Lunch di Waroeng Penyet NU Sentral

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Dah lunch ke belum tu? Kisahnya weekend baru ni pagi pagi lagi dah menapak pergi Wisma Jakel dekat Jalan Tar semata mata nak beli kain untuk kenduri kahwin. Gigih sangat okay! Orang lain punya majlis, kita pun sibuk jugak nak buat baju baru. Hahaha! Alang alang ada sales hari tu, untung sangat lah membeli. Dekat dua jam jugaklah duduk dalam Jakel tu, sampai rambang mata sebab banyak sangat pilihan. Settle beli kain apa semua, terus lah lajak ke NU Sentral untuk lunch. Masing - masing skip breakfast pagi tu so wajiblah lunch makan nasi. Hahah! Actually Nani dah lama tak jalan jalan NU Sentral ni, blur sekejap nak cari tempat makan yang sedap. Sudahnya kita orang lunch dekat Waroeng Penyet ni. Dalam banyak banyak restoran ayam penyet, Nani paaaling suka Waroeng Penyet ni sebab ada macam macam jenis sambal & ayam dekat sini agak besar. Memang puas hati lah makan cerita dia. Cuma kalau time tu ramai orang, kena bertabah sikitlah nak tunggu seat kosong. Heheh. Selalunya Nani datang sini memang akan order ayam penyet tak pun ayam panggan dia orang. Fuhh dia punya sedap tu memang boleh buat kita teringat ingat lah. Hahah! 
 Table for two. Harga ayam dekat Waroeng Penyet ni ikut bahagian tau. Kalau ambil bahagian paha around RM 11.90 macam tu, kalau bahagian dada pulak dalam RM 10.90. Tapi puas hati lah makan sebab ayam besar okay! Nasi dengan air kena add on lain. Nak jimat makan time weekdays lah sebab dia orang ada pakej lunch untuk satu set nasi, ayam dengan air dalam RM 13.90. Tapi memang queue panjang lah lagi lagi hari Jumaat. Nani baru ni pergi time weekend, okay lah sikit sebab tak payah nak tunggu meja kosong apa semua. Sampai aje boleh terus order dan servis dekat sini sangat laju. I like! 
 Hari tu pernah baca dekat Instagram siapa entah cakap terung berlado dekat sini sedap so Nani pun order lah jugak baru ni. Sepinggan terung berlado ni RM 6.50, okay lah untuk makan dua orang. Serious sedap sangat terung berlado dekat sini sebab terung tu dia orang goreng garing, kena pulak dengan sambal yang pedas tu fuhh layan. Next time pergi memang wajib order terung berlado ni nampaknya. Betul lah orang cakap kalau pergi makan dekat mana mana restoran makanan Indonesia, wajib try dia orang punya terung berlado. Sedapppp! 
Total order untuk satu set dekat atas ni RM 25.90 (sambal boleh ambil sendiri nak banyak mana). Paling best sekali dekat Waroeng Penyet ni, kita boleh pilih nak sambal yang paling pedas ke, sederhana ke atau pun sambal kicap. Pada Nani semua sambal dekat sini sedap. Untuk korang yang ada dekat sekitar NU Sentral, wajib makan dekat Waroeng Penyet ni, memang confirm puas hati. Kalau ambil sambal yang paling pedas tu siap sedia lah nak lap peluh. Hahah! Waroeng Penyet NU Sentral ni dekat level 5 kalau tak silap Nani, sebaris dengan Dubuyo, Manhattan Fish Market semua. Jangan lupa try tau korang! Ada orang cakap Kangkung Belacan dekat sini pun sedap jugak, korang pernah try? 

29 comments:

  1. lapoooo je tgk entry kau ni naniiii. huhu. nanti mek pergi kl, mek kena whatsapp kau mane nk makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yass! Boleh aje mek, kalau kena time Nani free boleh lah kita jumpa. Hiks :)

      Delete
  2. Replies
    1. Sedaaap cik Nor. Nanti datang KL boleh try :)

      Delete
  3. sedapnye, kin memang peminat ayam penyet. selalu makan wong solo je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedaap! Nani tak suka sangat yang wong solo tu sebab ayam dia kecik. Hahaha! Lagi prefer makan dekat sini.

      Delete
  4. Pernah pergi NU Sentral sekali je tapi tak pernah nampak pula kedai ni. Mungkin terlepas pandang masa pergi dulu T^T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti balik Malaysia boleh try Farah. Kedai ni satu level dengan Dubuyo, Manhattan Fish Market semua tu.

      Delete
  5. geram lak nengok menu ko dik oi....
    akak ni jakel ngn nu sentral tu mmg jarang2 sgt sampai, nama je ddk kl tp jarang sgt sampai situ
    klu pi nu sentral tu mau blh sesat hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Nani ni suka berjalan kak Dana, kalau weekend tu kaki ni gatal aje nak ke sana sini. Hari tu pergi sebab Jakel buat sales, kalau tak jarang jugak ke Masjid Jamek tu.

      Delete
  6. Memang best kat sini kan Nani..akak dekat jer memang kalau x tau nak makan apa pergi je sini..suka ayam bakar dia tu...kangkung belacan dia best..portion pun besar..meh baca kat sini http://www.suriaamanda.com/2017/11/pekena-ayam-bakar-waroeng-penyet.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waaa thank you kak SA. Itu lah hari tu confuse nak order kangkung belacan ke terung berlado sebab dua dua nampak sedap. Tak apa, next time order kangkung belacan pulak lah.

      Delete
  7. Nak try lah nanti terung berlada dia. Tak pernah cuba lagi menu cmtu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serious sedap kak Ana. Terung tu dia goreng garing lagi, terus jatuh cinta lepas makan. Hahaha!

      Delete
  8. wah nampak sedap dan menyelerakan ..boleh try nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedaaap! Ini salah satu restoran fav jugaklah. Heheh. Try tau nanti!

      Delete
  9. sedapnya tngokk. busyra mmg suka makanan mcm ni.. ayam penyet..

    ReplyDelete
  10. Replies
    1. Turun KL nanti boleh lah makan sini abang Arz :)

      Delete
  11. Wah sedapnya lama x money ayam penyet

    ReplyDelete
  12. Ini ke Waroeng Penyet yang viral tu? Hahah. Ada bdengar-dengar juga review dari sini. Tapi Nad tak pernah sampai lagi. Kak Inani ni bab makanan laju je try kan heheh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah! Wajibb try mana yang orang cakap sedap. Banyak dah ayam penyet yang viral Nad. Hahah!

      Delete
  13. Singgah jalan² cuci mata follow sini 😉

    ReplyDelete
  14. saya kalau gi nu sentral selalu makan kedai2 yg hipster(bukan makanan melayu/indo) mungkin lepasni kita boleh cuba makan makanan kampung pula kot :p

    ReplyDelete
  15. Waa lapar la tgk ayam penyet

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page