lah lain dr yg lain kan. Selalu happy ending mcm yg kita harapkan. Hehe. Semua pun berbalik pasal jodoh kan.
ReplyDeleteTempting betul lps baca sinopsis cerita ni. Nak tgk!
ReplyDeleteSiqah macam berkenan jugak nak tengok movie nie. Hehe.
ReplyDeleteBest juga ni.. blum menonton lagi. Thanks sharing Nani :)
ReplyDeletebelum sempat tonton lagi
ReplyDeleteok safe movie ni..nti nak download. hihihi
ReplyDeletebestlah baca review Nani, betul tu kalau kenal lama mana pun kalau ada jodoh tetap akan bersama dan sebaliknya.
ReplyDeletelama nyer tak gi tonton movie, kiki, tgv ada bagi tiket free, tapi masa belum mengizinkn lak.
ReplyDeleteewah mcm best je ni. kene tunggu cite ni kuar online ni.hahahaha
ReplyDeleteTerus ada spoiler gitu. Hahaha :D
ReplyDeleteMacam menarik jalan ceritanya... saya tak sabar nak tunggu Tombiruo 12 Oktober ni... Bisik Pada Langit pun orang kata best... tapi tak de masa lagi nak tengok...
ReplyDeleteOnce in a while seronok juga bila ending dia lain dari kebiasaan.. Sebab realiti pun macam itu kan.. Nice review..
ReplyDeletenak tunggu keluar online, nak tengok secara streaming je. Cam best jeee
ReplyDeleteOhhh... kiranya ini Malaysian movielah ya?
ReplyDeleteNi, mai sini tanya akak. Akak punya relationship dari sejak sekolah sampailah kahwin semua pun long distance relationship ya. Takda istilah dating hari-hari atau jumpa tiap minggu. Yang ada masa tu bil telefon melonjak tinggi sebab asyik buat long distance call. Dulu bukan macam sekarang, asal rindu whatsapp ada. Dulu kalau rindu, mampu tulis surat aje tau, Nani ^_^