Lepak di Vine Cafe

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Rindunya nak menulis blog macam biasa. Kisahnya dah lama Nani tak ada entry baru sebab laptop problem sikit. Seksa jiwa raga, satu kerja pun tak jalan. Ini pun buat entry guna phone yang tak berapa nak besar ni, lagi lah seksa. Hahah! Ampun eh kalau nampak typo dekat mana mana. Kahkah. Hari tu bukan setakat laptop aje problem, phone pun sama. Nangis. Duit yang kumpul selama ni habis dekat situ je semua. Tapi alhamdulillah ada rezeki lain masuk. Syukur, nak menangis rasa even tak banyak tapi ada lah kan. Heheh. Ini pun tengah tunggu lagi laptop tu siap. Haih macam serius aje rasa. Dah lah noob bila bab bab macam ni, memang nak tak nak kena jugaklah hantar baiki dekat orang. 
Okay lah lupa kan kejap hal laptop tu. Nak share lagi ni dengan korang pasal Vine Cafe. Hahah! Punya lah sedap, sampai berkali kali repeat makan dekat situ kan. Kisahnya nak habiskan voucher, maka nya ku angkut sekali kawan kawan pergi. So habiskan aje semua sekali gus. Nak pergi Damansara Utama tu selalu memang tak lah kan, jauh jugaklah. Kalau dalam MRT tu, rasa nak tetidur nak sampai ke TTDI. Hahah! Jom lah cuci mata tengok menu apa pulak yang Nani order kali ni. Rambang mata tengok menu macam macam ada. Hiks ;)       
Table for three. Fuhh, ini pun jenuh nak habiskan. Hahah! Lama betul Nani lepak situ hari tu, sebab banyak sangat kita orang order. Makan share sikit sorang pun tak habis jugak. Siap tapau bawak balik okay! 
Chicken Roulade. 
Ini menu wajib order tau bila pergi Vine Cafe. Sedaaap gila. Hahah! Nampak macam alaah sikitnya tapi percaya lah korang akan kenyang sangat. Banyak weh tambah pulak dalam ayam tu ada isi lain lagi.   
Roasted Spring Chicken. 
Nani order yang ni hari tu. Jenuh nak habis kan sebab banyak. Hahah! Mashed potato pun sedap. Alah semua lah sedap. Salad tu je yang tak berusik langsung. Eheheh.  
Beef Bolognaise Spaghetti
Sedaaap! Ada banyak lagi tau pilihan spaghetti dekat sini. Yang luar biasa pun ada. Korang kalau berkesempatan ke Vine Cafe ni boleh lah try.
Nachos. Ingatkan tak berapa kenyang, tu yang add on nachos. Sekali padat perut. Kahkah! Nachos ni Nani siap tapau sebab banyak wak. Tak terhabis kita orang bertiga makan. Nani suka nachos dekat sini sebab rangup even dah sejuk. Air pulak hari tu kita orang pilih Mocha, Vanilla Milkshake & Oreo Milkshake. Nani sukaaa sangat Oreo Milkshake dekat sini sebab rasa macam makan McFlurry. Overall memang puas hati degan servis & makanan dekat Vine Cafe ni. Korang pun terjah lah jugak tau! Heheh. Nak buat event pun boleeeh.       

15 comments:

  1. nampak sedap chicken Roulade tu (^_^).

    ReplyDelete
  2. Vanilla milkshake tu nampak sedap betul dari atas :D

    Nachos asalnya dari tortilla chips kan? :D selalu beli chips ni dulu. hehe cuma nachos macam tak de memori pernah makan ke tak

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
  3. seriusly lama x mkn western kat luar..yg ada cafe2 ni..hihi

    ReplyDelete
  4. Chicken roulade tu nampak menarik sgt. Nanchos pun sama. Nak try juga lah makan dekat sini nanti.

    ReplyDelete
  5. tgk nachos ngn spageti tu ya ampun... gila banyak

    tingin nya nk ke sana tp kene cari masa betul2 nih... almaklum tak penah pg lg kn

    ReplyDelete
  6. Akak dah settle dah semua voucher..2 kali berturut pergi...sekali bawak anak ngan tunang, kali ke dua berdua ngan tunang...

    ReplyDelete
  7. ya rabbi Nachos tu faveret !!! sedapppnya Nani oooi..

    ReplyDelete
  8. Melimpah ruah isi spaggeti bolognese tu. Yummeh...

    ReplyDelete
  9. Nmpk sedap menu2 tu.. Yummy.. Laptop problem, mmg stress la.. Ptt lama xde entry

    ReplyDelete
  10. Ya Allah, semua pun nampak sedap sangat! :D

    ReplyDelete
  11. Memang meriah sungguh makanan, heaven gitu!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page