Vietnamese Roll

Assalamualaikum & Hello.
Hari tu masa balik Pahang, ada lah sorang mak cik dekat dengan area rumah Nani ni yang jual vietnamese roll, sandwich, cheese tart apa semua. Dah pernah try sandwich dia memang sedap so kali ni nak try vietnamese roll pulak. Tambah pulak sebab Nani tak pernah makan sebelum ni, lagi lah teringin nak order & rasa. Lagi satu sebab kawan Nani cakap vietnamese voll ni sedap. Harga pun tak ada lah mahal sangat, empat gulung RM5. Dah lama teringin nak try, tapi tak pernah jumpa orang yang boleh dipercayai untuk beli. Heheh. Nani jenis yang sangat teliti kalau nak membeli lagi lagi kalau bab makanan ni. Jarang sangat beli dengan orang yang tak biasa, sebab takut jugak (bab kebersihan lah). Kalau yang dah kenal ni, tak ada lah ragu ragu sangat kaaan. 
Viatnamese Roll
Selalu Nani tengok orang letak udang dalam dua ekor macam tu dalam vietnamese roll ni, tapi yang mak cik ni jual dia gantikan udang tu dengan crab stick. Ada jugak salad, carrot dengan suhun sekali dalam viatnamese roll ni. Sos tu masam masam manis sikit rasa dia. Tapi Nani rasa mak cik ni beli guna sos Thai yang dalam botol tu aje. Suka hati je kann. Hahaha! Memang sama sangat rasa dia. 
Viatnamese Roll
Untuk yang nak diet atau nak makan makanan yang healthy, sesuai lah vietnamese roll ni. Sebab semua bahan ni direbus aje. Cuma kulit dia Nani tak pasti guna apa. Nipis sangaat dan melekat lekat dekat tangan. Nani mampu makan satu gulung tu aje. Hahah! Bukan tak sedap tapi banyak sangat sayur tu, Nani jadi tak suka sangat. Dah macam mana nak eat clean ni, sayur banyak ni pun tak boleh nak telan. Heh πŸ˜† Adik beradik Nani lagi lah, siap cakap ngeri nak gigit kali kedua. Perangaaai! Hahah! Tapi kalau korang memang suka makan sayur, nah wajib try! Heheh. Cukup lah sekali tu je makan, memang tak repeat order dah kot. Korang pernah makan vietnamese roll ni?  

12 comments:

  1. nampak sedappp.. nyum2.. lapar pulak pepagi singgah sini ternampak ini.. haha

    ReplyDelete
  2. Cepat2!!! Hari ni LAST!! Jemput join Giveaway di blog Tengkubutang.com yea.. mana tahu ada rezeki menang apa-apa hadiah kan... kalau tak minat hadiah.. jemput join sekadar support contest di blog TB tu ke.. boleh...? heeee.. thank you.. i love you.. =) jom meriahkan lagi contest ni disamping boleh dapat trafik dari peserta-peserta yang join untuk blogwalking.. =)..

    Kepada yang dah join.. Terima kasih sangat-sangat... semoga Allah murahkan rezeki korang.. Aamiin..

    http://www.tengkubutang.com/2017/08/tengkubutang-6-million-pageview-giveaway.html

    ReplyDelete
  3. nak cuba gak tp xjumpa lagi kulit dia tu..haha

    ReplyDelete
  4. Pernh mkn tp mcm xkena ngan tekak.. Kulit die tu lutsinar ada jual.. Akak mkn biras yg bawa sbb adik ipar die mmg org Vietnam mmg wat bisnes siap ada foodtruck lg..akak mkn yg Vietnamese roll yg jenis fried tu.. Yg tu sodap hehe

    ReplyDelete
  5. kalau akak, bab syr banyak no hal sbb akak mmg minat syr or ulam2... tp akak prefer kalau di boh udang dr crab stik gini.... ...

    ReplyDelete
  6. Pakcu cari taw, benda ni, sebb pernah tengok kat TV, cara nak berdiet dgn mkanan ringan yg berkhasit. thks yer terbaikkk post awak ni.

    ReplyDelete
  7. k.el nah wat sekali roll sedap
    tp kena makesure roll tu betul2 lembut lau x mkn mcm plastik
    sedap nau nau lau dpt cicah ngan sos cili tu kan

    ReplyDelete
  8. Teringin sangat nak try benda ni tapi susah nak jumpa kat luar.. :/

    ReplyDelete
  9. Akak tak pernah makan Vietnamese roll ni, Nani. Ni pun baru tahu ada makanan namanaya macam ni. Kehkehkeh.

    Akak rasa memang akak tak boleh telanlah vietnamese roll ni sebabnya akak tak makan sayur. Lagi nak eat healthy, lagi bertambah tak sihat rasanya ^_^

    ReplyDelete
  10. Tak pernah makan. Teringin nak rasa. Tapi takde orang yang jual berdekatan tempat tinggal akak ni.

    ReplyDelete
  11. Hahahaha...Sally selalu buat sendiri je...sbb bahan-bahan dia boleh la ikut suka hati..hahahaha..hoi! ape ni tak makan sayur! LOL..kalau beli mahal je rasa...

    kulit dia nani bole je beli kat supermarket...rice paper nama dia..layurkan kat air panas je dah boleh guna :)

    ReplyDelete
  12. Tak pernah cuba lagi.. tp tak taulah boleh suka ke tak juga hehe :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page