Giveaway RM200 untuk 10 tukang komen terbanyak

Assalamualaikum & Hello. 
Hai korang! Kali ini, Lubuk Seni buat giveaway lain machiam sikit. Syaratnya dah la super-duper senang. Hadiah bernilai RM200 pulakk tu! Wahh teruja sangat sebab hadiah lumayan, ramai berpeluang menang. Berminat nak join, klik je gambar bawah ni ya!
top commentor _ giveaway - lubukseni dotcom
Bukan tu saja, berbaloi singgah LubukSeni.com sebab banyak idea kalerful. Sebagai terapi minda, blog ni sangat memberi manfaat kepada peminat seni. Antara topik menarik blog ni ialah:
Dah alang-alang singgah, jom FOLLOW Blog Lubuk Seni sebab diorangg rajin buat giveaway. Next giveaway 1 April ni. Setiap bulan ada hadiah best tau, stay tunedd!

Ahmad Lim Black Pancake

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Minggu ni memang penuh dengan entry makan makan aje lah. Hahah! Baru ni kawan Nani belanja makan Ahmad Lim  Black Pancake yang famous kemain tu. Dah lama kot plan nak pergi sini ramai ramai tapi selalu tak menjadi. Hahah! Iye lah sebab pancake dia boleh tahan jugak besar, harga pun fuhh! Tapi sekali sekala nak pergi makan, nak rasa it's okay lah. Makan mahal selalu, koyak lah poket hujung bulan. Ye takk? Kalau pergi ramai ramai sini okay lah nak share sikit sorang duit tu. Setahu Nani dia orang ada cawangan dekat Bangi dengan Wangsa Maju, tak sure dekat tempat lain ada ke tak. Tapi cawangan yang dekat Wangsa Maju ni tak besar mana pun. Heheh. Even harga dia agak mahal tapi berbaloi lah pada Nani sebab besar, memang puas hati. Cuma kalau makan setakat dua tiga orang aje, memang puas lah nak habiskan pancake tu. Plus, pancake dia pulak manis kan dengan topping semua tu lagi, cepat muak sikit bila makan. Nani hari tu boleh makan dua potong aje lepas tu I surrender. Hahah! Tapi dah beli mahal mahal, rugi woo kalau tak makan sampai habis. Korang boleh tengok dekat bawah ni topping apa yang ada.
Ahmad Lim Black Pancake
Flavour Nutella dengan Skippy tu yang paling murah okaay! Sebab tu lah kena ajak empat ke lima orang baru ngam. Kawan Nani hari tu dia beli yang topping Nutella. Crust tu pulak, elok kalau ambil yang nipis sikit so tak cepat sangat muak bila kita makan tu. 
Ahmad Lim Black Pancake
Ini lah rupa Ahmad Lim Black Pancake yang orang selalu sebut sebut tu. Nani pun baru ni first time makan. Dia ala ala apam balik tu jugak cuma ni versi 'mewah' sikit daripada yang biasa. Kalau dekat Indonesia famous jugak pancake yang topping macam ni. Pada pendapat Nani sedap lah, cuma nya manis sikit sebab Nutella kan. Kalau topping lain macam cheese tu maybe okay sikit kot. Ada yang pernah try ke? Kalau pernah try, boleh lah share feedback dekat bawah. Mana tahu next time pergi, boleh lah Nani try flavour lain pulak. Selain daripada pancake, dekat sini famous jugak noodle dia orang yang sampai tahap berapi tu. Nani tak pernah try lagi, orang cakap pedas sangat sampai boleh menangis. Hahaha! Seram pulak kita yang baca ni, tapi teringin nak rasa. Korang pernah pergi Ahmad Lim Black Pancake ni? 

The Pisang Cheese di Wangsa Maju

Assalamualaikum & Hello.
Hai korangg! Siapa peminat pisang cheese dekat sini? Heheh. Dulu masa awal awal pisang cheese ni wujud, kemain famous sampai sanggup beratur panjang nak beli. Sekarang dah bersepah sepah orang jual pisang cheese ni kan, cuma sedap dengan tak aje. Hari tu masa Nani pergi lunch dekat Restoran Temerloh Catering ada lah nampak The Pisang Cheese ni. The Pisang Cheese antara goreng pisang cheese yang famous jugaklah dekat area Kuala Lumpur. Dah lama kot teringin nak rasa The Pisang Cheese ni sebab selalu tengok post dia orang dekat Instagram aje. Dalam duduk fikir nak beli ke tidak, last last beli lah sekotak. Hahah! Iye lah baru lepas lunch kan time tu, so dia macam tak 50 - 50 aje rasa nak membeli tu. Boleh jugak kalau nak suruh dia orang delivery sampai depan pintu rumah tapi ada minimum order dan charges lah, macam biasa. Nani punya expectation tinggi tau sebab setiap kali tengok post dekat Instagram semua nampak menyelerakan sangat. Tapi bila dah rasa sendiri, rasa frust lah sikit sebab biasa biasa aje rasa nya. Ini selera Nani tau, mana tahu korang rasa sedap kan. Heheh. 
The Pisang Cheese di Wangsa Maju
Nani ambil sekotak yang kecil ni The Original Pisang Cheese. Pada Nani, biasa biasa aje rasa pisang cheese dia orang sebab Nani pernah beli yang lagi sedap daripada ni dekat pasar malam. Cheese dia orang pun macam tak banyak sangat. Mungkin sebab Nani makan time dah sejuk kot, so dia tak sedap mana. Mungkin lepas ni kena makan time panas panas baru ngam. Heheh. Tapi selera masing masing tau, ni cuma pendapat Nani aje.

The Pisang Cheese di Wangsa Maju
Antara flavour yang ada dekat The Pisang Cheese. Nani suka yang biasa aje sebab kalau yang coklat ke macam manis sangat. Ada jugak box besar, kalau nak share makan ramai ramai elok lah ambil yang besar terus kan. Heheh. Banyak jugak cawangan The Pisang Cheese ni, dekat area Petaling Jaya pun ada jugak. Korang boleh check it out dia orang Facebook okay! 
The Pisang Cheese di Wangsa Maju
Sekotak ni RM 7 tapi Nani hari tu add on cheese so jadi lah RM 8. Ada jugak baca feedback dekat Facebook cakap goreng pisang cheese dia orang dah tak macam dulu. Nani first time makan, so tak boleh lah nak compare dulu ke sekarang yang lagi sedap. Heheh. Pisang goreng cheese dia orang bukanlah tahap tak sedap langsung tau. Sedap, cuma tak memenuhi expectation Nani lah. Nani tengok Instagram dia orang siap melimpah ruah lagi cheese nya, tapi bila kita beli alahai manja manja aje cheese nya. Next time nak try beli lagi tapi dekat cawangan lain pulak. Mana tahu kan yang cawangan lain lagi sedap. Heheh, Korang pernah tak makan The Pisang Cheese ni? Sedap ke tidak?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page