Tradisi Rewang

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Zaman sekarang ni memang jarang jarang jumpa tempat yang ada buat tradisi rewang bila kenduri kahwin atau pun majlis tertentu. Zaman sekarang memang selalu nya orang akan ambil pakerj katering. Kan? Tapi kalau dekat kampung still lagi ada aktiviti merewang ni dan memang meriah sangat waktu tu. Rumah nenek Nani pulak dekat felda, lagi lah ramai jiran yang datang tolong. Empat hari sebelum kenduri pun dah terasa meriah, sebab dia orang dah start datang hantar barang barang yang dia orang nak sedekah & tolong kemas apa yang patut. Kita orang yang tuan rumah ni pulak sampai tak ada kerja nak buat untuk memasak tu semua. Cuma settle kan bahagian goodies bag, bunga telur macam tu aje. Seronok dapat tengok suasana macam tu, sampai kan semua jiran nenek Nani tu pun Nani panggil 'nenek' jugak. Hahahah! Iya lah, nak panggil mak cik macam tak kena pulak. So gasak lah semua ku panggil nenek 😆 Sebelum majlis memang dah bahagi tugas siap siap, memang smooth aje semua. 
Nasi manis ni buat dua hari sebelum kenduri. First time seumur hidup tengok orang buat nasi manis. Daaan baru ku tahu jugak nasi manis ni ada banyak nama. Kalau belah utara, orang panggil pulut kacau kan, ada jugak sesetengah orang yang panggil wajik. Nani duduk sekejap aje dekat kawah ni pun dah tak tahan dengan asap + panas, tapi nenek tu semua steady je weh. Omg! Nani duduk kejap, tolong kacau sekali lepas tu ambil gambar & masuk rumah. Heheh. Lagi pun ramai time tu yang tolong kacau, so kita undur diri. 
Saja nak ulang tayang gambar gulai keladi hari tu. Ni pun nenek nenek tu yang masak. Senang cerita, memang semua makanan sepanjang nak kenduri dan hari kenduri semua nya air tangan jiran jiran nenek Nani. Dah lah laju gila dia orang masak. Kejap kang tengok lauk ni dah siap, lepas tu nanti eh dah hidang atas meja. Fuhh! Bila banyak tenaga kerj, memang kejap aje kan jadi. 
Sehari sebelum kenduri paaaling sibuk sebab hari tu lah dia orang datang tolong potong bawang, sediakan bahan bahan untuk kenduri esoknya. So kita orang satu family masak laksa dengan cucur udang. Kuah laksa ni malam tu lagi dah masak sebab sedap sikit bila kuah ni masak awal. Nenek Nani cakap tak ramai yang datang sekali ramai. Habis licin 10 bungkus laksa hari tu. 
Hari tu dapat lah jugak makan durian seulas sorang. Hahah! Kali ni durian dekat kampung Nani tak berapa menjadi sangat. Ini pun durian dekat rumah mak cik Nani. Dapat lah makan sikit sorang. Nak beli mahal sangat, sampai sekilo RM 15. Itu pun buah belum tentu elok. Apa pun memang kenduri kali ni, paling terasa penat dia tapi tetap lah seronok. Heheh. Maklumlah dah lama tak kenduri besar, ini pulak adik bongsu ibu Nani so tetamu tu mesti lah ramai jugak kan. Nani dah seminggu habis kenduri, baru rasa normal balik. Kah! Nasib baik ada jiran jiran nenek Nani yang tolong. Seronok bila kenduri dekat kampung ni sebab ada rewang lah. Korang amalkan lagi tradisi rewang ni? 

14 comments:

  1. wah masih ada lagi ye. sbb kebanyakkan orang suka catering je skrg ni, tak leceh . btw teringat dulu masa kekecik, mak merewang potong itu ini, Cici sibuk ikut mak . mak duduk kita duduk, mak bangun kita bangun. takut dok sensorang. abah pun busy kat belah lelaki hahahah

    ReplyDelete
  2. Salam sis inani

    Kalau rajin merewang memang dapat kenal saudara mara

    Penat sikit kalau bawa anak kecil

    ReplyDelete
  3. yup..kg cik nor ada lagi..buat lah kenduri kecik or besar still ada rewang..best sgt..:)

    ReplyDelete
  4. dh xramai dh yg buat rewang masa kenduri kan nani..even kat kampung pun dh ramai yg pakai catering..hehe..durian tuh sodapnyeee,,laksaaaaaa..adehhhh..

    ReplyDelete
  5. igtkan ape tadi..oooo pulut kacau
    kawin ngan orang utara baru tau makanan ni
    mil akk sllu buat lau raya..gigih ok buat pulut kacau even umur dah 70+

    ReplyDelete
  6. terliur weii yang laksa and durian !.
    kelantan ade lagi rewang ni.

    ReplyDelete
  7. Seronoknya..Akak pun suka aktiviti rewang ni..kalau dapat plak makcik yang melatah..lagi seronok...

    ReplyDelete
  8. Rewang memang best! cuma letih sket la kan. But still, seronok die lain macam. Kat kampung akak pun still ade gak rewang. Tapi dah tak buat yang heavy sangat. Sebab ramai org tua dari org muda kat kampung tuh. Jadi, outsource jugaklah katering. Hehehe...

    ReplyDelete
  9. Seronok kenduri dekat kampung terutama felda... Memang still ada lagi rewang ni... Saya dulu time menyambut menantu dekat felda umas, tawau... Orang sabah ni pulak ada suku2 dia... Haaa... Macam2 tradisi la kluar termasuk la karoke... Yang perempuan masak kat blakang yang laki memekak kat depan... Tapi best...

    ReplyDelete
  10. Bestnya rewang walaupun penat tapi seronok sgt

    ReplyDelete
  11. Seronokkan Nani bila sesekali dapat berewang. Akak ingat budak-budak sekarang dah tak tahu apa itu rewang lagi ^_^

    Oh, Nani... wajik tu favorite akak tau! Lama dah tak dapat makan! Buah durian pun lama juga dah tak sentuh.

    Mesti bestkan Nani time ni walau penat macamana sekalipun, tetaplah seronok melalui pengalaman begini.

    Tahun depan majlis sendiri buat rewang lagilah ya ~_^

    ReplyDelete
  12. Ha a kalau kat kg mmg masih ada lagi aktiviti merewang ni. Kat bandar kalau buat rewang mcm ni takut org tak de je Nani ....

    Ohh...tempat hakak panggil wajik. Mmg menu wajib kalau kenduri kawen tu.

    ReplyDelete
  13. Wahhhhh. memang best taw, kalo rewang ni part yang Pakcu suka membungkus. hihihi,

    ReplyDelete
  14. Rewang best!! Mengeratkan hubungan sambil sama-sama siapkan kerja. Hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page