Pulut Kuning

Assalamualaikum & Hello.
Haritu masa balik Nani cakap dekat ibu teringin sangat nak makan pulut kuning dengan rendang ayam. Ehehe.Tekak kan memang suka minta benda yang susah nak buat. Tapi sebab masa tu ibu sibuk dengn urusan sekolah, so tangguh lah dulu nak masak pult kuning tu kan. Hari Rabu baru ni ibu dah tak sibuk dengan urusan dia (maklumlah dah mula cuti sekolah kan, cikgu pun bercuti) ibu pun buatlah pulut kuning dengan rendang ayam. Lagipun semua orang ada balik, meriah lah sikit rumah ni. Tu yang macam macam ibu masak. Memang banyak ibu buat sampai dah bahagikan untuk jiran pun masih lagi ada lebih. Esok pagi tu pun sarapan makan pulut. Ha memang lepas ni dah tak teringin makan pulut lah. Eheheh :p 
Masa memula tu ingat dah tak jadi nak masak pulut sebab tetiba je ada orang baiki paip dekat taman perumahan ni. Tak bagi notis pun cakap tak ada air, tahu tahu je dah takdek. Kiterang langsung tak simpan pun air sebab tak tahu pulak yang orang tu nak baiki paip. Dah lah dari pagi sampai ke tengah hari tak ada air. Lepas zohor macam tu baru lah ada semula. Nani ni memang tak boleh lah kalau tak ada air. Habis semua kerja tak jadi. Huhu. 
Rendang ayam ibu, dekat dua ekor lebih jugak buat ni. Heheh. Tetiba fefeeling macam Hari Raya pulak kan siap dengan rendang ayam bagai. Sambil sambil tengok ibu buat rendang ayam tu, sibuk jugaklah tanya resepi nak buat. Hahah. Tak pernah pernah nak belajar buat rendang, asyik makan aje tahu. So baru ni sambil sambil ibu masak tu tanya lah ramuan untuk buat rendang. Heheh. Lepas ni boleh lah buat rendang versi Nani pulak. Eh :p
Taraaa pulut kuning + rendang ayam = perfecto! Fuh puas hati dapat makan apa yang tekak ni teringinkan dari awal balik hari tu. Hahah! Kalau nak beli dekat kedai tak tahu sedap ke tidak. Baiklah tunggu ibu yang masakkan, barulah berselera dan puas hati. Ha ni duduk rumah memang macam macam lah ibu masak. Esok dah balik Kl semula jangan mimpi nak makan macam ni dah sebab tu kekadang kalau balik sana Nani suka bawa balik sambal sambal kering untuk makan. Hari hari makan lauk beli jemu jugak. Heheh 😄

13 comments:

  1. Sedapnya pulut kuning..
    Nasib akak dah makan masa besday anak buah akak..
    Mak long nya buat pulut kuning dan rendang ayam utk besday tu..

    ReplyDelete
  2. sedap...teringin nak mkn ...

    ReplyDelete
  3. sedapnya... kat cafe ni tiap pagi ada jual menu nie. tapi orang indon yang masak kikiiii

    ReplyDelete
  4. nani2... bt akak terliur nk mkn plt kuning ngn rendang jgk lah aduh

    udahla akak konon2 tgh nk kurangkan mkn nasi... mkn pulut sama jgk mcm melantak nasi huhuhu... udahla peberet

    ReplyDelete
  5. Memanglah padanan mantap kalau pulut kuning dgn rendang
    Kakak terliur pulak:)

    ReplyDelete
  6. lamanya x mkn pulut ni.. sedap

    ReplyDelete
  7. mmm terliur tengok...pulut kuning +rendang...

    ReplyDelete
  8. sedapnye pulut kuning makan dengan rendang ayam..feberet..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page