Traveloka | Make 11.11 Fly!

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Sekejap aje kan masa berlalu, dah semakin hampir ke penghujung tahun pun. Bila hujung tahun ni memang anak anak lah yang paling suka sebab dapat bercuti panjang. Ibu bapa pun selalu jugak jadikan cuti sekolah ni untuk merancang percutian bersama keluarga yang tersayang. Masa ni lah nak bonding dengan family sendiri kan. Kerja yang bertimbun tu tinggal kan lah kejap kan. Korang dah ada plan ke nak bawa anak anak bercuti dekat mana cuti sekolah nanti? Nani ni becadang jugak nak jalan jalan ke Terengganu dengan kawan kawan tapi macam tak berapa nak sesuai pulak sebab hujung tahun selalunya pantai timur mengalami musim tengkujuh. Hajatnya nak travel dalam negara ni aje dulu, korang ada cadangan negeri mana yang best & banyak tempat menarik?  Heheh. Lagi bagus kalau korang boleh share link tu dekat bawah. Boleh lah Nani buat survey tepat mana yang boleh pergi ikut bajet sendiri Dalam kepala ni memang ada banyak tempat yang nak pergi, tapi nak jugaklah baca pengalaman korang kan.
Bila nak travel ni, Nani lagi suka guna pengangkutan awam. Iye lah, bila drive sendiri memang agak memenatkan. Kita pulak nak pergi bercuti, tenangkan fikiran jadi malas nak susahkan diri sendiri untu drive. Kalau perjalanan tu jauh berganda ganda penat dia okay.  Paling selesa bila naik flight lah dan sekejap aje dah sampai ke destinasi yang dituju. Jadi nya banyak lah sikit masa nak jalan jalan dekat negeri tu. Heheh. Selalunya Nani akan booking tiket melalui Traveloka. Memang mudah sangat bila buat pesanan menggunakan Traveloka ni. Lagi lagi bila time ada promotion tu. Siapa yang tak suka kan? Boleh jimat berganda ganda okayy!
Untuk pengetahuan korang, melalui website Traveloka bukan aje boleh booking hotel tau tapi tiket flight jugak. Nani ni jenis yang suka settle kan semua benda sekali gus, so bila guna Traveloka ni memang cepat aje siap. Sebab nya Nani boleh booking tiket flight + hotel dalam masa yang sama dan buat bayaran secara online. Dekat Traveloka ni kita boleh tengok perbandingan harga untuk tiket flight, hotel jadinya senang nak pilih mana yang sesuai dengan bajet kita.  Bajet paling penting okay bila nak bercuti ni. Kalau bajet sikit pun boleh jugak pergi bercuti dengan style backpacker. Alah semuanya dah mudah sekarang. Tiket flight pun banyak jugak yang boleh kita dapakan dengan harga yang berpatutan dan berbaloi baloi. Cuma kena lah pandai cari dan sentiasa tengok di Traveloka.
Daaan Nani ada berita paling best nak share dengan korang ni. Seperti yang semua orang tahu setiap kali 11.11 memang akan ada sales besar besaran dan Traveloka jugak tak terlepas untuk mengadakan sales ni.  Sempena 11.11 nanti, Traveloka akan melancarkan promosi untuk penerbangan ke mana mana destinasi. Jadi nya kalau korang ada plan nak bawa anak anak bercuti dengan menaiki flight, sila lah terjah website Traveloka pada 11.11. 2017. Tanda dekat kalendar tu siap siap. Hahah! Memang harga tiket flight akan jadi jauh lebih murah daripada biasa. Harga tiket tu pulak bukan untuk satu hala tau tapi pergi dan balik.  Nani dah bagitau ni, jangan korang terlupa pulak nak terjah website Traveloka. Heheh. Nak lagi mudah, ingat siap siap link  promo ni https://www.traveloka.com/en-my/promotion/1111.
Siapa aje kan yang tak suka bila ada promosi macam ni? Tambah pulak promosi tiket flight, bukan senang tau nak dapatkan dengan harga yang murah murah. Bila peluang dah terbentang luas ni, wajib lah grab kan.  Heheh. Sempena 11.11 nanti, korang akan dapat harga yang jauh lebih murah dengan membeli sekurang kurangnya dua tiket flight. Ajaklah sekali kawan kawan & ahli keluarga korang untuk book tiket okay! Travel ni bila pergi ramai ramai baru syok & best!
Nampak tak tu terdapat lebih daripada 10 jenis penerbangan yang ada di Traveloka. Lagi lah menyenangkan kerja kita kan sebab boleh bandingkan harga terus dekat situ. Tak payah susahkan diri sendiri nak check harga dekat website dia orang satu satu.  Jimat masa kita jugak okay! Tak sabaaar nak tunggu 11.11 ni, mana mana tiket flight yang murah tu Nani nak grab. Dah ajak kawan kawan jugak ni. Alang alang dah plan nak pergi bercuti kan. Memang tepat betul dengan masa Traveloka nak buat promosi. 
Haa boleh lah pilih nak terbang ke mana hujung tahun ni. Heheh. Promosi kaw kaw macam ni bukan selalu tau ada, jadinya ini lah masa nak bawa yang tersayang lergi bercuti dengan tiket penerbangan yang lebih murah daripada biasa. Kalau korang still ragu ragu & tak tahu nak bercuti ke mana, dekat Traveloka ni boleh jugak baca senarai tempat menarik yang ada dekat Malaysia & luar negara.  Semua dia orang dah sediakan, kita tinggal pilih aje nak bercuti ke mana. Memang segalanya mudah dengan Traveloka ni tau.
Cara pembayaran pun mudah, semuanya boleh dilakukan secara online aje. Sejak Nani tahu wujudnya website Traveloka ni, memang selalu refer web dia orang first sekali. Kalau kawan kawan nak travel pun, Traveloka jugak yang Nani recommend kan. Korang yang pernah membuat pesanan melalui Traveloka mesti tahu kan betapa mudahnya nak book tiket flight dan hotel melalui dia orang. Puas hati sangat sangat lah senang cakap. Heheh.
Sejujurnya Nani sendiri, dah berkali kali membuat pesanan melalui website Traveloka. Korang yang selalu follow cerita Nani travel, mesti selalu nampak Nani kongsikan pasal Traveloka. Memang jimat sangat sangat lah, serius tak tipu. Memang selalunya Nani book hotel aje, itu pun dah boleh jimat banyak. Inikan pulak bila nak book hotel dan jugak tiket flight melalui Traveloka. Memang seronok lah sebab boleh cut sikit duit tambang dan penginapan. Boleh lah shopping lebih sikit kan bila dah cut tu. Hahah!  Sepanjang pengalaman Nani book melalui Traveloka memang tak pernah ada sebarang masalah pun. Semuanya smooth aje,  sampai lah dah siap buat pembayaran. Memang memudahkan sangat kita sebagai pengguna.
Jadi jangan lepaskan peluang untuk terjah website Traveloka bermula pada 10.11 sehingga 12.11 nanti. Make sure tepat pukul 12 tengah malam tu korang dah bertapa depan laptop. Hahah! Tiga hari tau sales ni akan berlangsung, jadi jangan lepaskan peluang. Lambat nanti, kalau tiket semua dah sold out jangan menangis pulak.  Jangan lupas pesan dekat kawan kawan dan family korang jugak pasal ni. Dengan Travelola, semua orang boleh merasai pengalaman bercuti dengan menaiki flight. Jom lah kita booking tiket flight sama sama okay. Mana tahu kita menuju ke destinasi yang sama ke nanti. Eh? Hahah! Korang pun boleh jugak subscribe email Traveloka, nanti dia orang akan sentiasa update bila ada promosi. Jangan lupa tau 11.11 ni terjah website Traveloka, klik aje https://www.traveloka.com/en-my/. Lupakan website yang lain tu, hanya di Traveloka korang boleh dapat harga jauh lebih murah macam ni.

14 comments:

  1. Tak pernah booked flight guna traveloka. Teringinnn hehhehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa nanti 11.11 terjah website Traveloka tau!

      Delete
  2. Replies
    1. Kann. Bila lagi nak dapat harga yang murah macam ni. Tak sabaar!

      Delete
  3. tu dia..traveloka saje je suruh bercuti ni..hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom kak Nad. Heheh. Tak sabaar tunggu 11.11 nanti

      Delete
  4. Jommmm kita travel ke destinasi idaman dengan Traveloka.. Murah & mudah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn. Nani pun dah banyak kali guna Traveloka. Memang cepat aje settle :)

      Delete
  5. Menarik ni. Tak pernah lagi booked dengan traveloka.

    ReplyDelete
  6. Senang guna traveloka ni nani. Semua boleh selesai dari bab transporation sampai lah ke accommodation. Harga pun murah. Ni ada promo sempena 11.11 ni Boleh lah plan next vacay pula ye. Hehe

    ReplyDelete
  7. Sejak kenal traveloka, mmg suka booking thru ni tp flight blum pernh.. Cuma husband akak dh pernh booking utk MIL blk kelantan pastu dpt rebate rm80

    ReplyDelete
  8. traveloka ni mmg the best org ckp. makin femes..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page