Jalan Jalan KLCC

Assalamualaikum & Hello.
Sabtu minggu lepas kawan Nani ni memang buat movie marathon betul sampai dua movie terus nak tengok. Hahah. Tapi Nani tengok mission impossible aje sebab petang tu ada hal lain, tak dapat lah nak tengok paper town walaupun sebenarnya nak sangat tengok T_T
Tiket wayang entah dekat mana Nani letak hari tu, ni gambar dari Google. Hewhew. Tapi superb gila best mission impossible ni. Nani rasa dari mula mula tengok sampai lah yang kali ni punya memang puas hati & berbaloi lah rasa. Rugi kalau tak tengok uolss :P
Sebelum balik masuk KFC beli makanan untuk dinner siap siap. Malas dah nak fikir masa tu, fast food jugak jadi pilihan. Hahaha ! 

Chatime !

Assalamualaikum & Hello.
Nikmat rasanya dapat minum Chatime ! 

Boat Noodle

Assalamualaikum & Hello.
Weekend baru ni memang berjalan habis, langsung tak melekat dekat bilik. Jumaat petang keluar pergi Boat Noodle sebab kawan nak belanja. Laju aje setuju nak keluar makan bila dengar dia nak belanja. Hahaha. Cuba kalau kena bayar sendiri mesti 50 - 50 je nak pergi tu kan Nani. 
Memula ingat nak masuk Nando's tapi sebab Nando's macam mahal sikit terus tukar makan dekat sini. Masa sampai tu memang full house sangat sampai kena tunggu dekat luar kedai T_T
Fresh Thai Coconut ( RM 6. 90 )
Sebab dah lama teringin nak minum air kelapa tu pasal order jugal walaupun sebenarnya dekat Boat Noodle ni femes dengan green tea. Nyaman tekak dapat minum air kelapa. 
Satu mangkuk kecil ni RM 1. 90 + boleh pilih nak kuah apa sama ada Ayutthaya atau Pathumthani.
Total hari tu Nani order sembilan mangkuk. Pheww :P
Kra Pow Chicken Rice ( RM 11.90 )
Kali ni makan Nani rasa Kra Pow Chicken Rice ni so so aje rasa dia. Tak sedap sangat macam dulu. Ayam dia tu pun manis masa Nani makan.
Yum Woon Sen ( RM 13. 00 )
Ni agak pedas lah bagi sesiapa yang tak berapa sangat dengan makanan pedas. Kawan Nani yang dari Sabah tu makan sampai dua tiga kali minum air nak hilang kan pedas. Tapi Nani yang memang kuat pedas ni, tekak memang boleh terima lagi lah.
Thai Popeye's Tempura ( RM 6. 90 )
Memang sedap sangat yang ni sebab rangup. Memang highly reccomend untuk korang yang nak makan dekat Boat Noodle.
Sangkaya Steamed Bread ( RM 6. 90 )
Pencuci mulut lepas dah siap makan. Hahaha. Nani suka kaya dia tu sebab tak manis sangat. Makan pulak dengan roti memang pehh. Sedap !
Korang kalau tak tahu nak makan dekat makan boleh lah try makan dekat Boat Noodle ni. Banyak cawangan yang diorang ada, terjah lah mana yang paling dekat okay ! 












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page