Boat Noodle di Avenue K

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Nani tak pernah tahu pun ada cawangan Boat Noodle dekat Avenue K ni. Hari tu saja singgah nak cuci mata tengok pameran dekat dalam tu sekali ternampak Boat Noodle, laju aje kaki melangkah. Eh? πŸ˜† Tak ada lah, masa tu dah penat, kenyang makan Nando's pun iye jugak so layan kawan kawan ni aje yang nak makan Boat Noodle. Dah lama jugak kita orang tak makan dekat sini, ada lah dua tiga jenis menu yang baru. Tapi sebab dah kenyang, Nani tak makan apa pun. Heheh. Next time lah kita cuba menu baru dekat Boat Noodle ni. Cawangan Boat Noodle yang dekat Avenue K ni tak ada lah besar mana, kalau pergi time tak ramai orang, cepat aje boleh dapat seat. Nani hari tu dah dekat pukul 9 malam kot pergi, memang lengang sikit lah. 
Kali ni dia orang masing masing makan dua mangkuk aje. Hahah! Ingatkan dah makan Nando's boleh kenyang sampai ke malam, rupanya tak. Rasa macam banyak betul duit keluar hari tu, siang makan Nando's, malam makan Boat Noodle. Phew! Sekali sekala macam ni boleh lah. Kalau setiap minggu rabak jugak wallet jadinya. Hahah! 
Selalu kalau ke Boat Noodle, mesti order Green Tea takpun Thai Tea tu. Tapi kali ni Nani try Terer Taro. Kemain nama kann! Hahah! Yang tu perisa keladi, sedaaap weh. Tak cukup minum satu je. Tapi nak beli sampai dua terasa melayang layang pulak duit. Heh. Satu cawan ni dah RM 8++ gitu dah. 
Memang sedaaap sangat. Kalau korang singgah mana mana Boat Noodle nanti, boleh lah try yang flavour keladi ni pulak. Tak rugi lah beli sebab kena dengan citarasa dan tekak Nani. Hahah! Mula mula takut jugak nak order sebab takut tak sedap. Sekali dah minum, haa rasa nak repeat lagi dan lagi. Kalau korang ada Instagram tak pun Twitter, follow lah social media Boat Noodle ni sebab dia orang selalu buat giveaway bagi chill chill for free lah, voucher lah. Mana tahu kot ada rezeki nak terpilih sebagai pemenang kan. Heheh. Korang pulak apa menu fav dekat Boat Noodle ni? 

12 comments:

  1. Siqah takde menu fav kat sini sebab tak pernah singgah makan. Hehe. Nak singgah ramai je orang, malas nak tunggu turn. Hee. Tapi siqah suka Chill Chill. Sedap 😍

    ReplyDelete
  2. selalu order sangkaya ngan green tea jugak...next time bolehla try keladi tu plk

    ReplyDelete
  3. Takut nk try air keladi tu hehe.. Akak slalu minum thai ice tea..br juga mkn aritu kt boatnoodle.. Lama xpi.. Dh naik rege.. Boatnoodle slalu wat contest dpt voucher.. Akak and husband pn dh menang.. Ada 1 lg voucher xredeem.. Voucher tu bole Mkn smp lebam unlimited.. Heaven tk hehe

    ReplyDelete
  4. Dekat Seremban Parade ada boat noodles...nanti nak ajak Dania lepak situ la

    ReplyDelete
  5. selalu lalu situ, tak pernah ada tempat kosong. hahaha

    ReplyDelete
  6. dapnyaaaa.. minggu lepas bru makan.. hehe. fevret!

    ReplyDelete
  7. Dah ada air perisa Taro! Teringinnya nak rasa :D

    ReplyDelete
  8. Bestnya.. sedap2 nampak semuanya ni. Thanks sharing :)

    ReplyDelete
  9. Kalau jumpa kedai Boat Noodle ni, mesti singgah makan. Ketagih wehhhh!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page