Alahai Gdex

Assalamualaikum & Hello.
Nani tak tahu lah kenapa lately ni servis Gdex dekat sini macam tak berapa ok sangat. Dulu dulu tak ada masalah apa pun, sekarang ni macam macam pulak terkena. Baru ni adik beradik Nani ada lah order barang dekat Lazada since Lazada ada buat sales hari tu. Sebab Nani ada akaun Lazada so order barang guna nama Nani. Bila beli barang dekat Lazada memang Gdex yang akan hantar ke rumah. Dah dua kali Nani tak berapa nak puas hati dengan servis Gdex ni dan rasanya pihak diorang kena baiki untuk bagi servis yang lebih baik. Nani tengok ramai jugak yang mengadu dengan servis Gdex ni. 
Ini kes yang memula hari tu. Barang dah sampai tapi dia minta Nani pick up sendiri. Bukannya sebab Nani tak ada dekat rumah ke atau pun diorang tak jumpa rumah tapi sebab ada banyak lagi barang lain yang dia nak hantar. Whaaat?! Dah tu buat apa jadi servis courier kalau tak boleh nak deliver barang sampai ke rumah kan. Nani pun malas nak panjangkan cerita, minta ibu ambilkan sebab kebetulan ibu ada dekat bandar. Baru ni Nani baca ada jugak sorang blogger kena pergi pick up berkotak kotak barang dia dekat Gdex. Haih, tak tahu lah nak cakap apa. 
Kali kedua pulak petang tadi diorang hantar barang ke rumah. Nani pun keluar nak ambil lepas tu terus dia hulur kertas yang ada alamat dekat Nani tanya sambil marah marah "betul ke ni alamat rumah, cuba tengok betul betul." Tekedu sekejap sebab kena serang macam tu. Nani pun cakaplah betul lah ni alamat rumah sebab dah lama duduk sini memang guna alamat tu pun. Lepas tu dia bebel cakap "lain kali tulis jalan utama bukan lorong bla bla bla." Panas je hati masa tu tapi sabar sebab malas nak gaduh gaduh. Sebelum sebelum ni tak pernah pun ada masalah alamat kenapa tetiba dia nak marah marah sebab tak jumpa rumah Nani.  Nani memang guna alamat tu kot. 
Haih entahlah nak cakap apa. Geram betul tadi sebab tiba tiba kena marah padahal bukan salah kita pun. Dah tulis betul betul kan. Harap lepas ni pihak Gdex akan baiki servis diorang jadi lebih baik. 

6 comments:

  1. Sedihnya...kenapa ya macam tu.. :(
    Kalau berterusan..imej mereka yang akan tercemar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah sepatutnya bila orang dah bayar untuk servis penghantaran kena lah buat betul betul. Ini tak pasal pasal customer yang kena

      Delete
  2. Pernah baca org complaint pasal Gdex ni kat Twitter jugak. Pelik betul jadi courier tapi suruh pick up sendiri (selain sebab tak jumpa rumah) T_T

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaaan. Takpaham kenapa lately ni macam teruk sangat servis diorang T_T

      Delete
  3. Hujung thn mmg mcm ni. Ramai resign. Kat kajang last ye kena. Tel x angkat. Seminggu brg ofis xcollect. Rupanya...staff xde. Resign beramai2 katanya

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in|Top of page