Musim Buah

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Sekarang ni dah masuk musim buah lagi lagi buah durian. Banyak jugak tempat yang buah gurian dah mula gugur. Minggu lepas rasanya hari hari kot makan buah durian, punya lah banyak kan. Hahah! Paling suka musim buah macam ni sebab macam macam jenis buah yang boleh makan. Heheh. Masa awal awal durian gugur dulu boleh tahan jugak harga durian ni, sekilo tu dalam berbelas ringgit. Sekarang ni bila dah banyak orang jual, enam ringgit pun boleh dapat untuk sekilo buah durian tu. Baru ni abah dengan ibu Nani beli 30 ringgit buah durian sebab nak buat tempoyak. Memang selalunya macam tu lah setiap tahun. Jarang sangat beli tempoyak yang orang jual sebab dulu pernah kita orang beli tiba tiba ada rasa pisang dalam tempoyak tu. Sudahnya ke tong sampah jugak lah tempoyak yang beli tu. Orang sekarang menjual, kadang tu memang ikut suka dia aje nak letak apa asalkan dapat banyak untung. Tapi pada Nani melampau sangat jual tempoyak yang campur dengan pisang. Kesian dekat pembeli yang beli mahal mahal tapi sebenarnya bukan tempoyak sepenuhnya. Kadang kadang pelik jugak dengan sesetengah penjual gini. 
 Nani ni makan aje durian tapi tak pernah ambil tahu pun tu durian jenis apa. Hahaha! Rezeki tahun ni buah durian yang dekat kampung sini banyak betul berbuah. Setiap hari ada aje gugur & Nani pun kerja nya makan aje lah yang tahu. Nak buka buah durian pun tak pandai. Hahah! Adik beradik abah Nani ramai, selalunya durian ni tak buat tempoyak pun, memang untuk makan aje semua. Nani suka makan durian yang original macam ni. Kalau dah buat serawa durian ke, aiskrim durian ke memang I tak berapa nak boleh telan. Even aiskrim durian yang dekat mekdi tu pun. 
Manggis ni pun banyak jugak buah, baru ni gigih cari kayu nak jolok bagi buah ni jatuh. Hahah! Dapatlah lima biji macam tu, tak banyak lagi manggis dah masak. Nanti dah banyak yang masak, baru lah boleh panjat pokok buah manggis ni hah. Buah dokong pun ada jugak tapi tak masak lagi yang dekat sini. Puas hati betul makan buah yang tanam sendiri macam ni. Cakap macam dia yang tanam kan buah ni semua padahal orang lain. Hahaha! Tak sabar nak tunggu buah rambutan pulak. Dekat sini semuanya hijau lagi. Yang tu bila kupas kulit & letak dalam peti ais, nyaman sangat bila makan. Heheh. Tempat korang pulak banyak dah ke gurian/buah buah lain yang dah masak? 

23 comments:

  1. Kat kampung akak belum masak lagi manggis, rambutan dah mula masak..durian plak xde buah..pokok banyak tapi tak berbuah...sedapnya kalau ada pokok sendiri kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sini hijau lagi rambutan, lagi sebulan dua lah kot baru masak. Itu lah, memang best ada pokok sendiri. Heheh :)

      Delete
  2. assalam nani
    selamat hari raya
    maaf zahir batin
    walaupon dh tamat syawal. hihi

    a'aa skrg musim buah kayu..
    jenuh tgk jenuh nk makan.
    durian ciksu makn skdar merasa..
    alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya ciksu. Kann, seronok betul musim buah sekarang. Macam macam buah boleh makan :)

      Delete
  3. Mmg ramai kwn2 update gmbr durian n manggis. .Akak dpt gk merasa manggis . Bos bw dr kampung . Durian xmkn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh akak tak makan durian ke. Rugi lah. Hahaah! Sedap jugak layan manggis tu hah.

      Delete
  4. Bestnyaa.. Aah kan, sekarang ni ramai update musim durian and manggis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang musim dua jenis buah ni sekarang.

      Delete
  5. bestnya kalau ada pokok buah sendiri. yang dijual selalunya mahal sangat. huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yass! Kalau time bukan musim dia lagi lah mahal harga, kadang tak masuk akal pulak bila tengok.

      Delete
  6. Puas makan buah tahun ni. Manggis tu favourite akak. Kalau dah mula makan susah nak berhenti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samaaa! Nani pun suka jugak makan manggis. Heheh.

      Delete
  7. dua buah ni skrg mmg sana sini jumpa dia saja....
    puas la dpt mkn durian ngn manggis tahun ni... klu tak, beli manggis sekilo yg rosak setengha kilo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann, sana sini ada orang jual. Itu lah kadang kalau beli banyak yang tak elok daripada elok & boleh makan.

      Delete
  8. Replies
    1. Jauhnyaaa nak bagi awok weh. Hahaha! Esok cari manggis dekat Putrajaya okay! :D

      Delete
  9. sedap belako tuu. durian manggis. hehehe.

    ReplyDelete
  10. manggis tu,..geram tengok isinya!

    ReplyDelete
  11. huwaa..tengah pantang makan ni..sabor je lah tgok doyan

    ReplyDelete
  12. skrang kiri kanan pandang ade macam2 buah.. syukur tahun ni buah2 menjadi =D

    ReplyDelete
  13. Sejak sekian lama, baru semalam je saya dpt makan manggis hehee

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page