Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Sejak hari Khamis minggu lepas, memang 'viral' betul McFlurry Durian ni hah. Bila buka aje Instagram & Facebook mesti lalu dekat timeline gambar McFluury Durian. Nani yang mulanya tak nak beli pun terjebak sama jugak sebab terliur. Hahaha! Jumaat tengah hari tu terus terjah McDonald's. Gigih sangaat kan 😆 Bukan apa, ada yang cakap bila nak beli dah sold out lah, ada aiskrim yang cair lah so aku pun pergi lah time tengah hari. Mula mula ingat nak drive thru tapi punyalah panjang barisan kereta tu, so Nani pun merajinkan diri masuk dalam. Hahah! Demi nak rasa aiskrim durian, sanggup okay! Lagi pun time tu dah habis lunch hour, orang dekat dalam tu pun dah tak ramai sangat. Nani pun terus aje lah beratur lepas tu order aiskrim dengan satu set ayam. Lepas dah bayar baru Nani perasan sesuatu. Agak agak apaa?
Sebenarnya bila dah siap bayar baru Nani perasan yang harga McFlurry Durian ni RM7.99 satu. Ohoi! Boleh tahan jugak harga untuk satu aiskrim durian ni. Hahah! Tapi logik jugaklah sebab durian kan, takkan lah dia orang nak letak harga murah murah pulak 😆 Nani pun sedapkan hati sendiri "takpe lah mahal sikit, sekali sekala nak rasa." Hahaha!
Pada Nani okay lah rasa dia, cuma manis sikit daripada yang McFlurry Oreo. Nak cakap sedap sangat sangat tu pun tak jugak lah. Hahah! Eh ni ikut tekak dan citarasa Nani tau. Ada jugak yang cakap memang sedap betul. Depends pada setiap orang kan. Lagi pun ikut outlet Mcd tu jugak, ada je kadang kadang yang kureng sikit rasa dia.
Nani lagi suka McFlurry Oreo berbanding dengan McFlurry Durian ni. Hahah! Tapi why not kalau sekali sekala nak ubah makan yang durian pulak. Cumanya sila bertabah kalau korang beratur panjang takpun dah sold out. Biasalah, bila baru baru keluar ni memang cepat betul habis. Laku keras weh, iye lah sebab lain daripada yang lain khenn. Heheh! Nani sekali hari tu je lah makan, ada tu Nani tengok sampai dua tiga kali dah. Fuhh! Korang dah try ke belum McFlurry Durian ni?
Siqah baru jugak makan mcflurry durian ahad lepas. Hehe. Siqah suka, cuma lagi best lah kalau dapat durian betul :D
ReplyDeleteHaah. Mahal kan harganya. Sebab guna king of fruit lah ni 😅
Baik durian baik oreo x pernah try lg..hahaha
ReplyDeleteLebih suka makan durian macam tu jew. Tapi tak salah kan kita nak cuba sesuatu yang baru
ReplyDeleteHanya mampu tengok sahaja dari jauh :/
ReplyDeleteAssalamualaikum Wrmbth
ReplyDeleteSelamat pagi dari Maznee sis Inani
Bau dia kuat sangat
Saya makan sundae coklat habis rosak rasa
uikk..mahal jgk harganya..:)
ReplyDeleteTerliur lagi tengok mcflurry oreo tu banding durian sbb mmg x makan durian pon, haha~~
ReplyDeleteHabis klang dan shah alam ibu pusing cari durian
ReplyDeleteakhirnya jumpa kat mcdonald
hehe
Mcflurry oreo mmg suka dr dlu tp yg durian not bad juga cuma mahal je kn sbb d24 katanya hehe
ReplyDeleteAla, Pakcu tak sempat nak test, huhuhu, tak apa lah, nak wat sendiri jer lah kan, hihihi
ReplyDeleteSukaaa juga! hari tuh dah merasa. Kongsi jer ngan Uwais. Asal dapat rasa sudah. Sebabnya..maniss gak kan? lepas tuh cari ayor masak. Telan bergelen-gelen.
ReplyDeletensbla akak ni jenis org yg agak konservatif,...
ReplyDeleteheheheh mmg tingin nk rasa mcflurry durian tuh, tp klu kene beratur panjang2 pastu tak tentu dpt, baik akak beli je durian sebijik blh ,mkn puas2 hehehe...
tak dan nak rasaa,dah sold out dah skrg
ReplyDeletesemalam akk nak pi lah beli mcflurry durian ni..igtkan harga biasa2..sekali tgk poster tu dia RM7.99..terbantut terus hahaha
ReplyDeletemahal takpe asalkan sedap, rami yang sanggup beratur nak merasa benda ni tau ;)
ReplyDeleteSedapnya.. mama x sempat nak Rasa
ReplyDeletehuyoooo. td pon makan ice cream mcd tp x beli yang nih. tak teringin lagi. hahahaha next time mungkin xD
ReplyDeleteHari tu dpt jugalah merasa kebetulan lalu di MCd kat shopping complex.. ok juga :)
ReplyDeleteNasib dan merasa huhu.. kalo tak kempunan la
ReplyDeletewah..sedapnye.. rin nye usben suka sgt aiskim ni..nt nk trylah.
ReplyDeleterasa dia sama macam aiskrim potong perisa durian tu tak agaknya?
ReplyDeleteLaku keras mcflurry durian ni :)
ReplyDeletealhamdullillah sempat rasa mcflurry durian nih
ReplyDeleteUyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan