Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Jumaat baru ni sekali lagi lunch dekat Restoran Temerloh Catering. Ingatkan tutup hari Jumaat sebab pernah baca yang dia orang tak buka hari Jumaat, sekali beroperasi aje macam biasa. Heheh. Gigih okay pagi pagi tu lagi kawan Nani call tanya dia orang buka ke tidak. Iya lah, nanti kang kalau pergi tiba tiba tutup, sia sia pulak kan. Bila rasa rindu nak makan masakan yang macam ibu selalu masak, memang sini lah tempatnya. Nani pergi lunch awal jugak hari tu sebab takut kalau time peak hour, ramai pulak orang dekat situ kan. Serius lauk pauk dekat sini semua selera kampung. Macam macam lah ada, sampai rambang mata nak pilih yang mana satu. Hahah! Mula hari tu ingat nak makan gulai lemak siput sedut tapi tengok portion macam kecik aje, so tak jadi lah. Eheh. Sudahnya makan gulai tempoyak ikan patin jugak, Kebetulan hari tu pergi, ada gulai lemak rebung jugak, itu yang daku ambil dulu. Dah lama kot tak makan gulai lemak rebung macam ni. Harga makanan dekat sini agak mahal sikit tapi kalau dah terliur tu, pejam mata aje lah. Hahah. Nak tunggu balik Pahang lambat lagi. Lagipun ada kawan yang teringin sama nak makan, boleh lah kongsi kereta pergi sekali. Heheh.
Gulai lemak rebung plus ikan patin masak tempoyak, memang ngam! Selain daripada masak lemak rebung ni, ada jugak masak tempoyak pucuk ubi, kerabu tauge, masak lemak putih petola & macam macam lagi lah. Rasanya memang menu dia orang sama aje hari hari. Heheh. Sebab time yang Nani pergi dulu pun macam ni jugak lauk yang dia orang masak. Mostly orang datang sini memang nak cari gulai tempoyak ikan patin lah, dah itu menu yang paling orang cari kan. Gulai lemak siput sedut tu pun famous jugak dekat kedai sini, tapi Nani tak berapa sure semangkuk kecil tu berapa harganya.
Fuhh terubat dah sikit nak makan masakan yang macam ibu selalu buat. Hahah! Duduk jauh ni, memang selalu lah homesick lepas tu selalu rindu nak makan masakan ibu. Nak balik rumah setiap minggu pun tak jadi kerja lah. Total Nani makan ni hari tu RM 19.80, yang mahalnya masak tempoyak ikan patin tu lah. Semangkuk dalam RM 12 ke RM 14 ringgit kalau tak silap Nani. Kedai ni ada charge GST jugak okay. Tiap kali makan sini mesti kawan akan cakap 'habiskan semua, jangan tinggal sikit pun sebab mahal. Kuah pun kira harga.' Hahah! Memang lah perangai masing - masing. Dekat sini ada jugak puding raja Pahang tapi Nani tak beli pun sebab macam mahal sikit harga dia. Heheh. Untuk yang nak ke Restoran Temerloh Catering ni, boleh lah waze Wangsa Walk. Restoran ni betul betul balakang Wangsa Walk & hujung sekali. Tak susah sangat pun nak cari, kedai dia orang ni pulak warna merah, dari jauh dah boleh nampak okay. Hahah! Korang pulak suka tak makan lauk lauk kampung macam ni?
teringat penah mkn kt kedai ni dlm tahun 2016 dulu kot...
ReplyDeletemmg sedap ikan nya, cuma kalau tgri tu agak ramai lah org nya....
akak suka sbb ada tapai pulut daun getah... ada tak masa nani tuh? akak je abis setangkai tuh
Wahh lama sangat dah tu kak Dana. Heheh. Sedap kan, Nani pun dah dua tiga jugak makan dekat sini. Hari tu pergi tak ada pulak nampak tapai pulut daun getah tu. Dulu ada jugak dia orang letak atas meja. Mungkin dah habis kot masa Nani pergi baru ni.
Deletetak pernah makan ikan patin. selalu dgr org cakap sedap. tapi mak tak kasi makan. hehe
ReplyDeleteSedaaap ztie! Nanti try lah. Hiks :)
Deletebusyra tak makan ikan patin. tp penah try rasa sbb dulu kwn busyra ada org pahang. hehe
ReplyDeleteKalau area Pahang dengan Perak memang famous lah masak tempoyak ikan patin ni. Heheh :)
DeleteRebung dengan ikan patin cik sue tak pandai makan. Lemak pucuk paku cik sue suka :)
ReplyDeleteSedap jugak masak lemak pucuk paku tu, fav Nani sama. Heheh. Sini susah nak jumpa lauk macam tu.
DeleteSedapnya patin tempoyak. Bila lah dapat rasa lagi masakan yang ni.
ReplyDeleteJom datang rumah Nani dekat Pahang kak Azi. Heheh :)
Delete