Menu Ramadhan

Assalamualaikum & Hello.
Berbaki seminggu aje lagi kita akan berpuasa. Kali ni Nani rasa macam sekejapnya masa berlalu, sedar sedar tinggal beberapa hari aje lagi nak sambut Hari Raya. Yang bestnya Ramadhan kali ni sebab dapat berbuka puasa dengan family hampir setiap hari. Kebetulan dapat cuti awal, memang seronok sungguh lah. Serius korang, Nani dah lama sangat tak dapat berbuka macam ni sejak tiga empat tahun lepas. Selalunya dapat balik pun bila nak dekat dengan Raya dah. Kali ni bila dapat berbuka dan bershaur dengan family, memang feel dia lain macam betul. Cuma itu lah, bila dah penghujung Ramadhan ni, dah mula dah fasa tak tahu nak masak menu apa untuk berbuka apatah lagi bersahur. Hahah! Siapa alami benda ni jugak? Nani tiap kali fikir nak berbuka apa, mesti macam tepu sekejap otak. Awal awal dulu banyak jugak teringin itu ini, sekarang sampai dah tak tahu menu apa yang boleh dimasak lagi. 
Motip sangat tayang gambar makanan tengah puasa macam ni πŸ˜† Boleh lah kita throwback sikit sikit, mana tahu boleh bagi ilham untuk masak menu berbuka petang nanti. Gituu! Ada yang kecur air liur ke tengok udang dekat atas tu? Hehhe. Abah Nani lah beli sekilo RM25 kot ke RM15 entah, lepas tu terus lah buat masak lemak campur peria. Macam biasa, haruslah peria tu tak berapa nak laku sangat. 
 Minggu lepas ada sekali tu kiterang membeli aje dekat bazar Ramadhan sebab dah tak tahu sangat nak masak apa. So, dapatlah ayam percik (ambil bahagian kepak aje). Selalunya kalau beli lauk dekat bazaar ni mesti cari orang yang dah biasa beli aje. Bukan apa, takut terkena yang tak sedap membazir pulak tak habis kan. 
 Ini pun lauk beli jugak. Heheh. Rumah Nani jarang sangat masak pajeri nenas sebab tak semua pun makan. Kalau pajeri terung (opor terung) peh berebut rebut semua. Walaupun kadang kadang berbuka lima orang tapi kecoh dekat meja makan tu mashaAllah πŸ˜† Taksabar tunggu Sabtu ni sebab berbuka dekat kampung dengan satu keluarga besar. Yayy! 
Hari tu balik kampung nenek Nani buatkan kuih tako (tak sure ejaan dia macam mana). Hahah! Mula mula Nani ingatkan tepung pelita tau, tapi sebenarnya bukan. Kuih ni macam adik beradik tepung pelita lah. Ha gitu. Rasa dia lebih kurang sama aje, manis dan rasa berlemak gitu. Korang ada yang pernah makan ke kuih tradisional ni? 
 Sambal paru berlada. Fuhh yang ni paling sedap. Makan dengan nasi panas panas memang layan. Hahah! Nani kalau masak sambal ni, paru tu goreng dulu sampai garing lepas tu baru masukkan dalam sambal. Baru lah rangup aje paru tu nanti. 
Kuey teow goreng ni bukan masak untuk berbuka tapi untuk moreh. Heheh. Rumah Nani ni kalau berbuka mesti semua nak makan nasi. Jarang sangat buat mee goreng ke kuey teow goreng ke. Ini lah antar menu menu sepanjang berpuasa kali ni. Ada banyak lagi tapi tak ambil gambar pun. Hahah! Ada masa malas sangat, buka phone pun malas. Ini berbaki lagi beberapa hari Ramadhan, kena lah bagi otak kerja keras sikit menu untuk berbuka puasa dan sahur. Selalu sahur tak ada masalah sangat, simple simple pun makan jugak. Berbuka ni yang payah sikit kan. Heheh. Korang  pulak selalu berbuka puasa masak sendiri ke atau beli dekat luar?



12 comments:

  1. Gemok nmpk udang atas tu.. Kuih tako pernh mkn.. Skali tgk mmg mcm tepung pelita tp slalunya Kuih tako 4 segi sama and bezanya dlm tu ada sengkuang tp tepung pelita always fav

    ReplyDelete
  2. puuyooooo sedap2 semua...
    akak bg 5 bintang utk semua menu tuh...

    akak minggu ni dh ckp kt laki akka.. takmo msk time buka... beli je...
    time sahur br nk msk itu pun yg simple2

    skrg ni jiwa dh kt kampung dh, bdn je ada kt kl itu yg otak tak berapa fokus

    ReplyDelete
  3. Iya lah nani..
    Cepat ramadhan nak pergi meninggalkan kita.
    Kena pulun ni utk minggu terakhir.

    Udang masak lemak cili api dgn peria kegemaran akak..
    Peria tu bagi kat akak..
    Akak suka πŸ˜ŠπŸ˜†

    ReplyDelete
  4. wah sedap2 menu awak....kak lina singgah sini
    http://mama3danish.blogspot.my/

    ReplyDelete
  5. Masak lemak udang campur peria tu ayooooo kecur ailio sis tau...pandai ye buat olahan...selalu baca ayah nani ni rajin betul beli brg2 memasak je...untung betul !

    ReplyDelete
  6. paaru tu sedapnya..share resepi pliss

    ReplyDelete
  7. posa kali ni tak sempat pulak snap gambar hahahah.. sebab masak anak duk runtun kaki jadi penat. heheheh

    ReplyDelete
  8. motip sangat kannnn tayang gambar laukkkk.. dah la tak sahur niii..marah ni marah nie..kekeke..

    ReplyDelete
  9. Tedia semua gambar makanan, gedabak-gedabak pulak tu size nye kat fon ni hahaha..sib baek AS dah raya harini fuu~

    ReplyDelete
  10. Sambal paru berlada 😍
    Ooo bukan kuih pelita eh? Siqah ingatkan kuih pelita tadi. Nampak sama. Hee.
    Siqah dapat sekali je makan ayam percik. Itu pun jenuhlah cari kat bazar. Sekarang jumpa kambing bakar je. Banyak lak tu.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page