Drama Andainya Takdir

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Alhamdulillah hari ni dah genap 19 hari kita berpuasa. Sedar tak sedar, dah hampir ke 10 malam terakhir kita ni. Sekejap je kan korang masa berlalu. Awal puasa hari tu bertenaga lah jugak Nani, dah nak dekat hujung ni mashaAllah dia punya letih tu. Kadang lepas maghrib rasa nak tidur terus pun ada. Hahah! Tapi nan hadonya eh nak buat macam tu. Dua tiga hari ni cuaca panas kemain (dugaan bulan Ramadhan). Siap mandi pun boleh berpeluh lagi. Duduk dalam rumah pun berbahang aje rasa tambah pulak rumah Nani ni bila petang menghadap cahaya matahari. Ibu dengan abah Nani pun berbuka, air bergelas gelas minum. Heheh. Sebab cuaca panas terik, tekak pun dahaga sangat. Cikgu pulak kan. dekat sekolah memang sah lah banyak bercakap sebab nak mengajar. 
Macam dah terlari sangat pulak dengan tajuk dekat atas tu 😆 Sepanjang bulan Ramadhan ni, rajin pulak Nani layan drama Andainya Takdir. Selalu kalau dulu dulu habis aje terawih, memang balik terus tidur. Hahah! Kali ni siap terawih, terus duduk depan tv nak tunggu drama Andainya Takdir. Shukri Yahya kot berlakon, gila tak tengok. Fav actor lah katakan. Kalau sebelum ni watak dia selalunya sweet tahap potong kaki & baik baik aje kan, macam dalam drama 7 Hari Mencintaiku tu dulu. Masa drama tu dulu aku pulak yang stress tengok dia kemain sabar isteri buat jahat dekat dia. Kali ni lain daripada yang lain sangat watak yang Shukri Yahya ni bawa. Tiap kali tengok Andainya Takdir, tak pernah komen yang murni murni aku bagi. Mesti sumpah seranah dengan watak dia. Hahah! 
Drama Andainya Takdir
Dah macam mana tak bengang bila watak dia asyik asyik cemburu dengan isteri dia yang berbual dengan lelaki lain. Masalahnya bukanlah berbual kosong pun tapi sebab tuntutan kerja. Lepas tu boleh pulak engko pukul dia macam tak ada perasaan. Heiii, walaupun dalam drama aje tapi aku ni sejenis yang menghayati tau. Hahah! Lagi lagi pulak bila watak dia tu berkesan sungguh. Rasa nak hempuk hempuk aje dia. Belum lagi watak mak dengan adik dia. Peh boleh urut dada tengok. Sekarang ni jadi tak sabar pulak nak tahu ending drama ni macam mana. Dah layan kan, kena lah tengok sampai habis. 
Tapi tu lah, agak agaknya dalam realiti kehidupan ni ada ke lelaki macam si Airil ni? Asyik dengar cakap emak dia lepas tu sejenis yang cepat naik tangan dekat isteri. Huwaa, minta simpang lah dapat suami macam ni nanti. Scary pulak membayangkan kalau dapat suami yang baran. Awak, awak tak baran kan? Eh eh eh 😆 Korang layan tak drama ni? Kalau tak tengok lagi, boleh lah start layan. Hahah! Walaupun sakit hati, tapi best lah jugak sebab lakonan dia padu dan menjadi. 

11 comments:

  1. Tula sakit ati tgk.. Gile baran gara2 cemburu buta tp mak and adik die pn sama kaki hasut.. Tp realiti ada juga sbb pernh bc.. Ada juga pengalaman dr kawan2 huhu tp isteri ni bertahan sebenarnya sbb pk kn anak tp kalo dh truk kena cekik mcm tihah tu better minta cerai je la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann kak, Nani ni tiap hari tengok sakit betul hati rasa. Dah kenapa nak buat isteri dia macam tu, jeles tak bertempat sungguh. Yeke kak? Ya Allah kesiannya kalau dapat suami baran gitu. Betul, daripada terseksa baik minta cerai aje.

      Delete
  2. Nasib baik tak tgok..kalau tak sure terjebak

    ReplyDelete
  3. cpt btl dh nk raya ye nani....
    skrg ni mmg panas kan, dulu2 klu tgri kadang rajin jgk la kuar2 pi beli brg dpr ke apa, skrg ni nan hado, mmg duk opis je... ptg balik trs balik umah tak kuar2...

    akak ni dh jarang lyn cite2 melayu kt tv3 or astro.... skrg banyak lyn cite mkn2 korea, cite csi, ncis gitu.... jns mls lyn cite mentik2 gitu akak nih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah, sekejap sungguh masa berlalu. Betul sangat kak Dana, malam pun Nani malas nak keluar. Panas berbahang lagi pulak rumah Nani ni menghadap cahaya matahari bila petang. Berpeluh peluh haa!

      Wahh layan Korea jugak kak Dana ni. Heheh.

      Delete
  4. layan 1 episod secara tak sengaja. cerita ni slow sangat. terus tak tengok dah. huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Memang banyak episod drama ni & selalu scene suami pukul isteri dia.

      Delete
  5. k.el try tgk drama ni..tp xleh masuk dlm hati hahaha

    ReplyDelete
  6. Kat timeline fb pun ramai kengkawan yg komen2.. ramai terkesan dgn cite nie kan :)

    ReplyDelete
  7. ramai betul layan drama ni kan. tulaaa xminat drama pukul2 ni. nak tgk drama skng pon xsmpat. wuwuwu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page