Serawa Durian

Assalamualaikum & Hello.
Hai korang! Sekejapnyaa dah hari Jumaat, esok dengan Ahad boleh rehat puas puas. Yaassss! Bila dah bekerja, baru tahu nikmat cuti hujung minggu macam mana. Hahah! Kalau boleh malas nak pergi mana mana, berehat dekat rumah jugak yang syok. Sebab sekarang ni musim durian gugur, baru ni ibu Nani buat serawa durian. Ada sesetengah tempat panggil pulut durian kalau tak silap. Kalau tak tahu macam mana rupa serawa durian tu boleh lah tengok dekat bawah. Heheh. Asyik makan durian aje jemu jugak, kali ni kita buat serawa durian pulak. Nani ni makan lah jugak serawa durian ni tapi tak ada lah minat sangat sangat. Lagi suka makan durian gitu aje, kalau dah bertukar jadi serawa durian, aiskrim durian semua ni kureng sikit. Makan sekali itu aje lah, tak ada nak repeat sampai dua tiga kali. Heheh. Nak masak serawa durian ni pun simple aje, resepi sama sebiji macam nak buat pengat pisang tu cumanya kali ni kita letak durian. 
Serawa Durian
Ini lah rupa serawa durian tu. Bila dah masak kuah tu tadi boleh lah makan dengan pulut. Pulut tu pun tanak kosong aje, cuma letaklah garam. Kalau tak letak nanti, tawar pulak pulu tu kan. Heheh. Ada jugak yang Nani jumpa dia orang tanak pulut ni dengan santan. Ikut resepi & selera masing masing lah kan bila memasak ni. Tapi lebih kurang sama aje rasanya. Heheh. Kalau tak minat pulut, kuah tu cicah dengan roti kosong pun sedap! 
Serawa Durian
Serawa durian ni buat time minum petang baru sedap layan. Heheh. Musim buah durian tengah banyak gugur ni, boleh lah buat kuih muih/makanan guna durian ni. Kalau bukan musim, memang susah lah nak jumpa sebab harga durian tu aje dah sedia mahal. Tengak dekat facebook ada yang buat seri muka durian lah, durian crepe lah & macam macam lagi. Tapi dekat rumah ni, memang serawa durian aje lah yang pernah ibu Nani buat. Lain lain tu tak pernah try lagi. Korang pulak selalu buat apa kalau durian ni? 

12 comments:

  1. Bila ada musim durian..
    Serawa durian pun mula jadi resepi yg dicari nani..
    Akak mmg suka serawa durian
    Cicah dgn roti..

    ReplyDelete
  2. Nasib baik akak x berapa suka serawa durian..hehehehe..akak lebih preferbuah durian...

    ReplyDelete
  3. mengancammmm.. merecik dap nyerr.. :D

    ReplyDelete
  4. tak pernah makan serawa durian ni. and first time jugak tengok!

    ReplyDelete
  5. Kita tak dapat makan serawa durian masa balik hari tu tapi nasib baik dapat makan durian :D

    ReplyDelete
  6. dah lama tak makan serawa durian ni, minum petang memang sedap sangat

    ReplyDelete
  7. Kak ana panggil pengat durian je sebab kalai sebut serawa ada juga yang tak tau. Hehe. Kak ana kalau makan selalu dengan roti kosong je. Pulut kak ana tak berapa gemar.

    ReplyDelete
  8. Masa AFB Fun Day hari tu, kitorang makan pulut durian. Pulut tu tanak kosong, then makan dengan santan & durian. Sedap jugak.

    ReplyDelete
  9. haaaih ini kelemahan.. kalo xdak pulut dengan roti pun da jalan daaa =D

    ReplyDelete
  10. Fuhhh yg ni mmg tak boleh tolak klu dah depan mata.. sedap2! :D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page