Ramadhan Kareem

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Lamanya rasa tak menulis blog betul betul. Hahah! Alhamdulillah hari ni dah masuk hari keenam kita berpuasa. Rasanya tak terlambat lagi Nani nak ucapkan selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak untuk korang semua 😊 Alhamdulillah masih lagi berkesempatan untuk bertemu dengan Ramadhan pada tahun ni. Dah masuk hari keenam puasa ni, dah mula lah perangai malas nak bangun bersahur. Hahah! Tak semangat betul rasa berbuka puasa dan bersahur sensorang dekat sini. Ikutkan hati ni, memang rasa naaak sangat balik Pahang berbuka dengan family. Lagi lagi bila tengok ibu masak lauk macam macam jenis. Selalunya tahun tahun sebelum ni, mesti munggu pertama Ramadhan tu Nani akan balik berbuka puasa dengan family. Tapi memandangkan hari tu dah balik seminggu time cuti PRU, takkan lah nak balik lagi kan. So kita berpuasa dekat sini lah nampaknya. Itu yang rasa syahdu semacam aje bila teringat family dekat rumah. Hahahah! Tak sabarnya rasa nak balik berbuka dengan family, tapi tu lah boleh tahan jugak lambatnya lagi 😆Sampai ke hari ni, Nani masih menahan diri daripada jejak mana mana bazaar Ramadhan. Heheh. Tak tahu lah sampai bila boleh bertahan, dah ada jugak ni kawan kawan yang ajak pergi. Bukan apa, takut terkawal nafsu nak membeli tu nanti kan. Hahah! 
Korang pulak macam mana bila dah masuk hari keenam puasa ni? Dah berapa kali pergi bazaar Ramadhan? Percayalah, sesedap mana pun lauk dekat bazaar tu, tetap jugak lauk yang ibu sendiri masak paling sedap. Seronok macam mana pun berbuka dengan kawan kawan, moment berbuka puasa dengan family tu jugak lah yang paling tak ternilai. Jeles betul mana yang duduk dekat dengan family ni tau, banyaaak sangat ruang dan berpeluang nak berbakti dengan orang tua. Pengorbanan duduk jauh ni, tu lah tak selalu boleh jenguk dia orang. Selalu Nani buat video call aje dengan abah dengan ibu, lepas dah letak, nangis sensorang sebba rindu. Hahah! Entah lah, rasa syahdu sangat  aje, mungkin sebab terkesan dengan pemergian ayahanda kawan Nani pagi semalam. Terkejut pun masih tak hilang lagi. Mudah mudahan ujian yang kita lalui bulan Ramadhan ni akan menguatkan lagi iman kita semua. 
Apa apa pun, jom lah kita manfaatkan sama sama keberkatan bulan Ramadhan ni. Masa ni lah nak tambah lagi amal yang kurang dekat mana mana tu. Mudah mudahan setiap amal yang kita buat akan diterima oleh Nya. Nani pun pesan dekat diri Nani jugak lah ni. Paling senang, doa lah selalu especially waktu sahur dan waktu nak berbuka tu. Ini antara waktu waktu yang paling mustajab untuk berdoa. Mana lah tahu ada doa kita yang diangkat dan dimakbulkan oleh Allah. Kalau tak sekarang, mungkin esok atau akan datang. Mana lah kita tahu kan, yang penting doa dan buat lah sebanyak mana pun kebaikan sementara kita berada dalam bulan Ramadhan, bulan yang paling mulia dari segala bulan ni.

13 comments:

  1. Salam Ramadhan.. Selamat berpuasa..

    ReplyDelete
  2. salam ramadhan..selamat berpuasa

    ReplyDelete
  3. Salam Ramadhan Nani <3

    Cici baru hari kedua berpuasa. mamai betul bangun sahur. hehehhe

    ReplyDelete
  4. Selamat berpuasa Nani

    Setakat ni blom menjejakkan kaki lagi di bazar ramadhan. Malas nak keluar rumah. Hehe...

    ReplyDelete
  5. Selamat berpuasa, Nani :)

    ReplyDelete
  6. saya belum pernah duduk jauh dari family lagi. mana tahu ada rezeki sambung belajar kat tempat juah, merasa lah tu nanti perasaan tu.. hehe. saya first time datang sini & terus follow sebab suka dengan blog ni. kalau sudi meh la singgah blog baru saya

    ReplyDelete
  7. Ramadhan Kareem ya Nani.

    Semoga Ramadhan ini kita dapat manfaatkan dengan gandakan kebaikan.

    ReplyDelete
  8. Salam Ramadan.. semoga Ramadan kali ini lebih baik dari sebelumnya buat kita semua, in shaa Allah.

    ReplyDelete
  9. hai nani !

    aduhhh terasa lamanya ana tak mai singgah sini T_____T
    rindu nak baca cerita-cerita Nani. byk sgt dah tertinggal.

    Nani takmo sedih-sedih tau posa kat sana.
    kngkawan ada, jgn duk sndiri okay hehe
    ana pun tak pnh jejak lagi bazar ramadhan hehe


    salam ramadhan Nani,
    Anamizu :)

    ReplyDelete
  10. selamat menjalani ibadah puasa nani.. sekejap saja dah rasanya kita berpuasa. Busyra baru sekali ke bazar ramadan. sebab malas jalan. hehe

    ReplyDelete
  11. Ye doa dan terus berdoa...moga Ramadhan kali ini lebih banyak barakah

    ReplyDelete
  12. salam ramadhan Nani.. slamat berpuasa

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page