Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Baru ni jalan jalan Kinokuniya sebab nak cari buku sikit. Alang alang dah sampai KLCC, kita orang pun makanlah dekat Boat Noodle, Avenue K ni hah. Dah lama jugak rasanya kita orang tak lepak dekat Boat Noodle ni. Hari tu pergi tengok dah ada macam macam menu baru. Tapi sebab dalam kepala dah set nak makan kerabu maggi, so kita hold dulu nak order menu yang baru tu. Hahah! Next time lah datang lagi. Cawangan Boat Noodle dekat Avenue K ni tak besar sangat. Nani pulak pergi hari Jumaat time lunch hour, lama jugaklah nak kena beratur tunggu ada meja kosong. Dah dapat duduk, lama jugak nak tunggu makanan sampai. Time tu dah rasa menyesal sikit sebab datang time peak hour. Hahah! Mungkin lepas ni Boat Noodle boleh besarkan lagi cawangan dia orang dekat situ. Iye lah situ tempat tumpuan orang kan, memang setiap masa full house aje. Korang boleh lah refer menu dekat bawah ni, memang dah ada banyak yang baru baru. Hari tu lagi dah ada nampak blogger buat review menu baru dekar Boat Noodle ni, ingatkan sikit aje. Banyak rupanyaa! Semua nampak sedap sedap pulak tu. Hiks.
kredit : Boat Noodle
Antara menu baru yang ada dekat Boat Noodle, Prosperity Yum, Dry Noodle lepas tu topping untuk noodle dengan air dia orang pun dah ada macam macam jenis. Korang boleh refer dekat website Boat Boodle okay kalau nak tengok dengan lebih jelas. Heheh.
Kawan Nani cakap yang Prosperity Yum tu lagi sedap daripada yang biasa ni hah. Gambar Prosperity Yum tak ada sebab lambat sikit sampai lepas tu kita orang berdua dah lapar sangat, memang tak boleh tunggu lagi dah. Hahah! Dari pagi okay tak makan, hah memang lagi lah perut dah menyanyi macam macam lagu. Nak tunggu meja & makanan sampai pun dah sekian lama. Lepas ni tak nak dah pergi time peak hour, nak nak kalau time tu tengah lapar teruk. Hahah!
Sekarang ni dekat Boat Noodle dah ada tiga jenis topping tau yang kita boleh pilih. Macam yang dekat atas ni, fried chicken skin. Sedap sebab rangup lepas tu rempah dia tu pun not bad jugak. Heheh. Selain daripada fried chicken skin ni, ada jugak fired wanton skin dengan fried chicken meatballs. Boleh lah pilih mana yang korang suka, harga RM 1.99 semangkuk kecuali meatballs tu lah (RM 2.99). Itu pulak Mango Smoothies, baru lagi ada dekat Boat Noodle. Pada Nani macam tak sedap sangat, biasa biasa aje rasa dia. Macam dia orang guna kordial aje. Heheh.
Yum Mama (RM 9.50)
Yum Mama atau nama lainnya kerabu maggi. Hahah! Sedap lah kerabu maggi yang dekat sini. Lepas dah makan sekali hari tu, selalu pulak order kerabu maggi Boat Noodle. Nani suka tambah cili flakes sebab nak bagi lagi pedas. Hari tu pernah jugak try buat sendiri, tapi tak jadi sangat. Mungkin kena menuntut lagi ilmu dengan orang yang lebih pro. Gittew! Ingat nanti nak pergi lagi sini, nak try menu menu baru dia orang pulak. Tunggu lah bila bila ada rezeki lebih sikit kan. Hiks. Korang pulak dah pernah try ke menu baru yang dekat Boat Noodle ni? Sedap ke tidak? Heheh.
Kerabu maggi tu nampka mengancam sangat..
ReplyDeleteSedaaaap! Nanti kalau ada masa try tau :)
DeleteBoatnoodle xpernh xrmi.. Tp akak bila nmpk xpjg q cpt2 LA pi mkn hehe.. Skarang dh mcm2 menu..
ReplyDeleteKann kak, selalu aje full house sini. Macam macam menu lepas tu semua nampak sedap. Heheh :)
Deletetak pernah singgah lagi ke boatnoodle. kena cuba nanti
ReplyDeleteTry tau kak Azi nanti. Sedap :)
DeleteTak pernah lagi makan di boat noodle. Tengok gambar Nani nampak sedap sangat kerabu manggi dia.
ReplyDeleteSedaap cikSu :) Nanti try tau, Nani suka sebab pedas pedas masam.
Deletenani mkn berapa mangkuk boat noodle tu hehehhe?
ReplyDeletekt aeon au ada restorn boat noodle nih tp akak je tak sempat nk try, nnti klu pi sana nk tryla.... asik tgk je org mkn kite nk rassa gk camne noodle2nya
Hahaha! Nani makan kerabu maggi aje baru ni. Sedap kak Dana, nanti try tauu. Ajak Aiyan sekali. Hiks.
Deletemek jgok ler tak sempat lagi nak merasa menda ni padahal ada je kat aeon.
ReplyDeletecam mane makannya?
nk order pn tk reti
Heheh. Senang aje mek, tengok menu lepas tu tulis dekat kertas apa yang kita nak order. Gitu aje. Sedaap mek, nanti try tau!
Deletetak pernah jejak lagi ke Boat Noodle ni tapi kerabu maggi dia nampak sedap lah :D
ReplyDeleteNani sejak tahu kewujudan Boat Noodle ni, memang selalu jugaklah pergi sana. Serius sedaap sangat.
DeleteProsperity Yum memang sedap. Kak ana suka sgt. Ada pedas2 tomyum. Fried thai chic pun sedap. Fav kak ana sekeluarga
ReplyDeleteItu lah, yang baru kan kak Ana. Lepas ni makan yang tu aje lah nampaknya. Heheh :)
Delete