Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Siapa dekat sini yang jenis suka pakai make up tapi malas nak cuci muka lepas tu? Nah hari ni Nani share satu lagi produk terbaru keluaran Althea iaitu Pore Purifying Serum Cleanser. Produk ini berfungsi untuk menanggalkan make up dan segala jenis kotoran yang ada dekat muka kita. Kalau dah seharian berada dekat luar memang muka kita akan mudah terdedah dengan macam macam jenis kotoran sebab itu lah pentingnya untuk kita mencuci muka. Actually ni first time Nani guna produk yang bertindak sebagai cleanser dan juga serum. Memang excited lah kan nak try produk yang 2 in 1 macam ni. Plus, Nani ni kadang kadang jenis malas nak bersihkan muka jugak, sebab itu lah kot muka tak flawless lagi sampai sekarang. Hahahah! Nak cantik memang kena rajin sikit. Tapi lepas ni dah tak ada masalah lah nak cuci segala jenis make up sebab dah ada Pore Purifying Serum Cleanser ni hah. Nani dah try gunakan serum cleanser ni untuk beberapa minggu dan hasilnya memang wow! Tak rugi lah untuk korang cuba juga produk terbaru Althea ni. Hiks :)
Apa yang Nani paling suka tentang serum cleanser ni sebab tak mengeringkan kulit kita langsung. Nani jenis combination skin tau (oily dekat bahagian T zone & dry dekat bahagian lain) so kalau Nani pakai produk yang tak berapa sesuai atau pun produk yang mengandungi alcohol memang boleh nampak kulit jadi makin kering sampai ada dry patches T_T Pedih muka bila ada dry patches ni dan ambil masa berhari hari jugaklah nak bagi kulit tu okay semula. Memang kalau bab cleanser semua ni, Nani jenis memilih sikit tak boleh ikut suka aje nak pakai yang mana satu. Nani pulak boleh dikatakan setiap masa duduk dalam aircond, memang kulit akan automatik jadi kering. So kena guna semua produk yang boleh memberikan kelembapan.
Selain itu, serum cleanser ini juga mempunyai pH level yang seimbang dan berfungsi untuk menanggalkan sel kulit mati serta mengecilkan ruang pori. Bila muka kita ada large pores memang kena buat double cleansing setiap hari, sekurang kurangnya pores tu akan mengecil dan tak terlalu jelas. Untuk pengetahuan korang, antara tiga bahan utama dalam produk ni ialah ekstrak daun pudina (mint leaf extract), minyak jojoba (jojoba seed oil) dan juga ekstrak daun teh (tea tree leaf extract). Jom cheeck it out apa fungsi setiap bahan ni dekat bawah!
💕Jojoba Seed Oil
Melembapkan lagi kulit muka dan mengelakkan kulit muka daripada kering.
💕Mint Leaf Extract
Mempunyai sifat antibakteria yang membersihkan kulit.
💕Mint Leaf Extract
Menyejukkan kulit muka.
Kalau korang boleh nampak tekstur serum cleanser ini sangat ringan dan transparent. Cara penggunaan Pore Purifying Serum Cleanser ni, korang cuma perlu tuangkan sedikit dekat bahagian muka kemudian sapu sehingga rata dan bilas dengan air. Memang terasa bersih sangat sangat muka lepas tu. Nani lagi suka tuang macam ni terus, ada sesetengah orang suka tuang atas kapas, so ikut kesesuaian masing - masing okay. Paling penting, cuci dulu make up sebelum nak tidur ke apa kalau tak memang kulit muka akan cepat aje naik jerawat. Itu lah benda yang paling kita tak nak kan. Hahah!
Nampak tak hasilnya tu? Habis hilang segala jenis make up yang ada tadi. Memang best dan berkesan lah produk ni sebab tu Nani cakap tak rugi kalau kita beli. Heheh. Oh ye Pore Purifying Serum Cleanser ini sangat sesuai digunakan untuk semua jenis kulit so tak ada masalah lah untuk korang pun cuba jugak. Baru pertama kali guna serum cleanser ni memang terus suka, confirm akan repurchase nanti.
Cuma satu aje lah yang jadi masalah, produk ni tak sesuai untuk dibawa travel sebab mudah tumpah. Kalau nak bawa tu memang kena berhati hati sikit. Heheh. Untuk korang yang masih tercari cari produk yang sesuai dengan kulit muka boleh lah try guna Pore Purifying Serum Cleanser ni okay! Memang berbaloi baloi sangat beli. Harga untuk sebotol serum cleanser ni hanyalah RM 33 dengan isi padu sebanyak 150 ml. Paling penting boleh melembapkan kulit muka kita. Untuk korang yang berminat dengan Pore Purifying Serum Cleanser ni, boleh dapatkan di website Althea Korea okay! Nak lagi mudah klik aje link dekat bawah ni. Jangan lupa untuk cuba!
Website:
Facebook:
Instagram:
ramai cakap best. mek 80% masukkan menda ni dalam list untuk box althea. haahahahha.
ReplyDeleteYass wajib try serum cleanser ni mek. Memang bersih aje muka lepas guna :)
Deletewow, berkenan la kita tengok
ReplyDeleteHahah! Try lah nanti Hannan, best & berbaloi sangat beli.
Deletemudah nak bersihkan muka dan cepat. paling best dia tak keringkan kulit muka
ReplyDeleteYass, Nani dah lah jenis kulit muka kering. Memang tak boleh guna produk yang ada alcohol ke apa.
DeleteWah bersihnya cleanser ni
ReplyDeleteYeppp, muka pun bersih aje lepas cuci. Memang best!
Delete