Produk Ready To Eat Keluaran Ayamas

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Baru baru ni Nani berpeluang mengahadiri Ayamas Kitchen Ready To Eat Bloggers' Party di Glenmarie. Teruja okay nak attend event ni sebab tak sabar nak tahu produk terbaru keluaran Ayamas yang kini semakin mendapat tempat di pasaran. Nani ni pulak memang sejenis yang menggunakan produk Ayamas. Selalunya produk Ayamas yang Nani beli kebanyakkannya makanan frozen lah seperti nugget, sosej, bebola dan macam macam lagi lah. Kalau nak list semua sekali memang banyak. Baru - baru ni Nani diperkenalkan dengan satu lagi produk iaitu, produk Ready To Eat yang sememangnya akan memudahkan kita semua lagi lagi yang bujang tu. Sejujurnya macam Nani sendiri, bila dah penat sangat memang tak sempat dah nak masak. Confirm tapau aje dekat kafe. Tapi lepas ni dah tak payah risau nampaknya, sebab boleh beli produk terbaru keluaran Ayamas ni. Nak tahu apa produk tu? Jom baca dekat bawah ni. 

Produk Ready To Eat. 
Terdapat tiga jenis produk Ready To Eat yang telah dikeluarkan oleh Ayamas Kitchen. Serius memang senang sangat bila ada produk macam ni. Jimat masa kita nak memasak dekat dapur dan cara penyediaannya pun tersangat lah mudah. Dalam masa lima minit kita dah boleh makan. Untuk wanita berkerja pun memang sesuai sangat kalau nak beli produk keluaran Ayamas ni. Agak agak balik kerja dah lewat sampai rumah, boleh lah panaskan aje nasi ni. 
Ini lah antara produk Ready To Eat keluaran Ayamas. Terdapat tiga jenis pilihan dan korang boleh dapatkan di mana mana kedai Ayamas seluruh Malaysia. Harga pun sangat berbaloi dan paaling penting sedap. Memang sama macam yang kita masak sendiri. 
1) Briyani Bukhara Ayam (RM 8.50)
2) Nasi Pilaf Ayam Mentega (RM 8.50)
3) Nasi Kandar Ayam Masala (RM 7.90)
Nasi Pilaf tu macam nasi hujan panas sikit rasa dia. Sedap tau, tapi kalau korang tanya Nani yang mana paling sedap, Nani pilih nasi kandar. Memang sebijik macam makan dekat mamak. Hahah! Lepas ni senang lah kalau tiba tiba lapar tengah malam, boleh panaskan aje mana mana produk Ayamas ni. Mudah kerja Nani. Satu bekas ni memang boleh kenyang tau makan sorang. Nani hari tu siap share lagi dengan kawan. Kenyang jugak okay! Memang banyak sangat. Berbaloi kalau korang beli dan jadikan stok makanan dekat rumah. 
Nasi Briyani Bukhara Ayam tu pun sedap. Acar buah Nasi Bukhara ni paling Nani suka. Rasa macam makan acar buah dekat kenduri tu hah. Senang cerita, ketiga tiga produk ni menepati citarasa Nani lah. Setiap produk ni didatangkan dengan nasi, lauk ayam dan jugak sayur. Memang lengkap lah satu hidangan untuk kita makan. Mudah kan? Tak payah lagi pening pening nak masak lauk apa, lepas tu sayur lagi. Semuanya lebih mudah dengan produk Ready To Eat Keluaran Ayamas ni. 
Cara penyediaan nasi ni pulak tersangatlah mudah. Korang cuma perlu tebuk dalam tiga lubang di bahagian atas bekas kemudian masukkan dalam microwave selama lima minit. Lepas tu dah boleh menikmati hidangan lazat keluaran Ayamas ni hah. Tak ada microwave? Jangan risau, boleh jugak korang masukkan ke dalam air panas. Ini cara yang Nani buat hari tu. Hahah! Menjadi jugak okay! Tapi lama sikit lah dalam 10 minit macam tu. Maklumlah dapur bujang kan, mana nak ada microwave bagai. Tak jadi masalah pun, boleh guna air panas. Korang pun lepas ni boleh lah dapatkan produk Ready To Eat keluaran Ayamas. Untuk maklumat yang lebih lanjut boleh layari Website, Instagram dan Facebook Ayamas di bawah. 
Facebook : Ayamas Roasters
Instagram : kedai_ayamas

23 comments:

  1. Miza dah buat stock dalam peti. Talian hayat kot kalau lapar tengah-tenang malam hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Memang mudah sangat bila ada produk Ayamas ni. Masukkan dalam microwave settle :)

      Delete
  2. Kalo bw travel.. Senang juga ni kn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul 😍 Jimat pun iye jugak macam ni.

      Delete
  3. wah bestnyaa. mudah la nak bawak kemana. produk ayamas mmg the best

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Memang senang bila ada produk dengan packaging macam ni.

      Delete
  4. nak simpan dalam fridge biasa ke freezer? :D

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Freezer Hanis. Heheh. Bila nak makan baru keluarkan :)

      Delete
  5. wow, menarik sangat ni Nani...biasanya makan nugget Ayamas je. Kene cuba lah nanti produk terbaru Ayamas ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah. Nani pun selama beli frozen food dia orang aje. Baru tahu ada produk ready to eat keluaran Ayamas.

      Delete
  6. Semua sedap. Fav kak ana nasi kandar ayam masala. Rasa lebih kurang sama mcm nasi kandar dekat penang tu. πŸ˜—πŸ˜—

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samaa kak Ana. Nani pun suka yang nasi kandar, sebijik macam makan dekat mamak. Heheh :)

      Delete
  7. Mmg bagus especially bila tiba2 tengah malam ada bola dan teringin nak makan briyani hehee.. mudah klu ada stok, kejap je panaskan dah boleh makan :) :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Memang mudah dan paling penting sedaaap :)

      Delete
  8. ya allah, mudahnya sekarang. semua on the go kan.. nampak menyelerakan pulak tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah, kalau tak sempat nak masak tu boleh grab aje produk ni. Sedaap!

      Delete
  9. Replies
    1. Memang mudah, tinggal masukkan dalam microwave aje :)

      Delete
  10. Replies
    1. Wajibbb try mama. Mudah, cepat dan sedap :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page