Santai di Hujung Minggu

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Selamat berhujung minggu semua. Weekend Nani means hari nak mendobi, melipat kain dan segala macam benda yang tak sempat buat time weekdays hari tu. Hahah! Macam mana nak sempat kalau keluar pagi, malam baru dapat jejak bilik. Hari ni pun tak ada plan nak pergi mana mana pun sebab ada bertimbun kerja nak kena siapkan. Selalunya kalau penat sangat, memang time weekend tu lah baru rasa boleh berehat sikit. Weekend ni pun busy jugak sikit sebab ada kerja yang nak kena submit next week. Tak sabar nak balik Pahang next weekend, so boleh lah rehatkan diri sekejap. Hari hari banyak aje kerja, macam dah tak ada hari esok gayanya. Hahah! Nak pergi tengok movie pun tak sempat, tahu tahu dah habis tayangan dekat cinema. Ini pun ada jugak kawan ajak pergi tengok KL Special Force, nanti lah bila bila free kita terjah cinema. Baca review dekat Twitter ramai jugak yang cakap best. Actually Nani ni kureng sikit kalau movie genre aksi macam tu, tapi boleh lah jugak layan kadang kadang tu macam Polis Evo dulu. Hiks. 
Korang dah breakfast ke belum tu? Heheh. Breakfast simple simple macam ni pun sedap dah. Lempeng biasa biasa aje cicah dengan sambal ikan bilis, jadi lah buat alas perut sebelum lunch nanti kan. Kalau dekat rumah bila makan macam ni, mesti abah cakap dulu dulu tak ada nya nak cicah sambal ikan bilis ke apa, makan kosong aje. Kalau mewah sikit pun makan cicah dengan gula. Zaman dedulu kan, bukan macam zaman kita sekarang ni. 
Ini bukan makan time breakfast tadi eh, ni dinner hari tu. Kemain sangat pagi pagi hari nak makan kuey teow bandung dah. Amboi amboi amboi! Hahahah! Kuey teow bandung ni memang Nani fav lah lagi lagi kalau jenis kuah banyak tu. Hiks. By the way, mana yang singgah drop komen sini, malam nanti Nani terjah blog korang semula okay! Nak settle kan kerja kerja lain dulu baru boleh blogwalking dengan tenang. Eheh. Korang pulak apa plan nak buat hujung minggu ni? 

18 comments:

  1. laparnya tengok kuetiaw bandung tu dah lama tak makan. lempeng tu sarapan paling senang dan selalu buat hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah! Kannn, Nani pun suka jugak buat lempeng. Senang lepas tu cepat aje dah boleh makan.

      Delete
  2. Plan hujung minggu duk rumah layan movie je kot Nanie haha =D

    ReplyDelete
  3. lempeng cicah gula..sdap yang amat..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann cik Nor. Apakk sedap, cicah sambal sardin pun padu :)

      Delete
  4. Lempeng dan sambal bilis memang terbaik. Perfect sambil lepak tengok tv di hari minggu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yass! Lepas tu malas nak buat kerja lain dah. Hahahah!

      Delete
  5. Lama pulak rasanya tak makan lempeng.. sedap tu. Happy weekend :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah! Simple dan sedap kan bro KK :)

      Delete
  6. Kuewteow bandung lamanya dah tak makan. Rindu.

    ReplyDelete
  7. lama xmakan lempeng
    ada pula sambal tu
    uiiii sedap nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Esok buat lah Hans. Heheh :) Memang ngam kalau ada sambal.

      Delete
  8. sedap tu Nani makan lempeng, kak ana pun nak sangat tonton KL Special Force ni, tak ada geng laa nak teman kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann kak Ana, even simple aje tapi sedap :)

      Delete
  9. ingat kan mee je yang ada bandung.. hehehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page