Cabaran20Hari l Pengalaman Manis di Bulan Puasa

Assalamualaikum & Hello.

Tengah malam baru dapat nak buat entri untuk hari ni. Since aku sambung belajar ni, memang terhad sangat sangat masa untuk blog. Kalau dulu, sempat lah jugak dalam sehari tu singgah komen kat blog orang lain. Siap duduk dalam list pengomen tegar lagi. Hahaha. Sekarang dah terkeluar dari carta nampaknya. Kah ! Nani cuba balas kunjungan awak semua yang setia datang sini hari hari. Ihikss :D

Tetiba mukadimah panjang semacam hari ni. Hahaha. Idea mencurah curah rupanya bila taip entri tengah malam ni. Pengalaman manis di bulan puasa ni banyak sangat sebenarnya. Kalau nak cerita semua tak terbaca pulak nanti. Ceh ! Tapi yang paling manis lah bila bulan puasa ni bagi aku, bila dapat iftar dengan keluarga besar kita. Seronok apa buka puasa ramai ramai lepas tu macam macam makanan ada. 
sumber : Google

Nak nak jenis yang duduk dekat "perantauan" ni kan. Sesekali balik mesti lah nak kumpul ramai ramai. Seriously, bila duduk jauh dengan family mesti rasa sayang tu lebih sikit dari biasa. Hihi. Aku setakat ni, hujung minggu aku semuanya aku berbuka dengan family. Minggu first balik pahang berbuka dengan abah, ibu lepas tu minggu lepas ke Shah Alam berbuka dengan mak cik, pak cik aku. Esok pulak balik Raub berbuka dengan keluarga besar belah Abah. 

Tiada apa yang lebih bermakna selain daripada bersama keluarga. 

7 comments:

  1. asalamualaikum nani...selamat pagi....:-))

    keluarga adalah segala galanya...lebih 2 lagi kedua orang tua kita kan...saat kita jatuh ..merekalah selalu meniupkan semangat.

    akak sayang family akak... :-)) sebak pulak

    ReplyDelete
  2. betul tu..betul!ummul setuju...

    ReplyDelete
  3. Buka puasa ngan family memang momen paling priceless :)

    ReplyDelete
  4. betul nani, kalau duduk jauh dgn family memang terasa kasih sayang yg begitu kuat, untung la nani dpt berbuka dgn family. :)

    ReplyDelete
  5. haruslah with family adalah yg terbaik..
    kadang2 makanan ada sikit pun tapi rasa ckup je..

    ReplyDelete
  6. Seronok kan kalau dapat iftar dengan family. Rindu nak beriftar dengan family sendiri :)

    ReplyDelete
  7. Dah lama Zumal tak berbuka puasa dengan mak ayah... Rindunya...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page