Lazada Electronics Fair 2018 Menawarkan Potongan Harga yang Berbaloi

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Masing masing tengah sibuk cuci mata dekat Lazada ke tu? Hahah! Nani ni pun dah dua tiga kali keluar masuk website Lazada ni sebab banyak sangat sales yang menarik perhatian. Eh Lazada tengah ada sales ke sekarang? Untuk yang tak tahu lagi, bermula 27 Ogos 2018 sehingga lah 29 Ogos 2018 Lazada mengadakan Lazada Electronics Fair yang mana kita boleh dapatkan barangan elektronik dengan harga yang sangat berbaloi baloi. Macam Nani sendiri memang suka sangat lah beli barang time sales macam ni, iye lah boleh jimat banyak okay! Korang pun mesti macam tu jugak kan? Pantang nampak ada perkataan sales lagi lah laju nak beli. Nani tengah survey nak beli handphone baru sebenarnya ni sebab phone sekarang dah nazak sangat. Dua tiga kali baiki pun tak jadi jugak, paling senang kita cari yang baru lah. Memang ngam betul Lazada buat sales sekarang, boleh lah Nani beli handphone dekat website dia orang. Serius diskaun kaw kaw punya! Rugi sangat wakk kalau terlepas peluang keemasan macam ni. Bukan selalu nak beli barang dengan harga yang jauh lebih murah daripada biasa. 
So lepas ni laju laju kita terjah website Lazada okay! Diskaun sehingga 90% lagi. Korang bayangkan lah sendiri berapa banyak boleh jimat bila kita buat pembelian dalam tempoh tiga hari ni. Paling best sekali penghantaran percuma ke seluruh Malaysia! Nikmat apakah ini. Hahaha! Dah lah diskaun sampai 90% siap dengan penghantaran percuma lagi. Jimat sangat sangat sangat! Untuk pengetahun korang, bukan local brand aje tau yang buat diskaun lumayan ni, tapi international brand jugak. Korang boleh check it out dekat bawah ni okay! 
 Antara international brand yang menawarkan diskaun yang lumayan ialah Asus, Xiaomi, Philips, Apple, Panasonic, Oppo, Acer, Sharp, Senheng dan banyak lagi lah. Nanti korang boleh check it out dekat website Lazada okay! Nak lagi mudah, klik aje link dekat bawah ni hah. Simple!
Nani sebenarnya ada dua benda yang nak beli, handphone dengan air fryer. Masa ni lah kan nak borong habis habisan. Tengah survey survey, sekali ternampak yang harga iPhone 7 ni dalam RM2329 aje compare dengan harga biasa. Boleh jugak jimat dalam dua tiga ratus dekat situ. Kita tengok lah nanti yang mana satu nak beli. Rasa macam nak jadi iPhone user pulak lepas ni. Eh? 
 Selain daripada phone tu, air fryer ni pun antara salah satu wishlist Nani jugaklah sebenarnya. Hahah! Lama sangat dah simpan hajat nak beli air fryer ni, kenkonon nak amalkan gaya hidup yang lebih sihat. Alang alang Lazada ada sales sekarang ni, boleh lah kot beli satu. Murah sangat dah ni, macam rugi aje kalau tak beli. Hahaha! 
Untuk korang yang tengah nak cari peralatan elektronik tu boleh lah terjah website Lazada terus okay! Serius masa ni lah nak shopping barangan dengan harga yang berbaloi baloi. Jadilah pengguna yang bijak, gittew! Lagi pun korang boleh jugak dapatkan lebih daripada 2500 vouchers bila mana korang membeli belah dekat Lazada ni hah. Untung betul lah, kalau setiap masa macam ni indah betul hidup. Hahahah! Okay lah nak sambung klik klik dekat Lazada pulak lepas ni. Korang jangan lupa terjah okay! Peluang keemasan macam ni tak selalu datang, so kena grab cecepat. Mana yang dah shopping tu, nanti boleh lah share korang beli apa. Hiks!  



Salam Aidiladha

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Baru ada masa nak menghadap blog sendiri. Minggu lepas sibuk nau uruskan macam macam hal, lepas tu sibuk nak Raya lagi, blog pun dianak tirikan. Macam mana sambutan Raya korang baru ni? Meriah ke tidak? Family Nani belum pernah lagi buat korban sendiri, selalunya abah aje lah yang pergi tolong dekat masjid. Heheh. InshaAllah kalau panjang umur, ada rezeki tahun depan nak buat korban jugak. Pagi Raya baru ni lah baru masing - masing terdetik nak buat korban. Macam biasa bila Raya aje, tak kira lah Raya Aidilfitri ke Aidiladha ke memang wajib buat lemang. Abah Nani lah yang rajin sangat nak buat ni semua. Kalau beli jarang nak jumpa yang bebetul sedap, so kita buat lah sendiri. Heheh. Nani setakat masukkan beras pulut tu dalam buluh boleh lah tolong, tapi kalau masuk part nak membakar tu awal awal lagi daku lari okay! Hahahah! Sudahnya abah sorang aje lah yang membakar. Nak tunggu ada menantu yang tolong macam lambat aje lagi. Eh? 
Gambar wajib ambil bila buat lemang. Hahah! Family Nani kalau buat lemang jenis campur dulu beras pulut tu siap siap dengan santan macam ni lepas tu masak dulu atas dapur sekejap. Dah sebati semua baru masukkan dalam buluh. Buat lemang ni pun ada banyak jugak cara rupanya. Ikut style masing masing lah kan. Heheh. 
Tengah tengah panas terik membakar lemang. Gigih betul abah ni hah. Dapatlah kot 25 batang lemang hari tu, sedekah dekat saudara mara & jiran apa semua dapatlah lima enam batang untuk makan sendiri. 
Bila dah ada lemang, wajib lah ada rendang sekali kan. Cuma kali ni ibu Nani buat rendang ayam aje, iye lah Raya Aidiladha kan. Kalau dekat Pahang ni jarang sangat orang beraya time Raya Aidiladha, kecuali kalau saudara mara macam tu aje lah. Lemang dengan rendang aje menu pagi Raya kita orang hari tu. 
Nasi impit. Bukan daku lah yang masak for sure. Hahah! Ini mak cik Nani yang bagi. Untung betul bila duduk dekat dengan rumah saudara mara macm ni, macam macam boleh makan pagi Raya. Eh? 
Petang tu balik kampung makan laksam pulak. Kan dah kata memang Raya aku kali ni versi makan makan aje yang banyak. Hahaha! Nani kurang sikit kalau laksa yang kuah lemak ni, lagi suka yang kuah asam. Dia punya minat tu sampai makan setiap hari pun tak apa. Hahaha! Dapat pulak yang kuah pekat, pedas fuhh! Memang layan wakkk! 
Nasi dagang dengan ikan tongkol pun ada. Ambil sikit sikit aje sebab nak makan semua. Hahah! Raya Aidiladha kali ni memang sama macam Raya puasa menu pagi Raya tu. Kemain macam macam lagi mak cik Nani masak. Daku tukang makan aje lah kerjanya. Dah kenyang mula lah mata pun layu semacam. Eh? Hahah! Korang punya Raya pulak macam mana? Ada ke yang buat korban Raya Aidiladha baru ni? 

Ayam Goreng Korea Pedas

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Dah sampai kampung ke belum tu? Ke still bekerja lagi? Heheh. Nani baru siap buat lemang. Macam biasa, bukan daku lah yang tolong membakarnya. Nani cuma masukkan beras pulut dalam buluh tu aje. Hahah! Abah lah yang tukang membakarnya sensorang, maklumlah kita tak ada adik beradik lelaki. Nak tunggu ada menantu lelaki yang tolong macam lambat lagi aje. Eh? Hahah! Kisahnya baru ni Nani try buat Korean Fried Spicy Chicken sendiri. Sebelum ni dah pernah makan dekat Dubuyo dengan Eung Chicken, serius sedap kemain. Memang berbaloi lah beli. Pernah juga baca review, orang kata ayam goreng Korea yang dekat Domino's pun not bad jugak. Next time boleh lah try pulak. Tapi kali ni saja nak try buat sendiri, tengok resepi pun senang aje. First time wakk kita try masak makanan Korea ni, sebelum ni kalau teringin nak makan, terus aje terjah mana mana outlet restoran Korea. Bila tengah rajin, boleh lah nak masak macam macam. Cuba tengah malas tu, hari hari rasa nak beli aje. Hahah! Lulus ke tidak ni ayam goreng korea Nani dekat bawah?
Ayam Goreng Korea Pedas
 Ini lah hasil Korean Spicy Fried Chicken Nani hari tu. Buat tiga ketul aje bahagian kepak, lepas tu masing masing cakap tak cukup. Hahah! Iye lah, first time buatkan nervous okay kalau tak jadi. So, kita buat lah tiga ketul dulu. Tapi tu lah rasa macam tak puas hati lagi sebab tak berapa nak pedas sangat. Masa masak tu dah banyak jugak Nani letak cili kering, mungkin cili tu jenis yang tak berapa nak pedas lah kot. Next time nak try buat lagi sekali, kalau menjadi Nani share resepi dengan korang pulak okay. 
credit: Pinterest
Di kesempatan ini jugak, Nani nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha untuk kalian semua. Mana yang nak pulang berhari Raya di kampung tu, hati hati di jalan Raya okay! Biasalah, nama pun nak balik Raya, memang jammed tu tak boleh nak elak. Semoga Raya kali ini kita dapat menghayati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya. Untuk yang berpuasa hari Arafah hari ni, selamat berpuasa dan semoga ada doa doa kita yang dimakbulkan oleh Allah. Korang ada yang buat ibadah korban ke tahun ni? 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page