Erti Syukur

Assalamualaikum & Hello.
Hari ni Nani rasa terpanggil nak kongsikan kisah yang berlaku depan mata sendiri minggu lepas. Walaupun tak pernah kenal langsung dengan keluarga ni tapi perbualan yang Nani terdengar hari tu betul betul buat Nani terdiam dan berfikir panjang. Minggu lepas Nani ke pasaraya sebab nak belikan barang barang yang adik kirim dekat asrama, banyaknya barang makanan lah. Macam macam lah Nani ambil sebab untuk stok makan dia dalam bulan ni lah. Lagi lagi pulak dia dah form 5 kan, stok makanan tu kena extra sikit sebab selalu lapar. Hahah! Tengah beli barang tu tiba tiba ada satu family ni dengan tiga orang anak lelaki lalu depan Nani. Nani pun buat tak tahu aje lah sebab stranger kan tapi ada lah jugak lemparkan senyuman. Sebab dia orang dekat aje dengan Nani, Nani terdengar lah mak dia tanya satu soalan ni dekat anak dia yang dah besar sikit (rasanya dalam darjah lima atau enam macam tu lah daripada pandangan mata kasar Nani). 
Mak : Abang nak makan daging kambing tak? Kalau abang 
nak makan, mak boleh belikan untuk abang. 
Anak : Tak payah lah mak, daging kambing kan mahal. 
Nanti mak tak cukup duit nak bayar. 
Mak : Daging kambing memang mahal, tapi kalau abang 
nak takpe, mak boleh belikan. 
Anak : Tak payah mak. Dekat rumah banyak lagi makanan lain. 
Dan anak tu halang mak dia daripada beli daging kambing. Sampai dia cakap dekat mak dia banyak kali "tak payah mak! Abang makan je makanan lain dekat rumah." Adik tu cakap sambil halang mak dia pergi dekat bahagian daging tu. Allahuakbar T_T Nani sebak sangat masa tu sampai bertakung dah air mata. Lama Nani termenung lepas dengar perbualan dia orang anak beranak. Walaupun kadang kadang Nani ni pun rasa sesak jugak bila duit dah tinggal sikit, rupanya ada yang lagi susah daripada kita sampaikan nak makan pun terpaksa fikir dulu nak beli apa. Sedih sangat bila terkenangkan adik tu. Nak tolong pun, cash tak bawa banyak masa tu dan sampai sekarang asyik teringat ingat lagi. Ada adik dia nak ambil coklat Kinder Bueno pun ayah dia cakap lain kali. Sedihnyaaaa T_T Bila dah jadi depan mata macam ni, memang buat kita muhasabah balik. 
Credit : Google
Sejujurnya Nani pun kadang kadang bila banyak sangat makanan ke mesti ada jugak yang tak terhabis. Senang cakap, membazir lah. Huhu. Sikit ke banyak ke rezeki yang kita ada, belajar lah bersyukur dan hidup bersederhana. Ini pun peringatan untuk diri Nani jugak. Kadang kadang pantang tengok ada duit lebih sikit, macam macam nak beli padahal tak penting mana pun barang tu. Rezeki yang sedikit, kalau kita bersyukur, itu yang jadi banyak dan lebih daripada orang lain. Moga dilapangkan seluas luasnya rezeki family adik tu dan jugak untuk kita semua. Bersyukur dengan apa yang kita ada, tu yang paaaling penting dan sentiasa minta pertolongan Dia. 
Moga kisah adik ni mampu buka mata dan hati kita. Zaman sekarang tak semua orang mampu nak hidup mewah dan senang. Kalau kita rasa susah, hakikatnya ada yang lagi susah dekat luar sana. Nani sendiri pun tak pernah rasa macam mana hidup yang susah sampai nak makan pun kena catu apa semua. Tapi Nani boleh bayangkan betapa struggle nya golongan macam ni untuk buat anak anak dia orang bahagia dan dapat penuhi apa yang anak anak dia orang nak. Mak ayah kan, selagi boleh nak anak anak happy walaupun dia krang terpaksa tahan lapar dan ikat perut :"). 

29 comments:

  1. Dulu masa terserempak dengan orang-orang macam ni dekat supermarket pun mesti rasa nak nangis. Masa tulah, rasa bersyukur sangat sebab dengan rezeki yang Allah bagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sangat Farah. Nani hari tu memang tahan je air mata ni. Adik tu siap cakap dekat mak dia banyak kali tak payah mak tak payah siap tahan mak dia daripada pergi tempat daging tu. Allahu.

      Betul. Kadang kadang tu lah, bila leka sikit mula lah lupa nak syukur.

      Delete
  2. Bersyukur ibu bapa yang memiliki anak begitu...memahami.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn. Bagusnya adik tu sebab faham family dia macam mana. Hidup zaman sekarang, tak semua orang dapat apa yang kita dapat.

      Delete
  3. huwaaa....kenapa sedih niiii..tau tak dik..kadang-kadang akak berada dalam situasi dia orang tau...masa tu rasa bersalah teramat sangat pada anak-anak :( kadang masa solat nangis sebab teringat n sedih :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nani pun time tulis entry ni bergenang lagi air mata. Jenis tak boleh tengok orang susah sebab kesian sangat. InshaAllah kak, mudah mudahan rezeki akak sentiasa luas. Amin 😘

      Delete
  4. bangun pagi2 syukur dulu sebab masih bernafas. well said sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur ni luas sangat kan. Kalau nak ikut apa yang dah dapat sekarang, memang banyak. Tapi itu lah kadang kadang lupa nak bersyukur T_T Selali mengeluh tak cukup padahal ada yang lagi susah daripada kita.

      Delete
  5. Assalamualaikum Wrmbth

    Bila baca kisah perbualan anak dan mak yang nani tulis ni

    Rasa sebab juga

    Sebab mak yang selalu sanggup susahkan diri

    Asalkan anak bahagia

    Tapi bagus juga anak tu kan, faham susah payah ibunya

    Sanggup tak beli daging kambing sebab mahal

    Semoga kita boleh jadi anak yang soleh dan solehah pada mak ayah kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann kak. Sebak sangat. Dia kecil lagi tapi faham macam mana mak ayah dia survive. Tambah pulak dengan keadaan sekarang.

      Delete
  6. Bersyukur akan buat kita lebih tenang...percayalah =)

    ReplyDelete
  7. Truly! Bila kita rasa susah, selalu cakap dalam hati mesti ada orang lagi susah dari kita. Banyak2 kena bersyukur dengan apa yang kita ada. Azwar duduk rumah sewa, kadang-kadang keluar makan pun rasa takde selera sampai 1 tahap pikir mak aku adik aku makan apa. Huarghh nak nangis kekadang. ;(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sangat Azwar. Bila rasa tak cukup mesti tanam dalam hati ada orang yang lagi susah daripada aku. Moga boleh didik diri jadi orang yang sentiasa bersyukur dan tak lupa diri.

      Delete
  8. Siapa yang bersyukur atas sesuatu yang sedikit akan lebih mudah untuk bersyukur atas sesuatu yang banyak. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah kak Su. Lepas ni dah tak nak mengeluh dah.

      Delete
  9. Sedikit atau banyak..
    Perlu bersyukur kan nani..
    Pengajaran juga ni..
    Jgn membazir bila ada..
    Sebab ada org lain sukar nak dpt..
    Tu akak selalu pesan pd anak2 akak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah kak. Nani pun selalu jugak baca macam tu tapi kadang kadang selalu lupa diri T_T

      Delete
  10. Tersentuh hati baca perbualan anak dan mak tu. Baiknya mak sanggup berkorban dan baiknya anak tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann kak Miza. Jarang jarang jumpa anak kecil yang macam ni :)

      Delete
  11. Replies
    1. Kann T_T Moga ada rezeki untuk adik tu nanti.

      Delete
  12. Allah takdirkan kita nampak sendiri kejadian2 macam tu untuk buka mata kita.. kan..?

    Mudah-mudahan kita jadi hambaNya yang selalu bersyukur walaupun untuk hal yang kecil2.. :)

    nice sharing Nani..

    ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak Ain. Mungkin ini juga peringatan dari Dia untuk Nani sendiri. Kadang kadang selalu lupa diri. Dapat banyak lupa syukur, dapat sikit mengeluh. Adik ni lagi susah hidup dia :(

      Delete
  13. Replies
    1. Sedih kan. Harap ada rezeki untuk adik tu nanti :)

      Delete
  14. Tersentuh baca kisah ni... subhanallah... semoga Allah permudahkan segalanya buat mereka, mari kita sama2 doakan... aamiin.

    ReplyDelete
  15. zaman sekarang ni susah sangat nk jumpa org macam adik tu, dia tau ibu susah so dia taknak susahkan ibu dia...
    semoga Allah murahkan rezeki mereka sekeluarga dan bila adik tu dh besar dia boleh jadi org yg berjaya :)

    ReplyDelete
  16. Sedih baca dialog tu T_T Dan siqah pun suka membazir. Tambah lagi bab makanan. Huhu. Bila baca kisah Nani, rasa tak baiknya buat macam tu. semoga kita sentiasa bersyukur dengan apa yang ada.. terima kasih Nani kongsi kisah ini..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page