Projek Memasak

Assalamualaikum & Hello.
Tajuk kemain lagi kan tapi hakikatnya menu yang Nani masak tu simple simple aje. Tengah belajar lagi nak memasak ni. Benda yang paling seronok memasak ni, bila orang makan bertambah tambah dan puji sedap. Serius rasa hilang penat memasak bila orang puji sedap ni. Hahah! Dulu dulu Nani pernah aje masak makanan yang tawar lah, cair lah tapi lama lama improve lah jugak (suka betul puji diri sendiri πŸ˜†). Selalu orang tanya belajar memasak dengan siapa, dekat mana? Nani belajar sendiri aje, selalu tengok ibu atau pun mak cik memasak. Iya lah dah besar kan, gila kalau balik kampung nak duduk lek lek je tak buat kerja. Hahah! Kena kecam nanti kalau buat perangai macam tu. Lagi pun kan zaman sekarang dah banyak medium yang boleh dijadikan rujukan untuk masak. Kalau buka Youtube pun bersepah sepah orang share resepi, boleh lah tengok. 
Hari tu first time belajar buat sambal tumis petai campur terung anggur. Nani panggil terung anggur dan rasanya ada jugak yang panggil terung pipit kan. Heheh. 
Sambal tumis sotong ni paling simple sekali nak buat. Kisar aje cili kering, bawang besar dengan bawang putih lepas tu tumis sampai pecah minyak dan masukkan sotong. Cuma kalau masak sambal tumis macam ni, minyak kena lebihkan sikit daripada biasa. Sebab apa entah, Nani pun dah lupa. Hahah! Lepas tu letak gula sikit bagi warna dia pekat. Sikit je tau, kalau banyak kang jadi manis sambal tu dan tak sedap pulak. 
Bihun goreng paaaaling mudah dan sedap. Yang ni dah pro lah masak sekarang. Hahah! Hari tu ada share video nak masak ni dekat Insta story. Tapi memasak sekali dengan buat video ni mashaAllah. The struggle is real you know!  Hari tu ada jugak hampir hampir terlepas telefon masuk dalam kuali Tefal. Kah! Lepas tu berhenti jap buat video, sebab ngeri kalau my phone jatuh dalam kuali. 
Kuey teow goreng + telur mata. Nani lagi suka key teow goreng macam ni daripada char kuey teow. Heheh. Dah banyak menu yang pandai masak ni, dah boleh lah ajak kawan kawan datang makan tengah hari dekat rumah. Hahah! Next time nak try masak kari pulak. Hari tu dah pernah tengok ibu masak kari kepala ikan tapi tak ada keyakinan lagi nak buat sendiri. Kang tiba tiba tak sedap, tak ada pulak orang nak makan. Heheh. Ada tak makanan yang jadi favourite korang dekat atas ni? 

13 comments:

  1. Rajin belajar masak. Tahniah tu

    Ringan tangan ke dapur

    Poket pun jadi tebal kan nani

    ReplyDelete
  2. Good job..nanti boleh masak yang susah2 tu plak...

    ReplyDelete
  3. Fuhhh...boleh jadi chef dah ni weh. Menu tuh semua simple tekak kampung. Akak sukaaaaa! :)

    ReplyDelete
  4. dh jd lah tu semua akak tgk....
    sebelum2 ni pun tgk nanie rajin je masak....

    kite perempuan ni tak blh bg alasan belajar tinggi2 tak blh masak... malu akak kalau dgr perempuan tak reti msk... yelah setinggi mana pun kite belajar atau jawatan kite, tak salah kalau tau jgk ke dapur

    ReplyDelete
  5. Wah meriah menu. ada petailah

    ReplyDelete
  6. Banyak lauk pauk sekali masak. Ada makan besar ni :)

    ReplyDelete
  7. nampaknya nak kena belajar memasak dari sekaranglah...

    ReplyDelete
  8. Eii menu menu yg 'simple' ni la yg dicari cari dan diidamkan. Memang menusuk kalbu teringat lauk2 cmni, kecur air liur hehe

    Jemput singgah ye

    syakillaazam.my

    ReplyDelete
  9. Dah tahu masak banyak menu dah Nani ni. Kita punya skill pula masih lagi di tahap yang lama.

    ReplyDelete
  10. ok Nani, dah boleh kawin. Pandai Nani masak.

    ReplyDelete
  11. Sambal tumis sotong please!! Sedapnyaaaa! Siqah suka telur mata, telur dadar, telur masin. Hehe.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page